BAB 8

Romance Completed 3039

Lia tercungap-cungap. Mirza memujuknya kembali. Tetapi, ada satu pasang mata yang sedang memerhati dari luar restoran.

Selepas itu, Lia masuk kembali di dalam kereta. Adib sudah menunggu.

“Minta maaf saya lambat” kata Lia sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta. Adib hanya diam seribu bahasa. Tangannya hanya menggenggam kaca mata hitam yang dibuang dari tadi.

“Cik Lia, saya ada satu permintaan. Tolong jangan kawan dengan Mirza ” minta Adib tiba-tiba.

“Eeh. Kenapa tiba-tiba? Awak jangan sibuk boleh tak?”

“Saya bukannya sibuk, tapi...cik tak kenal Mirza ”

“Apa pulak? Saya lebih kenal dia daripada awak kenal dia. Awak baru sahaja kenal saya. Jadi, awak tak perlu berpura-pura untuk kenal dia. Awak pun belum kenal saya sepenuhnya” bebel Lia lalu dia membuka pintu kereta dan berlari keluar. Adib mengeluh panjang. “Awak cakap saya tak kenal awak ye Lia. Tentu awak lupa yang...saya lebih kenal awak daripada orang lain” bisik hati Adib.

Sedang Lia berjalan-jalan di tepi jalan raya, kereta miliknya yang dipandu oleh Adib berhenti untuk menjemputnya. Mula-mula, Lia buat menyampah. Tapi sebab memikirkan rumahnya yang bukannya dekat sangat, so dia prefer untuk menaiki kereta walaupun sedikit geram dengan Adib.

“Betulke Cik Lia kenal sangat dengan Mirza tu?” soal Adib sebaik saja Lia menghempas pintu kereta dengan kuat.

“Of course” jawab Lia ringkas. Adib mengangguk tanda faham.

“Baiklah. Kalau macam tu, boleh tak kalau saya nak minta izin untuk bawa Cik Lia keluar sekejap aje malam ni? Sekejap saja. Saya nak buktikan sesuatu” pinta Adib.

Pada mulanya, Lia curious kenapa tiba-tiba? Tapi sebab dia kesian dengan Adib, dia pun ikut sajalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience