BAB 9

Humor Completed 9634

“Makan sudah. Minum sudah. Kenyang pun sudah. Aku rasa, kita dah boleh buka topik tadi balik kot. Apa hal yang penting sangat tu?” soal Ayeesha kebingungan. Memang jarang sekali Saif berbicara soal yang penting-penting kecuali tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

“Hmm…aku nak tanya ni. Tapi kau jangan terkejut atau marah tau,” Saif mulakan bicara.

“Kau ni… bikin aku nervous saja. Tanyalah. Aku gunakan konsep ‘redha dan tawakkal’ dengan segala pertanyaan kau. Apa dia?” Ayeesha menjawab separa bergurau.

“Hmm…betul ke yang kau ni…” Saif tidak dapat meneruskan pertanyaannya. Dia tidak mahu orang yang ingin sekali dia jumpa terguris atau memarahi sesiapa dek soalannya yang dianggap bodoh itu.

“Ish, kau ni… Boleh tak kalau cakap bagi habis? Ni main pause-pause pula. Teruskan dengan soalan kau tu. Aku tak marah. You can trust me,” Ayeesha cuba menenangkan Saif. Takut-takut Saif dirundung rasa serba salah.

“Fuh! Okay. Betul ke yang kau…dah bertunang?” kali ini matanya merenung tepat ke dalam mata Ayeesha dengan penuh tanda tanya. Ayeesha terdiam. Dia menunduk memandang saki baki makanan di dalam pinggan di hadapannya. Barangkali dia sedang menyusun kata bagi menjawab soalan cepumas itu.

“Sorry…kalau aku tiba-tiba tanya soalan pelik-pelik dekat kau. Aku cuma…curious,” Saif cepat-cepat mengawal keadaan, risau kalau Ayeesha bangun meninggalkannya begitu sahaja kerana soalannya itu.

“Mesti Balqis yang bagitahu kau kan?”

“Kau janganlah marah dia. Aku yang paksa dia suruh bagitahu aku kenapa kau obviously nak avoid aku sepanjang empat bulan kita tak contact ni,” Saif mengaku dialah yang memaksa Balqis sehingga rahsia pertunangan Ayeesha terpecah oleh mulut Balqis.

“Nope. Aku tak marah. Tapi kau betul-betul nak tahu kan?” Saif mengangguk menantikan jawapan dari Ayeesha. Ayeesha menyusun kata-kata dengan teratur lalu membuka cerita. Saif hanya memasang telinga mendengar setiap kata yang keluar dari bibir Ayeesha dengan penuh minat.

“Ya. Untuk pengetahuan kau, aku dah bertunang. Tapi aku tak rela. Aku kena paksa. Sebab family aku dah termakan budi dengan family ex-fiance aku ni. Family lelaki ni tolong family aku banyak benda, termasuklah hutang ayah aku dengan bank. Disebabkan ayah aku termakan banyak budi dengan keluarga lelaki ni, ayah aku pun ambil keputusan untuk satukan aku dengan lelaki tersebut. Aku tak nak, tapi ayah keep pushing me to accept that guy. Dengan berat hati, aku setuju. Tapi aku tetapkan syarat untuk bertunang dulu. Kalau nak nikah, at least lepas aku tauliah nantilah baru nikah. Tak pun, lepas graduate baru nikah. Jadi, kedua-dua belah pihak bersetuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience