BAB 8

Humor Completed 9634

Tolonglah Esya. Datanglah, datanglah. Aku nak sangat jumpa kau ni. Aku rindu kau. Eh, rindu ke? Aku cuma nak tahu cerita sebenar.

Buk! Bahu Saif dihentak kuat oleh seseorang menggunakan objek yang agak besar dan keras.

“Bengong!” terpacul kata makian dari mulutnya secara spontan.

“Ha! Apa bengong-bengong? Kata nak jumpa, tapi kau panggil aku bengong pula. Kalau macam ni, aku baliklah,” Ayeesha tarik muka pura-pura merajuk. Dia ingin pastikan keadaan tidak begitu janggal, maka mukadimah untuk perjumpaan pertama sejak empat bulan lalu dimulakan dengan cara begitu.

“Padanlah muka kau. Kau debik aku guna apa tadi? Helmet? Kan dah kena maki. Tapi, janganlah balik lagi… Aku dah lama tak jumpa kau ni. Please…” rayu Saif. Dia juga membalas mukadimah Ayeesha seperti biasa. Ayeesha melabuhkan punggungnya atas kerusi di hadapan Saif.

“Tak adalah. Kau kenal aku kan? Tak ada maknanya aku nak merajuk-merajuk tak tentu pasal ni. Kau kata ada hal penting nak cakap. Apa dia?” Ayeesha segera mengalih perbualan mereka ke topik asal.

“Sabarlah dulu. Kau ni pun… Kau datang jauh-jauh ni tak kan lah tak nak makan, kan? Apa kata kita order makanan dulu? Kita melantak kenyang-kenyang, lepas tu kita buka balik topik tu. Boleh?” Saif tahu benar perangai si gilanya kalau diajak berjumpa, mesti makanan merupakan perkara wajib semasa berborak.

“Ha…betul juga. Aku kebulur ni. Jomlah kita order makanan,” pantas Ayeesha mengiyakan pelawaan Saif untuk membuat pesanan makanan. Ya, inilah kelemahan Ayeesha. Hanya makanan yang boleh memujuknya sewaktu dia sedih, marah, ataupun berada dalam tekanan. Fizikalnya sahaja tampak kecil, tapi seleranya, Masha-Allah…boleh tahan besar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience