BAB 2

Romance Completed 3039

“Bahaya untuk kau tahu tak Lia. Kau tu masih membujang. Aku dah ada suami. Jadi dia la yang teman aku bila nak ke sesuatu tempat. Mirza macam suami aku tak?” soal Deqnor tiba-tiba. Susah benar untuk Lia menjawab. Dia hanya sekadar senyum dan mengangguk.

Pada suatu malam, Lia pulang lewat selepas mesyuarat. Dalam kegelapan di jalan yang sunyi, kereta miliknya tiba-tiba rosak. Jadi, dia berhenti seketika. Dia cuba menghidupkan kembali enjin keretanya tetapi gagal. Lia memberanikan diri untuk keluar daripada kereta walaupun suasana sunyi sepi sekali memandangkan itu jalan yang jarang dilalui oleh orang lain.

Sewaktu Lia memeriksa masalah pada enjin keretanya, mindanya mula terbayang dengan apa yang diperkatakan oleh Deqnor pada waktu tengah hari tadi. Dia memandang belakang. Hanya kegelapan yang diterangi dengan lampu jalan sahaja yang dapat dilihat. Tetapi, ada dua orang lelaki datang ke arah Lia dan hendak mencuba meragut begnya di dalam kereta. Memandangkan tiada sesiapa pun di situ, jeritan Lia sia-sia.

“T..tolong” hanya itu yang keluar daripada mulut Lia. Kedua-dua lelaki itu semakin menghampiri tubuh Lia dan pada masa yang sama, sebuah kereta berhenti betul-betul berdekatan dengan mereka. Seorang lelaki keluar daripada kereta tersebut dan terus memukul kedua-dua penjenayah tadi menyebabkan mereka lari lintang-pukang. Lia yang dari tadi menutup mata akhirnya membuka kembali matanya.

Satu susuk tubuh seorang lelaki yang tinggi, kacak menarik perhatiannya. Lelaki itu mula risau akan keadaan Lia. “Awak okey. Jom kita pergi dari sini dulu. Kawasan ni bahaya. Mari naik kereta saya dulu. Kereta awak, kita hantar ke kedai esok pagi” kata lelaki itu. Akibat terkejut, Lia hanya menurut sahaja. Lelaki itu membawa Lia ke sebuah kafe yang berdekatan.

Mereka duduk memandang antara satu sama lain di dalah sebuah meja. Lia hanya mengucai air milo pAdib itu dengan sudu tanpa menyentuhnya langsung. Lelaki itu melihat Lia yang murung.

“Minumlah sikit. Bagi hati awal tu tenang” tutur lelaki itu perlahan. Lia menurut sahaja kata-kata lelaki itu. Selepas seketika, mereka mula berbicara antara satu sama lain.

“So, apa nama awak?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience