BAB 5

Humor Completed 9634

Cuti hanya empat hari, tetapi Ayeesha gigih hendak pulang ke kampung halamannya, di Ipoh, Perak. Dia nekad, apa pun yang terjadi, dia mahu juga balik. Manakan tidak, ibunya menghubunginya kerana ada urusan penting yang perlu diselesaikan dan dia harus pulang ke rumah.

“Ayong, hari ni kita ada tetamu,” Alamak! Tetamu apa pulak ni? Aku baru je lima jam jejak rumah, dah ada yang nak menyinggah?

“Tetamu? Siapa, ibu? Kenapa Ayong baru tau ni?”

“Bakal menantu nak datang,” Ayahnya mencelah dari dapur. Ayah Ayeesha merupakan pesara tentera dan selalunya tiada siapa berani membantah cakap ayahnya walaupun apa yang diucapkan ayahnya adalah salah. Sebagai anak sulung, Ayeesha sering pertahankan pendiriannya serta menyokong minat adik-adiknya walaupun ditentang ayah mereka. Selalu juga dua beranak itu bertegang urat mempertahankan pendirian masing-masing, tetapi akhirnya ayah mereka terpaksa mengalah. Bukannya apa, dia hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya, namun, dia sedar yang anak-anaknya perlukan ruang untuk bebas.

“Eh, ayah. Bakal menantu apa pulak ni? Untuk Angah ke? Tapi Angah kan lelaki,” Ayeesha kehairanan. Baru sahaja beberapa jam dia melepaskan lelahnya di rumah, ada pula yang mahu datang bertandang. Menantu? Ayeesha tidak mengerti.

“Ayong tengok sajalah nanti”

“Assalamu’alaikum!” Kedengaran ada orang memberi salam dari luar rumah mereka.

“Ha, panjang umur. Dah sampai pun tetamunya. Wa’alaikumussalam… Jemputlah masuk,” Ibunya menjawab salam dan mempelawa tetamu masuk ke dalam rumah.

“Ayong, ni ayah nak kenalkan kat Ayong. Farouq, anak kawan ayah. Yang ini ayahnya, yang ini pulak ibunya,” Ayahnya perkenalkan tetamu yang datang, dari anak hinggalah ke bapa.

“Ayong masuk dapur dulu, ya” Setelah bersalaman dan berkenalan dengan tetamu perempuan yang datang, sebagai anak dara, Ayeesha melaksanakan tugasnya menyiapkan hidangan untuk tetamu. Lagipun, dia malas nak ambil tahu tentang siapa dan apa tujuan mereka datang ke rumahnya itu. Farouq? Handsome jugak mamat tu. Tapi nampak poyolah. Ah, lantaklah!

Entah apa yang dibincangkan oleh orang tuanya bersama tetamu yang datang. Agak lama dia menunggu dari ceruk dapur. Dia tidak ingin langsung untuk memasang telinga mendengar perbualan mereka.

“Ayong!” Ah, sudah! Ibu panggil pulak dah.

“Ya, ibu. Ayong datang ni,”

“Amboi… seronok dapat anak dara macam ni. Dah lah cantik, rajin, pandai masak pulak tu. Memang elok disatukan dengan anak bujang kami ni,” Ek’eleh… mamat ni dok cover-cover macho pulak. Ingat aku ni cepat cair ke? Aku bagi headshot pakai M-16 baru tau. Puii!

“Ayong, ayah nak kahwinkan terus Ayong dengan Farouq. Ayong setuju tak?” Kata-kata ayahnya umpama tusukan anak panah tepat ke jantung.

“A-a-a…apa? Ka…ka…Kahwin? Ayong tak habis belajar lagi kan?” Ayeesha terkesima.

“Memanglah Ayong tak habis belajar lagi, tapi tak ada masalah kalau nikah awal kan?”

“Ibu, ayah, Ayong nak cakap sekejap. Personally,” Ayeesha bagaikan baru sedar dari mimpi. Dia perlukan penjelasan yang sewajarnya daripada ibu dan ayahnya.

“Maaf, ya… Nak bincang anak-beranak sekejap,” Ayah meminta izin kepada tetamu untuk berbincang dengan Ayeesha.

“Eh, tak apa, tak apa… Kami faham,” Ketiga-tiga beranak itu pergi ke dapur untuk berbincang. Ayeesha sudah bagaikan cacing kepanasan, tidak boleh duduk diam apabila mendengar permintaan ayahnya itu.

“Ibu, ayah. Ayong kan masuk PALAPES. PALAPES mana boleh kahwin sebelum tauliah! Bukan ke ibu dengan ayah nak Ayong habis belajar, dapat kerja tetap, ada kereta, ada rumah dulu, baru boleh kahwin? Ayong tak setuju. At least bagilah Ayong commission dulu,” Ayeesha berasa ralat kerana dia tidak menyangka zaman bujangnya akan ditamatkan begitu sahaja.

“Ayong…” Ibu memujuk.

“Ayong tau kan yang ayah termakan budi dengan mereka? Mereka tolong ayah bayarkan hutang dengan bank,”

“Kalau termakan budi, kena korbankan anak? Macam tu? Bukan Ayong berniat nak derhaka, ibu, ayah. Ayong sayang ibu dengan ayah. Tapi, bab-bab macam ni…susah,” Ayeesha menunjukkan tanda-tanda protes. Kalau hendak diikutkan hati yang membara, mahu sahaja dia memanaskan enjin motosikalnya dan pulang ke UUM saat itu juga. Tapi, Ayeesha patuh. Dia tidak mahu menjadi anak yang derhaka.

“Habis tu, Ayong nak ayah buat apa? Kita ni bukannya orang senang nak bayar hutang sana sini, Ayong. Ini saja jalan yang ibu ayah nampak. Ayah minta tolong sangat-sangat dengan Ayong,” Kini ayahnya pula yang berlembut hati.

“Boleh, tapi dengan bersyarat… Ayah, ibu, dengan family Farouq kena ikut syarat ni. Kalau tak, Ayong buat perangai,”

“Baiklah…apa-apa sahaja syaratnya. Asalkan Ayong setuju nak nikah dengan Farouq,”

“Baik. Syaratnya cuma satu : Ayong nak tunang dulu. Tak nak terus nikah macam tu je. Once Ayong dah tauliah, ayah nak nikahkan Ayong pun tak apa. Asalkan Ayong tauliah dulu. Boleh, ayah? Tak perlu tergesa-gesa kan?”

“Baik, baik. Ayah dengan ibu bincang balik dengan orang tua Farouq, ya”

“Terima kasih, ibu, ayah,”

Perbincangan telah pun dibuat. Kedua-dua belah pihak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan. Mahu atau tidak, Ayeesha terpaksa mengikat tali pertunangan tanpa rela. Cuti empat harinya dirundung rasa marah yang teramat. Tapi dia akur. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Hatinya cukup berat untuk pulang ke UUM. Pulang dengan gelaran ‘tunangan orang’. Dia tidak mahu rahsia pertunangannya diketahui oleh teman-teman kampus dan skuad-skuad PALAPESnya . What should I do? Bisik hati kecilnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience