chapter 22

Others Series 14209

"Laura mana kau tahu jalan ni?" Soal alex pelik apabila laura membawa mereka ke jalan bawah tanah.

Aryan,kyle dan harraz hanya menantikan jawapan yang bakal keluar daripada bibir gadis itu namun hampa apabila gadis itu memilih untuk berdiam diri.

Bagaimanalah reaksi mereka jika mengetahui bahawa laura lebih arif tentang rumah itu berbanding aryan sendiri.Terkena serangan jantung mungkin?

Laura terus menarik tangan aryan manakala aryan hanya menurutnya tanpa sebarang bantahan.

Kini mereka berada di hadapan bilik khas tempat dimana mereka menyimpan senjata.

"Wei aryan..baik kau suruh bini kau terangkan apa yang jadi sebenarnya ni? Mana dia tahu pasal bilik ni?" Soal alex sekali lagi.Dia rasa seperti terkena renjatan elektrik dengan situasi yang sedang berlaku.Anak buah aryan sendiri pun tidak ketahui tentang bilik itu inikan pula laura.

Laura hanya menghiraukannya sahaja.Dia menekan kata laluan untuk masuk ke bilik itu.Sekali lagi mereka berempat ternganga.Sangka mereka laura akan meminta bantuan salah seorang daripada mereka untuk membuka pintu yang memerlukan kata laluan itu untuk terbuka.

Namun sangkaan mereka meleset sama sekali.Laura mampu membuka pintu itu tanpa bantuan mereka.

Alex memandang aryan meminta jawapan namun aryan masih kaku ditempatnya memandang pintu yang sudah terbuka setelah dimasukkan kata laluannya oleh laura.

"Wait wait rose kau nak pergi mana? Bahaya lah" bagaikan baru tersedar daripada lena, tangan aryan didepakan menghalang pintu laluan masuk ke bilik itu.Risau.

"Apa takut mati tanam" jawab laura selamba sambil tersengih.Tangan yang didepa aryan yang dianggap mengganggu laluannya ditepis perlahan lalu ditarik memasuki bilik itu.

Alex,harraz dan kyle saling berpandangan antara satu sama lain dengan rasa terkejut bukan kepalang.Rose? Adakah nama itu yang selalu menghantui aryan? Adakah laura pemilik nama itu? Pelbagai soalan berlegar di fikiran masing-masing.

Laura mengatur langkah ke arah sebuah rak yang tersusun pelbagai jenis pistol.Laura menolak rak itu sehingga menampakkan sebuah pintu yang berada di sebalik rak itu.

Buat kesekian kalinya mereka berempat tercengang.Mana datangnya pintu ni? Kenapa mereka tidak pernah tahu tentang kewujudan pintu itu?

"Laura kau pakai bomoh ke dukun?" Soal kyle serius.Mata dihalakan kepada laura.

"Aik bomoh dengan dukun tak sama ke?" Soal harraz pula sambil memandang kyle.

"Taklah bomoh lelaki dukun perempuan" jawab kyle laju

"Bomoh dengan dukun sama je lahhh" balas harraz tidak puas hati

"Tak sama takkk lahhh" suara kyle sudah naik seoktaf

Aryan dan alex hanya menghiraukan pertengkaran tidak semenggah mereka berdua.Mereka berdua terus membuntuti langkah laura.

"Ni pintu apa laura?" Soal alex tertanya-tanya.

"Bilik tidur aku" jawab laura selamba.

Kyle dan harraz yang sedang bertengkar tadi terhenti manakala aryan sudah mahu rebah menyembah lantai sementara alex berpaut pada salah satu rak yang ada disitu seperti rak itu membantu menyalurkan kekuatan pada alex.

Semua mata tertumpu kepada laura hanya kerana jawapan selambanya.

"Erk chill lah aku gurau jee" jawab laura seraya menggosok belakang tengkuknya yang dilapik tudung itu untuk menghilangkan rasa janggal.

Mereka berempat mengurut dada.Mujur jantung mereka yang sedang marathon tadi sudah sampai ke garisan penamat.

"Habistu ni bilik apa?" Soalan yang diaju kepada laura oleh alex tadi diulang semula oleh kyle.

Laura meletakkan wajahnya kepada pengimbas kata laluan itu sebelum pintu bilik itu terbuka luas.

Mereka berempat terlopong melihat isi dalam bilik tersebut.

Dinding yang di cat sepenuhnya dengan berwarna merah jambu.Dihiasi pula dengan belon berbentuk hati di sebelah kiri dan kanan tulisan 'HAPPY BIRTHDAY MY PRINCE'.

Bilik itu lebih menyerlah lagi dengan gambar my little pony yang ditampal secara berserakan membuatkan pipi aryan berona merah.Ini mesti kerja laura!

Kyle dan harraz sudah melompat lompat teruja sambil bertepuk tangan.Mereka berdua juga turut menyukai warna merah jambu.Sah lepasni bilik ini akan dijadikan tempat melepak mereka berdua.

Laura menolak perlahan tubuh aryan ke tengah ruangan bilik itu.Aryan hanya diam tidak berkutik.

Kaki laura diatur setapak demi setapak mendekati aryan.Dia melutut tepat dihadapan aryan.Bunga ros sudah berada ditangan laura.Entah daripada mana datangnya mereka sendiri tidak pasti.

"Betullah kata kau dia ni bomoh" bisik harraz perlahan ditelinga kyle namun masih dapat didengari oleh semua yang berada disitu.

"Bukan bomohlah dukun" balas kyle juga yang turut berbisik dengan perkataan terakhir ditekankan.

"What ever" balas harraz menyampah seraya bebola mata digulingkan ke atas.

"Buon Compleanno Cara" ucap laura separuh berbisik lebih kepada nada romantis.

Laura bangun dan menyerahkan bunga itu kepada aryan.Aryan mengambil bunga itu dengan perasaan yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.

Alex,kyle dan harraz yang menjadi penonton tidak berbayar menepuk tangan dengan sorakan.

"Woooo abe ryan kita dah bahagia!" Sorak kyle riang

"Yahooo!"

Sorokan demi sorokan yang menyapa pendengaran aryan membuatkan jejaka itu malu.Aryan berlari menyembamkan wajahnya pada ceruk leher laura.Tangan laura naik mengusap lembut rambut milik sang suami.

masih berminat ke nak bacaa? btw enjoy ur reading love!❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience