Laura menghela nafas lega.Sekali lagi dia berjaya menyelamatkan aryan daripada sebarang luka.King? Entah ke mana si tua itu menghilangkan diri selepas ditembak aryan.Tetapi laura tahu king tidak akan berdiam diri.
Laura harus berjaga jaga dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Bunyi deruman kereta yang memasuki perkarangan rumah mematikan lamunan laura.
Rambut disanggul malas sebelum kepalanya disarung tudung.Takut 3 sekawan itu juga turut ada.Potato chips diatas meja pantas dicapai sebelum dimasukkan ke dalam mulut.Dia berpura pura menonton drama.
"Korang pergi mana lewat malam baru balik?" Soal laura.Saja tanya.
"Kau tak perlu sibuk urusan aku" jawab aryan kasar.Alex,kyle dan harraz terkedu.Mak kau bapak selamba.
"Ouh okey" jawab laura tanpa reaksi sebelum sambung menonton drama kegemarannya.
"Good monkey" sinis aryan berkata sambil menanggal stokinnya sebelum mendaki tangga menuju ke biliknya.
Laura menjeling aryan geram.Punya lawa dia monyet dipanggil.Tapi tak pelik kerana make up yang dipakainya memang tak ubah monyet.
Alex,kyle dan harraz serentak memandang seraut wajah laura yang hanya beriak selamba.Gila.Takda perasaan agaknya minah ni.
"Kenapa?" Soal laura pelik.Dia menoleh ke arah 3 sekawan itu dengan penuh tanda tanya.
"Erk takda apa apa" jawab alex pantas.Laura hanya menjongket bahu sebelum kembali menonton drama kegemarannya.
Alex menggaru kepalanya yang tidak gatal.Bongok punya aryan.Dia yang suruh ikut pulang ke rumahnya dia blah dulu eyyy sabar je aku la.
"Korang nak tidur sini ke?" Soal laura lembut sambil memandang wajah mereka bertiga.Masing masing mempunyai wajah yang sangat menarik.Kacak+comel=baby face awh perfect!
Tapi aryan mychell lagi kacak dan somel!
"Erk boleh ke kitorang tidur sini?" Soal kyle agak teruja.Wuuuu baikklah hakak laura nii.
"Boleh la apa pulak boleh" jawab laura sambil tersenyum manis.Harraz memegang dadanya.Woi bergegar tulang rusuk abe! 'Nasib kau bini aryan kalau tak lama aku kebas' gumam harraz perlahan namun cukup untuk alex dan kyle disebelahnya dengar.
Mata alex dan kyle dijegilkan serentak.Alex membuat isyarat yang hanya difahami oleh mereka 'kau nak mati?'.Harraz hanya tersengih.
Laura memandang mereka pelik.Hah ni dah kenapa yang main bahasa isyarat bagai? Mengutuk aku ke apa.
_____________________
Aryan hanya menjadi pemerhati di meja makan.Kelihatan tiga kawannya berbual ramah dengan laura.Ini kalau orang tanya pasal laura sah sah lah tiga beruk tu yang dapat jawab manakala aryan hanya ternganga.
Macam manalah dia nak tahu tentang gadis itu kalau bercakap pun diakhiri dengan pergaduhan serta makian daripada mulut masing masing.Kemudian dua tiga hari barulah bercakap kemudian bergaduh lagi dan begitulah hari seterusnya yang menjadi rutin hidup mereka.
"Laura aku nak tanya something boleh?" Soal alex agak serius.Sudah lama dia mahu menanyakan hal ini kepada gadis itu.
"Ha tanya je ar takpe takyah bayar pun" jawab gadis itu selamba.Tangannya sibuk mencedok kuah udang sambal itu ke dalam pinggannya.
"Macam mana kau boleh setuju nak kahwin dengan aryan? Kau tak takut ke? Tah tah muka dia macam lembu ke? Tak pun dah tua ganyut ke?" Soal alex bertubi-tubi.
Soalan alex membuat laura dan aryan tersedak serentak.Cepat cepat mereka berdua mengambil air fresh orange dan minum serentak.Mereka berdua berpandangan.Apahal boleh serentak pula perlakuan mereka?
"Ehem" dehem mereka berdua juga serentak untuk menghilangkan rasa janggal yang bertandang.Apatah lagi apabila tiga mahluk kasar itu memandang ke arah mereka berdua.
"Kau apahal sibuk tiru aku?" Marah aryan sedikit kasar.Bengang.
"Eh orang kata kalau macamtu jodoh kuat" balas laura selamba sebelum meneguk baki air yang masih ada di dalam cawannya.
"Kepala otak kau jodoh tak kuasa aku kahwin dengan perempuan tah mana mana datangnya" jawab aryan agak sinis.Tak mahu kalah dengan laura.
"Lahhh taknak kahwin dengan aku kee? Lahhh abistu yang aku terima nikahnya blah blah blah tu apa?" Laura mengejek.Saja bikin aryan panas.Sekarang kan musim sejuk jadi biar laura panaskan cinta hatinya.
"Muka macam monyet ada hati nak kahwin dengan aku yang handsome nak mati ni" balas aryan sambil memuji diri sendiri sekaligus mengutuk laura.
"Erkk okey dah dah jangan gaduh depan rezeki tak baik dah jum makan" alex yang sedari tadi menjadi pemerhati tak berbayar mula bersuara untuk meredakan keaadaan yang makin panas itu.
"Korang makanlah aku takda selera" aryan bingkas bangun dengan kasar.Pinggan hanya dibiar di situ sebelum dia pergi menuju ke sinki.
"Eh eh kau basuh pinggan ni sekarang! Kau pikir aku kuli kau ke?" Marah laura.Saja marah sebab nak cari pasal.Kalau dia tak cari pasal maka tidak adalah komunikasi antara mereka berdua.
"Kata bini" balas aryan seraya mengenyitkan matanya.Laura membawa tangan ke dada.Berdamage!
Alex mengusap tengkuknya.Salah dia ke sebab tanya soalan yang mengundang pergaduhan antara mereka berdua? Erk rasanya tak salah tapi takpalah sebagai abang yang macho mari lah kita minta maaf.
"Err..aku minta maaf kalau soalan tadi buat korang bergaduh" alex meminta maaf.Sungguh dia rasa serba salah kerana mengeruhkan hubungan mereka yang memang sedia sudah keruh.
"Eh lek lah takda apalah..lagipun kitorang memang dah biasa macamni hari hari" jawab laura jujur
Alex,kyle dan harraz terkedu.Dah biasa? Maksudnya?
Mereka bertiga berpandangan.Serba salah mula bertandang di hati.Sungguh dia tidak sangka sampai hari hari wanita itu menghadapi perangai aryan yang tidak matang itu.Sungguh tabah gadis itu mengharungi dugaan.
Timbul rasa kasihan terhadap gadis itu.Dalam diam mereka bertiga tekad untuk menggembirakan hati gadis itu.
Mereka tahu disebalik senyuman dan tawa gadis itu tersembunyi 1001 kedukaan yang belum tentu ada penawarnya.
enjoy ur reading love!❤️
Share this novel