BAB 6

Humor Completed 9634

Eh, awat Esya dok menung ja ni? Selalunya dok melalak-lalak lagu Metallica. Nak tanya ka dak, nak tanya ka dak? Balqis, rakan bilik Ayeesha, tua setahun dari usianya lantas mendekatinya.

“Esya… Esya okay ka? Awat dok menung? Ayaq Vico bancuh dari tadi tapi tak bersentuh pun? Esya ada masalah ka? Kalau ada, mai habaq kat Qis. Tapi Qis tak mau paksa Esya,” segera manik-manik jernih yang bergenang di mata Ayeesha jatuh berlinang laju, lalu, dia memeluk Balqis.

“Eh, awat ni, Esya? Pasai apa ni?”

“Qis… Esya stres! Esya nak berhenti belajar!” Dia membentak. Jiwanya kacau. Hatinya memberontak.

“Sabaq, Esya… Qis ada ni… Cuba cerita satu persatu. Apa yang dah berlaku? Manalah tau boleh kurangkan stres Esya walaupun sikit. Janganlah pendam-pendam. Pendam tu menyakitkan. Luahkan apa yang terbuku dalam hati Esya tu. Nak teriak tara mana pun tak apalah,” Balqis memujuk Ayeesha serba sedikit boleh mengurangkan tekanannya. Dengan nada teresak-esak, Ayeesha menceritakan apa yang berlaku semasa dia pulang ke Perak selama empat hari itu. Balqis bersimpati dengan apa yang menimpa teman biliknya yang dianggap sebagai adiknya sendiri. Sekurang-kurangnya, Ayeesha lega dapat melepaskan tekanannya walaupun sedikit.

**********************************************************************

Hari berganti hari. Kira-kira hampir empat bulan Ayeesha menyepikan diri. Dia tidak lagi melepak dengan teman-teman sekelasnya di Kafe Cengkeh selepas kuliah tamat. Dia juga tidak lagi berhubung dengan ‘mangkuk tingkat’nya, Saif. Teman-temannya membuat spekulasi sendiri mengapa Ayeesha tidak menyertai mereka seperti biasa. Ayeesha hanya memekakkan telinga daripada segala spekulasi yang dilontarkan.

Saif melilau di perkarangan Kafe Muamalat. Dalam benaknya tidak terlintas pun menu apa yang akan menjadi santapannya petang itu. Dia cuma berfikir tentang Ayeesha Safiyya. Dah kenapa Esya tak nak bercakap dengan aku ni? Aku ada buat salah apa dengan dia? Dah empat bulan tak tegur ni. Hmm… eh, tu Balqis, roommate Esya. Baik aku tanya dia.

“Balqis!” pekikannya agak deras menyebabkan seisi yang sedang menjamu selera di Kafe Muamalat menoleh ke arah Saif. Dia tidak peduli, asalkan misinya berjalan dengan lancar. Aduh… Si Saif ni dok keloi-keloi pulak. Baru nak order makan. Awat dok panggil-panggil pulak dah?

“Awat dok panggil-panggil orang ni, Saif? Ada masalah apa?”

“Hari ni, aku belanja kau makan. Tapi, kau kena lepak dengan aku kejap, sebab aku nak tanya banyak benda kat kau ni. Boleh?”

“Hish…hang ni pasai apa? Sungguh ka hang nak belanja aku makan ni? Aku tak payah bawa keluaq duitlah kan? Hehe…”

“Apa-apa pun, jom duduk dulu,”

Makanan sudah dipesan, Balqis dan Saif duduk di meja kosong yang ada di kafe itu. Mereka saling menghadap.

“Ha, apa dia yang hang dok kalut sangat nak tanya tu?” Balqis memulakan bicara. Loghat Kodiang dia memang pekat sehingga ada kawan-kawannya yang tidak memahami butir kata yang dituturkan.

“Aku nak tanya pasal roommate kau, Esya,” tanpa berdalih-dalih, Saif terus menjurus kepada apa yang ingin dia sampaikan.

“Awat dengan roommate aku? Elok ja dia hidup. Macam biasa ja. Hangpa gaduh apa?” Balqis membuat andaian sendiri. Padahal dia tahu kenapa Ayeesha selalu melarikan diri daripada kelompok mereka, terutamanya Saif.

“Aku pelik. Dua bulan sebelum final exam dia tak contact aku. Time korang annual camp PALAPES tak payah ceritalah, lagi susah nak contact. Kalau masa sem 3 aku yang tak nak tegur dia, sekarang dah sebulan masuk sem 6 dia pulak yang tak nak tegur aku. Dia ada masalah ke?”

“Sejak bila hang concern pasal roommate orang ni? Biaq pi kat Esyalah. Hang toksah sibuk!”

“Please, Qis… I need to know. Kau tau kan yang kami rapat? Esya banyak tolong aku, ubah aku. And kau anggap Esya as your own sister, right? Takkan lah kau nak tengok kita semua sekelas tapi masam-masam muka?”

“Hang ni! Okay, since aku memang dah anggap Esya macam adik aku sendiri, then aku suka tengok hangpa dua rapat, aku habaq juga pasai apa Esya jadi lagu tu. Cuma…aku pesan satu saja, ”

“Apa dia?”

“Jangan habaq kat Esya atau kat sesiapa pun tentang perkara yang aku nak habaq kat hang ni. Janji?” Balqis menegaskan.

“Janji”

“Kalau hang nak tau, Esya dah tunang,” Balqis terus membuka cerita pada tajuk utama.

“What?! Macam mana aku boleh tak tau ni?” Sekali lagi pengunjung yang sedang menjamu selera di kafe itu menoleh ke arah meja mereka kerana suara Saif yang agak kuat terkejut dengan penyataan Balqis.

“Wei, bengong! Toksah dok buat teruklah. Relaks boleh dak?” Kalau boleh, hendak sahaja Balqis tempeleng kepala Saif. Gara-gara Saif, dia juga terpaksa menanggung malu dalam kafe itu.

“Sorry… kalau dia dah tunang sekalipun, takkan tak boleh lepak macam selalu? Tunang dia marah?”

“Haa… tu yang hang tak tau tu. She got family problems, conflicts. Tapi, baru-baru ni dia dah putus tunang dah pun. But she needs times to recover. Biaqlah kat dia. Nanti kalau ada masa, ada peluang, hang tanyalah dia sendiri. Insha-Allah dia boleh buka cerita. Hang pun kenal dia lagu mana kan?”

“Oh… thanks, Qis…sebab kau bagitahu hal sebenar. Aku rasa bersalah dengan si Esya ni,” Kini, Saif terpukul dengan rasa bersalah dan menyangka dialah punca Ayeesha menjauhkan diri daripadanya. Saif lebih mementingkan perlawanan bola sepak daripada perkara lain sehingga teman baiknya menghadapi masalah pun dia tidak tahu. Namun, semangat Ayeesha lebih kental dari apa yang dia fikirkan.

“Aku rasa, makanan kita dah siap tu. Jomlah pi ambil,” Balqis mengagak yang pesanan mereka sudah pun siap. “Jom”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience