BAB 4

Humor Completed 9634

“Yang kau gabra sangat ni kenapa? Dah, dah, dah…jom siapkan semua ni. Kita stay up sampai pagi, sampai benda ni siap. Deal?” Ayeesha mencadangkan.

“Okay, deal!”

Malam semakin larut, jam menunjukkan pukul 2 pagi dan semua pelajar yang menelaah di lounge beransur pulang ke blok masing-masing. Hanya Ayeesha dan Saif sahaja yang masih kekal di lounge tekun menyunting audio. Mereka sanggup bersengkang mata semata-mata menyiapkan tugasan yang perlu dihantar keesokan harinya.

“Huaaaarrghh! Mengantuknya! Sikit lagi…sikit lagi…! Esya, sekarang pukul berapa?” Saif sudah mengantuk benar. Dia mahu siapkan tugasan itu sebelum baris pagi. Biasanya baris pagi bermula jam 6.45 pagi.

“Ha? Apa dia? Pukul berapa? Sekarang…oh man! Pukul 4.40 pagi, wei!” Sedar tak sedar hari semakin naik. Masa berlalu begitu pantas.

“Woi! Jangan main-main. Ada separuh lagi nak kena edit ni. Aduh…!” hampir saja Saif berputus asa kerana banyak lagi yang perlu disunting. Ayeesha cuba mententeramkan sahabatnya itu.

“Bro, chill. Kita buat sama-sama, okay? Aku punya dah nak siap. Kejap lagi aku tolong kau. Kau sabar sikit je. Boleh?”

“Hmm…boleh…”

“Bagus,”

Subuh kian menghampiri. Saif sudah terlelap sambil bersila. Kepalanya dilentokkan di atas meja Jepun dalam lounge. Ayeesha membantu menyunting audio Saif kerana Saif sudah tidak ada hati untuk menyiapkan audionya itu. Dia tidak sampai hati untuk mengejutkan Saif lalu dibiarkan Saif hanyut dibuai lena sementara.

Assolatu khairum minannaum… Assolatu khairum minannaum…

“Saif… Saif… Bangun. Dah subuh ni. Kejap lagi nak baris pagi pula,” Ayeesha mengejut Saif untuk solat Subuh sambil matanya terpejam. Dia sudah tidak tahan untuk melayan kantuknya lagi.

“Ha…5 minit…5 minit,”

“Banyaklah kau punya 5 minit. Bangunlah Saif oii… Pergi solat subuh dulu. Barang-barang biar aku jaga. Lagipun, aku ‘cuti’,” Mujurlah Saif faham apa maksud ‘cuti’ Ayeesha itu.

“Hmm…ya lah, ya lah. Eh! Kejap. Assignment aku tak siap lagi!” Baru dia teringat tentang tugasannya yang tergendala. Dia menyesal kerana tertidur menyebabkan kerjanya tertangguh. Tetapi, dia sebenarnya bernasib baik kerana Ayeesha masih menemani dan membantunya menyiapkan segala suntingan yang perlu dibuat.

“Kau pergi saja solat subuh. Pasal audio, kau jangan risau. Dah settle. Nanti kau check balik apa yang perlu dibaiki. Okay?”

“Kau editkan aku punya audio sampai habis ke? Maknanya kau tak tidur langsunglah ni? Kau dah gila ke?” Dia seolah-olah tidak percaya yang tugasannya sudah siap kerana dia tidak menyentuh langsung baki tugasan yang perlu dihabiskan itu. Dia juga berasa serba salah kerana membiarkan Ayeesha berjaga keseorangan.

“Nanti kau check baliklah, mangkuk. Kau pergi solat sekarang! Dah pukul 6.10 ni. Lepas ni balik bilik, mandi, prepare for baris pagi. Boleh?”

“Oh, okay, okay. Aku pergi solat sekejap. Nasib baik surau dekat. Jagakan kejap laptop aku tu ya? Terima kasih…” Saif berlalu pergi ke musolla.

Mentari semakin mengeluarkan sinarnya. Semua bakal pegawai muda bergegas ke tapak parkir belakang blok lelaki untuk berbaris. Saif dan Ayeesha cuba untuk berlakon seperti biasa, tetapi wajah mereka jelas sembap dan tidak bermaya kerana langsung tidak tidur semalaman. Bagi mereka, lebih baik berbaring pagi daripada berbaris pagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience