BAB 7

Humor Completed 9634

Wake me up inside, wake me up inside

Call my name and save me from the dark

Bid my blood to run, before I come undone

Save me from the nothing I’ve become

Nada dering lagu Bring Me To Life yang dinyanyikan oleh Evanescence feat. Linkin Park bergema dalam ruang kamar tidur. Alamak, si mangkuk tingkat ni telefon pula. Apa yang dia nak? Nak jawab ke tak, nak jawab ke tak, nak jawab ke tak? Jawab sajalah. Manalah tahu ada hal mustahak.

“Assalamu’alaikum, Ayeesha. Aku…nak jumpa kau sekejap. Sekejap saja,” Apa kena dengan mamat ni? Bikin aku cuak betul. Baru harini call, main ajak jumpa-jumpa pula. Hish! Saif ingin sekali mendengar cerita sebenar dari mulut sahabatnya itu. Dia tidak mahu dengar dari mulut orang lain mengenai kisah Ayeesha Safiyya yang sudah menjadi tunangan orang walaupun cerita itu disampaikan dari mulut rakan sebilik Ayeesha sendiri.

“Err… Wa’alaikumussalam. Jumpa? Dekat mana? Pukul berapa? Buat apa nak jumpa?” sebolehnya Ayeesha ingin mengelak daripada bertemu muka dengan Saif. Namun hakikatnya, dia sangat rindukan si mangkuk tingkatnya itu.

“Aku ada hal sikit nak cakap dengan kau. Penting ni. Kalau boleh sekarang. Kau datang tau. Aku tunggu kat tempat biasa. Dekat Kafe Cengkeh,”

“Insha-Allah. Kalau aku nak pergi. Bye, Assalamu’alaikum,” jauh disudut hati kecil Ayeesha, dia memang ingin sekali bertemu mangkuk tingkatnya itu. Lama benar mereka tidak bertegur sapa, apatah lagi berborak-borak seperti selalu. Rakan-rakan sekelas mereka juga agak kehairanan dan mula membuat andaian sendiri bahawa mereka sedang perang dingin.

“Aku akan tunggu sampai kau datang, Esya. Wa’alaikumussalam,” dia benar-benar mengharapkan kali ini dia boleh berjumpa Ayeesha Safiyya setelah hampir empat bulan tidak berhubung. Masing-masing mengelak untuk berjumpa, terutamanya Ayeesha.

“Qis, Esya nak keluar sekejap tau. Ada hal,” padahal rakan sebiliknya sudah pasang telinga dari awal Ayeesha menjawab panggilan Saif, cuma sengaja dia diamkan.

“Oh, okay. Baik-baik keluaq tu. Balik nanti bungkuskan Qis nasi goreng pattaya sos cili lebih ya. Hehe..,” Ayeesha sudah faham benar dengan fi’il roommatenya itu. Pantang dengar perkataan “keluar sekejap”, pasti ada saja pesanan makanan yang dikehendakinya.

“Tengoklah kalau Esya ingat. Makan saja yang Qis tahu. Patutlah makin bulat. Haha..,”

“Esya ni…!!!” Balqis mencebikkan muka memuncungkan mulut, tetapi dia tidak terasa hati pun dengan usikan Ayeesha.

“Tak adalah. Bulat pun comel apa. Nanti Esya belikan ya. Esya keluar dulu. Assalamu’alaikum,” daun pintu bilik dikuakkan dan dia segera menuju ke arah parkir membawa keluar tunggangan kesayangannya, Honda EX5 Dream biru.

Wa’alaikumussalam. Good luck, sis!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience