BAB 2

Humor Completed 9634

Persahabatan Saif dan Ayeesha mula rapat sejak semester satu di tahun dua, atau lebih tepat, di semester tiga. Ramai yang cemburukan hubungan mereka kerana terlalu rapat.

Mana tidaknya, Saif memiliki wajah pakej; kulit cerah, mata berwarna coklat bening, bibir merah manakala susuk tubuhnya yang agak sasa mampu memikat mana-mana gadis dalam kampus itu.

Tidak hairanlah kalau susuk tubuh itu dijadikan aset sebagai atlet bola sepak dalam perkhidmatan SUKSIS UUM.

Ayeesha juga tidak kurang cantiknya, dengan wajah persis gadis Iran, hidung mancung bak seludang, bibir merah mungil serta bertudung labuh, walaupun bukan datang dari latar belakang yang kuat ilmu agamanya. Sungguhpun imejnya yang ala-ala Muslimah sejati, namun darah satria mengalir deras dalam kapilari membuatkan dia bersemangat menyertai perkhidmatan PALAPES Darat.

Padanlah orang sering menggelarkannya “Ustazah Brutal”. Kata orang, mereka secocok bagaikan pinang dibelah dua. Sama cantik sama padan. Tapi sayang, mereka tidak pernah sama sekali menyimpan perasaan sesama sendiri.

Tohmahan demi tohmahan dihamburkan padu ke muka dua belangkas itu, tetapi, sedikit pun tidak menjejaskan persahabatan mereka. Ada yang kata mereka sedang hangat bercinta, ada yang kata mereka sebenarnya sepupu, tidak kurang juga ada yang mengatakan mereka sudah bernikah. Mujurlah mereka berdua tidak melatah dengan telahan teman-teman kampus. Hanya deraian tawa yang mampu mereka interpretasikan daripada segala telahan itu.

“Kau orang berdua ni ada apa-apa ke? Couple eh?” Sirajuddin, teman sekuliah mereka yang agak nerd tapi gila-gila mula bersuara. Maklum sajalah, selepas kuliah tamat, port yang selalu mereka lepak ialah, Kafe Cengkeh.

“Kalau berdua couple lah, kalau bertiga namanya, triple,” jawab Saif selamba. Kuat loyar buruk mamat ni.

“Apa ke bengong sangat soalan kau ni, Din? Hahaha…tu makan dia,” balas Ayeesha pula.

“Ish, tak adalah. Kawan-kawan kuliah kita sibuk dok kenen-kenenkan kau orang ni. Tapi bila perhati betul-betul, kau orang memang secocok!” Nadinie, seorang lagi geng mereka menyampuk seolah-olah mengiyakan kenyataan Sirajuddin. Dia memang pantang kalau dengar gosip-gosip kampus, lebih-lebih lagi yang membabitkan kawan kuliah merangkap kawan baiknya sendiri mulalah dia riuh satu Fakulti Teknologi Multimedia dan Komunikasi. Silap-silap satu UUM boleh kecoh.

“Din! Nad! Kau orang ni gila ke apa? Teringin nak jadi papan target M-16 ke?” Ayeesha mengugut dua kawan baik mereka.

“Amboi… mentang-mentanglah akak PALAPES, sampai hati nak jadikan member sendiri papan target M-16, yang seorang lagi abang SUKSIS. Haa…eloklah seorang askar, seorang polis,” Hafiz atau dikenali sebagai Panjang cuba membela Nad dan Din. Panjang teman sebilik Saif.

“Choi…! Kau backing langau dua ekor ni, Panjang? Siaplah kau kat bilik nanti. Aku smackdown kau cukup-cukup,” kali ini Saif pula yang mengugut Panjang.

“Fuh! Garang sungguh kakak askar dengan abang polis kita ni. Baik kita ca alif but!” Sirajuddin sengaja panaskan lagi keadaan, tetapi Ayeesha dan Saif sudah faham benar dengan perangai Nad, Din dan Panjang yang mengusik tak sudah.

“Haa…sudah. Lagi sepuluh minit, kelas graphic and animation. Lets go, multimedia students! Marilah kita siapkan diri. Tak mau malas-malas ye…” Ayeesha sengaja tekankan ‘ye…’ kuat-kuat umpama memberi amaran kepada kawan-kawannya, terutamanya Saif.

“BAIK, PUAN!” balas mereka berempat serentak.

“Tak payah berpuan-puan sangatlah…” Ayeesha mencebikkan muka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience