BAB 3

Humor Completed 9634

Alamak! Esok nak kena submit assignment audio. Ah! Damn! Haa…baik aku minta tolong si gila tu. Mesti dia dah settle assignment Madam Boring tu. Lumrah mahasiswa, tugasan yang diberi dilengah-lengahkan, akhirnya disiapkan pada minit-minit akhir. Salah seorangnya ialah, Saif Khalid.

“Helo, gila! Kau dah siap audio?” Seperti biasa…sekiranya tugasan yang diberi belum selesai pada minit akhir, mangsa yang akan dicari sudah semestinya Ayeesha Safiyya.

“Helo, mangkuk! Aku nak edit sikit lagi ni. Kau dah siap belum?”

“Belum siap lagi. Jom teman aku siapkan benda alah ni? Dalam pukul 11.30, tempat…kat lounge. Okay tak?”

“Kau turunlah dulu. Once kau dah sampai lounge, kau text aku. Aku nak minum kejap,”

“Itulah yang kau tau. Kalau tak makan, mesti minum. Gemuk!”

“Bisinglah kau! Biarlah aku gemuk pun. Lebih baik kau siap-siap turun lounge,”

“Okay then,”

Lounge YAB yang dibuka selama 24 jam merupakan tempat di mana penghuni kolej kediaman Yayasan Al-Bukhari (YAB) menyiapkan tugasan, mengulangkaji pelajaran serta membuat perbincangan berkumpulan. Biasanya lounge akan dipenuhi pelajar pada waktu malam. Di sudut hujung lounge, Saif menunggu Ayeesha tiba. Manalah dia ni? Lamanya minum? Tidak lama kemudian, kelibat Ayeesha Safiyya yang lengkap berpakaian kemeja T hijau tentera, berskirt kembang berwarna hitam, bertudung bawal hitam bidang labuh muncul menghampiri Saif. Tampak manis serta mematuhi syariah.

“Lambat!” rungut Saif. Padahal dia baru saja duduk lima minit di lounge itu.

“Ala…sorrylah… aku lapar, so aku makanlah roti cicah air Vico kejap. Feeling beb! Hahaha…” ternyata Ayeesha memang dikenali dengan sifat kuat makannya dan dialah orang yang paling teruja bila dipelawa lepak di kafe.

“Dah! Jom tolong aku buat audio ni. Kepala aku dah tingtong memikirkan macam mana nak edit audio ni,” Masing-masing menghidupkan komputer riba dan mula menyunting audio yang dijadikan tugasan individu itu.

“Agak-agak kau nak buat audio ni sampai pukul berapa?” Tanya Ayeesha.

“Sampai pukul berapa? Sampai siap la… selagi tak siap, selagi tu tak boleh tidur,” Saif menjawab dengan penuh nekad. Jari-jemarinya ligat menekan papan kekunci dan menggerak-gerakkan tetikus semasa menyunting audio.

“Kau kena ingat, esok kita ada baris pagi. Nasib baik aku dah iron uniform No.3 aku tu,” ujar Ayeesha. Seperti biasa, setiap hari Isnin, pelajar PALAPES dan SUKSIS UUM akan berbaris pagi untuk diperiksa pakaian serta kekemasan sebelum bersurai untuk ke kelas. Pelajar PALAPES akan memakai uniform No.3 lengkap manakala pelajar SUKSIS juga akan memakai baju uniform polis mereka dengan lengkap.

“Kenapalah kau ingatkan aku pasal baris pagi esok? Aduh… kau ni bikin spoillah…” jemarinya yang ligat tadi berhenti serta-merta. Ayeesha hanya ketawa kecil. Memang sengaja dia ingatkan tentang baris pagi yang sangat dibenci oleh bakal-bakal pegawai tentera dan polis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience