BAB 1

Humor Completed 9634

“Woi, gila!” tersentak Ayeesha disergah Saif begitu. Pantang terserempak atau berjumpa, mesti mahu bertekak.

“Hoi, mangkuk tingkat! Kau nak apa? Tak boleh ke kau panggil aku dengan nama yang elok-elok sikit?” balas Ayeesha. Geram. Manakan tidak, nama yang diberi oleh allayarhamah nendanya sering dicabul dengan begitu selamba oleh Saif.

“Baik. Maafkan hamba, sayang intan payung Gunung Kinabalu maharaniku, Ayeesha Safiyya… Puas hati? Hahaha… aku nak minta tolong kau sebenarnya, Esya,” kali ini nada Saif lebih serius berbanding sebelumnya.

“Hai…pandai pula buat ayat serius. Minta tolong apa pula ni?” terserlah wajah Ayeesha dengan tanda tanya kerana selama dia kenal Saif sejak tahun pertama sehinggalah semester pertama tahun ketiga, Saif tidak pernah seserius itu.

“Macam ni sebenarnya, Esya…” sengaja dia matikan kata-katanya.

“Wei, jangan bagi saspen boleh tak? Bagitahu sajalah!”

“Relakslah, Esya. Marah pula. Nanti berkedut muka tu baru tahu. Tak ada siapa nak dekat kau nanti. Hehe,” usik Saif. Ayeesha sudah masak sangat dengan perangai Saif Khalid itu. Lawak bodohnya, usikannya, kelancangan mulutnya semuanya mampat dalam poket Ayeesha. Cuma beberapa perkara yang membuatkan Ayeesha kagum dengan Saif; Saif tidak merokok, tidak pernah lengahkan solat dan tidak kedekut.

“Cepatlah, mangkuk. Kau nak minta tolong apa ni? Lima minit lagi kelas ni,” Ayeesha sudah mula sebal.

“Okay, okay. Kau nak pergi kelas kan? Aku nak minta tolong…kau signkan untuk aku boleh? Please, Esya… Nanti aku belanja kau cekodok RM1,” Saif merayu semahunya. Tak mahu pergi kelas ke apa mangkuk tingkat ni? Dah kenapa? Nak buat perangai lama balik ke?

“Aku tak nak cekodok! Bagi aku sepuluh alasan kukuh kenapa kau tak nak pergi kelas? Setiap alasan hendaklah berbeza-beza,”

“Sepuluh?! Banyaknya! Aku boleh bagi satu alasan saja. Itu pun tak tahulah kau terima ke tidak. Ala… tolonglah aku, Esya. Aku cuma… malas nak pergi kelas. Kau tahu kan yang lecturer kita ni bila mengajar suka melalut ke lain. Lepas tu, buat lawak sorang-sorang. Ish, aku tak bolehlah… Bosan!” keluh Saif. Memang Ayeesha akui, kelas audio Madam Safinaz agak membosankan. Kadangkala dia sendiri boleh terlelap dalam kelas itu.

“Ah, tak ada! You must attend this class. Dah sem 5 ni, Saif… Buatlah perangai elok sikit. Kau kata nak berubah. At least temanlah aku dalam kelas tu nanti. Dengan siapa aku nak ajak borak kalau kau tak ada? Sudah, jom!” Ayeesha menuju ke kelas sambil menarik beg jenama al-Ikhsan yang disandang Saif. Mahu atau tidak, Saif menurut kata-kata ‘intan payung’nya itu.

“Kalau ya pun, janganlah tarik beg aku, gila. Putus tali beg aku ni nanti,” rungut Saif.

“Padan muka kau! Lain kali, jangan malas-malas pergi kelas. Faham?” Saif hanya tersengih. Almaklumlah, sudah biasa dengar bebelan sahabatnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience