BAB 10

Romance Completed 3039

Termasuk hari ini, sudah lebih sepuluh pucuk kad ucapan dan sepuluh kuntum bunga ros putih yang diberi kepadanya. Lia membuka pintu dan mendapatkan benda itu. Dia membaca kad ucapan itu. “Dear my love, you’re the most precious thing in this world. Without you, I feel so sad”. Itulah yang tercatat pada kad ucapan itu.

“Adib, saya nak tanya sesuatu. Awak tahu tak siapa yang suka menghantar benda-benda ni?” soal Lia. Adib hanya menggeleng-gelengkan kepala. Lia rimas. Siapalah yang tersuka dekat dia pulak ni?

Hari esoknya, kad ucapan itu tiba lagi. “ Lia, you’re in my heart now. I have locked up you in my heart’s jail. You’re my first and last love for me”. Lia geram dengan permainan ini. Cukuplah!

Hari esoknya lagi, kad ucapan itu datang lagi. Tetapi kali ini, ia lain sedikit dari selalu. “Lia, sorry for interrupting you in all time. Do you remember me? Hahaha...‘No’ right? I know earlier, Lia. You don’t remember me. So, I choose to leave you as you can’t remember me or our love. And for the last time, I’m glad to see you again after so long. You look really pretty in our old school. Now, you have been prettier” Lia terkejut apabila membaca kad ucapan itu. Apa? Old school?

Tulisan kad itu masih tidak habis dibaca dan dia menyambungnya lagi. “ I hope you will get a man that can guide you till Jannah. I have try my best but, that’s it. You can’t remember me. So, please stay healthy and find your true love.—Adib Muizzam”

Lia terkejut. Mulutnya terlopong. Dia baru sahaja ingat. Adib Muizzam? Sekolah lama? Ya! Lia berlari mendapatkan ibu dan bertanya tentang Adib.

“Ibu, mana bodyguard Lia, Adib ?” soal Lia kalut.

“Ha, ibu baru nak bagitau. Adib dah letak jawatan”

“Tapi...bila?”

“Baru saja kelmarin” jawab ibu.

“Ada dia bagitau nak pergi mana tak?” soal Lia lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience