BAB 6

Romance Completed 3039

“Weh Lia ! Siapa lelaki tu? Kau tahu tak dia tahan aku sebelum masuk ke dalam pejabat kau ni” jelas Lia sebaik sahaja dia masuk berjumpa Lia.

“Hmmm...bodyguard aku la. Namanya Adib. Kalau kau nak tahu, dia la yang selamatkan aku daripada dua mamat sengal yang jahat plus gatal tu. Nasib baiklah dia ada. Kalau tak, mungkin kau dah tak jumpa aku”

“Wow. Kau ada bodyguard. Tak sangka pulak. Hahaha...Bukan main handsome bodyguard kau. Boleh aku try” Deqnor bergurau.

“Try la kalau tak sayang nyawa. Kau tu tuning orang tahu tak? Hahahah...karang Yazid marah and putuskan pertunangan kau baru tau”

“Haisyyy..sedihnye aku ni. Apesal Yazid muncul dulu ye sebelum Adib ni. Dah la handsome, cute, badan pun fit. Sedap mata memandang la katakan”

“Eeee..gatalnya. Kau tahu tak kalau kau pandang dia lama-lama boleh jadi zina hati tau dak. Maksiat” Lia mencubit perlahan bahu Deqnor. Deqnor mengusap bahunya. Tiba-tiba terdetik satu perasaan yang tak pernah dirasai oleh Lia sebelum ini. Kenapa aku rasa sakit hati? Kenapa aku rasa macam marah? Adakah itu...cemburu? Tapi kenapa aku nak cemburu sedangkan aku tak ada apa-apa pun dengan Adib.

Hari-hari Adib akan menemani Lia ke setiap tempat. Ke mana Lia ada, ke situ jugalah Adib ada. Sejak Adib hadir sebagai bodyguard peribadi, kehidupan Lia terasa selamat dan sedikit rimas untuk seketika. Tetapi lama kelamaan, Lia mula menyesuaikan dirinya.

“Harini saya nak pergi jumpa saya punya kawan lelaki. Dia boleh dikatakan sebagai my boyfriend la. Awak nak ikut ke?” soal Lia membuatkan Adib sedikit tergugat.

“Saya kena ikut setiap pergerakan puan. Dimana sahaja puan berada, saya harus sentiasa berada di sisi” kata Adib dengan nada yang agak lain. Lia tengok pun lain macam. Tapi dibiarkan saja. Mungkin salah mood kot.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience