BAB 10

Humor Completed 9634

Last three weeks, entah apa yang dia gelojoh sangat sampai tak boleh tunggu aku tauliah, dia paksa aku kahwin. No way lah, bro! Aku sayang PALAPES lebihlah. Aku nak tauliah dulu, aku nak habiskan pengajian aku dulu, aku nak enjoy my uni life dulu! Aku pun mengadu dengan ayah aku yang lelaki ni tak ikut syarat yang aku tetapkan. Nasib baiklah ayah aku sayang aku, so….” setelah panjang lebar Ayeesha bercerita, kemudian dia berhenti seketika. Sengaja dia buat Saif tertanya-tanya.

“So…? So apanya? Sambunglah, sambunglah… Tak sabar nak tau ending ni…”

“So…kau nak tau apa kesudahannya?” sengaja dia cetuskan mood saspen.

“Ish! Dia ni…”

“Hahaha… okay, okay. So… ayah aku… bersetuju kalau aku putuskan pertunangan kami. Masa nak putuskan pertunangan, nak pulangkan cincin apa semua, sempatlah juga aku ceramah dekat dia sikit. Aku cakap, ‘saya, awak, ayah saya dan ayah awak bukannya Tuhan nak tetapkan jodoh dan rezeki. Saya tahu keluarga saya susah, saya tahu keluarga saya banyak terhutang budi dengan keluarga awak, tapi awak tak ada hak langsung nak paksa-paksa saya untuk terima awak. Saya ada pilihan saya sendiri dan awak pun ada pilihan awak sendiri. Jadi, tolong faham keadaan masing-masing. Jangan senangkan satu pihak sahaja.’ Ha, begitu…” jawapan Ayeesha membuatkan Saif terkedu.

“Maknanya…sekarang…kau single?” Saif masih terpinga dengan apa yang terjadi pada si gilanya itu. Manakan tidak, selama dia kenal Ayeesha, Ayeesha tidak pernah ada pengalaman bercinta, tapi sekarang sudah bertunang, kemudian putus tunang. Saif bingung.

“Ya lah. Aku single lah. Kau tak payah pening-pening fikirlah,” jawab Ayeesha selamba.

“Lelaki tu boleh terima ke yang kau putus dengan dia?” soal Saif lagi. Dia betul-betul inginkan kepastian. Ayeesha menyedut baki teh’o ais limaunya sebelum menyambung cerita.

“Pada mulanya, dia agak keberatan nak terima. Acah-acah nak bunuh diri pula. Sepatutnya aku biarkan saja dia bunuh diri. Tapi lepas kena ceramah dengan aku, dia boleh terima. Sekarang dia dah ada pengganti aku dah pun. Ekspres kan?” sempat pula Ayeesha melawak. Sedikit sebanyak mengurangkan kebingungan dalam benak Saif.

“Kau…percaya peluang kedua tak?” secara spontan soalan itu terkeluar dari mulut Saif. Untuk kali yang kedua dia merenung tepat ke dalam bola mata Ayeesha yang keperangan itu.

“Hahaha… Yang kau serius sangat ni kenapa? Gerun pula aku!” Ayeesha sengaja membuatkan suasana tidak terlalu tertekan dengan kisah peribadinya, tetapi suasana bertukar apabila Saif mengajukan soalan sedemikian.

“Sekarang kau dah single kan? Kalau ada lelaki baru yang nak masuk dalam hati kau, kau terima tak?” Saif Khalid ni tak sihat agaknya. Kenapa dia suka sangat tanya soalan pelik-pelik hari ni?

“Tengoklah macam mana. Kalau perangainya senonoh sikit, aku boleh consider kot. Kalau gelojoh, memang aku reject mentah-mentah. Selamat jalan Romeolah jawabnya… Hahaha…” sekali lagi Ayeesha memberi jawapan dengan nada senda.

“Aku nak terus terang dengan kau ni, Ayeesha Safiyya. Kita kenal since tahun satu, kan? Kita rapat since semester satu on second year kan?” Saif mulakan langkahnya. Come on, Saif! Be a man!

“Yes. Kedua-dua statements kau tu betul. Jadi?”

“Jadi…aku nak ikat kau sebagai si gila aku yang sah. Asyik berkepit macam ni saja, orang suka mengata yang bukan-bukan. Lagipun, kau dah single sekarang. Apa salahnya kalau aku pula yang take over cuba nasib. Tak salah, kan?” Ya Allah! Permudahkan urusanku!

“What?! Saif, kau fikir dulu tak sebelum kau cakap ni?” Ayeesha bagaikan tidak percaya dengan luahan Saif. Saif bukanlah jenis yang mudah melafazkan kata “suka” atau “sayang” pada perempuan. Kalau ada pun, cuma himpunan usikan-usikan bodohnya sahaja.

“Sebab aku dah fikirlah aku berani cakap macam ni dekat kau. Hujung semester ni kita nak tauliah, kan? Kau commission PALAPES, aku commission SUKSIS. Kita sama-sama tauliah. After commission kita tunang, lepas graduate kita nikah. Lagipun aku ada simpanan sikit masa aku buat bisnes hari tu, dan bisnes aku agak memberangsangkan.

Amacam? Okay tak plan aku?” gigih Saif menerangkan rancangan masa depannya dengan si gilanya.

“Kau serius ke…main-main?” Ayeesha dihujani dengan perasaan was-was.

“Kalau dengan kau, aku yakin yang aku serius. That’s why aku berani cakap macam ni dekat kau. Aku tak nak terlepas peluang ni, Esya.” Wajah Saif terserlah penuh pengharapan. Dia menunggu saat ini. Saat-saat straight to the point kepada seorang wanita yang betul-betul dia sayang, cuma dia ego untuk luahkan. Dia merasakan inilah masa yang sangat sesuai untuk meluahkan isi hatinya kepada Ayeesha Safiyya.

Ayeesha bingkas bangkit dari kerusinya. Perasaan bercampur-baur. Suka, marah, malu, keliru, sedih semuanya disatukan dalam kepala dan hatinya. Kalau boleh, hendak saja dia lekas beredar dari kafe itu meninggalkan Saif yang penuh pengharapan.

“Ayeesha! Nak pergi mana? Kau marah aku ke?” Saif dengan pantas bersaing memintas Ayeesha sebelum dia benar-benar melangkah pergi meninggalkan Saif.

“Saif…” Ayeesha bersuara dengan nada dan wajah yang serius, tapi matanya langsung tidak memandang wajah mangkuk tingkatnya.

“…kalau betul kau maksudkan apa yang kau cakap ni… kau deal lah dengan ayah aku. Malam ni aku send nombor telefon ayah. Make sure you be a gentleman,” Ayeesha terus berlalu.

“It means, kau terimalah ni???” Sempat Saif soal sebelum Ayeesha sampai ke tempat parkir motosikal. Tiada sebarang balasan, tetapi jelas terpancar senyuman sebagai jawapan kepada soalan Saif itu walaupun nampak dari jauh. Gila ke tak terima? Kau seorang saja yang boleh tahan perangai aku, Saif. Kepulan asap menjadi tanda Ayeesha sudah berlalu pergi bersama tunggangannya.

Yes! Terima kasih, Esya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience