BAB 7

Romance Completed 3039

Lia sedang menunggu Mirza di sebuah restoran. Lia duduk di sebuah kerusi manakal Adib berdiri di sampingnya. Ada juga orang yang melemparkan pandangan mereka ke arah Lia dan Adib tetapi Lia buat bodoh saja. Sebab hari-hari dah dia rasa macam ni. Diperhatikan orang ramai. Popular la katakan.

Selepas setengah jam, Mirza tiba lalu terus duduk berhadapan dengan Lia. Lia senyum manakala Mirza kurang gembira apabila melihat ada seorang lelaki berdekatan dengan Lia.

“Hmm..awak sihat?” tanya Lia dengan gembira. Pandangan Mirza tajam melihat bodyguard Lia.

“Siapa lelaki ni? I tak suka” bentak Mirza tiba-tiba. Lia menggelabah.

“Hmmm..ni bodyguard saya. Dia selalu jaga saya”

“Tak kira. I tak suka”

“Janganlah macam ni...” Lia cuba memujuk Mirza.

“Puan Lia, saya tunggu di luar sahaja ye” Adib melangkah keluar dari restoran tersebut. Keadaan tegang itu kembali tenang selepas seketika. Mirza sibuk dengan handphone nya. Lia hanya memerhati.

“Lepas ni I tak nak you kawan dengan dia lagi. Ambil bodyguard lain. Jangan ambil dia!” nada Mirza tegas. Lia takut.

“Tapi..dia baik...Awak tak...tahu”

“Saya tak nak dia! Awak tak faham ke?” suara harimau Mirza keluar secara tiba-tiba. Lia yang dari tadi menahan kesabaran akhirnya mula mengaktifkan nada garangnya.

“Stop it Mirza ! Dia yang jaga saya sepanjang awak tak ada. Awak tak tahu satu perkara. Ada satu hari tu, saya hampir diragut dan diperkosa! Tapi dia datang sebagai hero. Awak mana? Nama sahaja pasangan. Tapi, mana awak di saat saya memerlukan bantuan? Cukup la bersangka buruk terhadap orang lain” nada Lia lebih tinggi daripada Mirza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience