"Ryan! Mana aku punya selimut my little pony hah?!" Suara rose sudah memetir.Aryan di luar sudah seram sejuk.
"Erk mana lah aku tahu!" Aryan sudah tidak senang duduk.Bukan boleh dikira rose ni karang habis tunggang langgang rumahnya.
"Andry" nama andry diseru rose.Muka aryan sudah pucat.Habislah dia.Kedengaran seperti kubur sedang memanggil.
"Ye" jawab andry.Matanya tertumpu ke arah aryan yang sedang bersembunyi dibawah meja makan.Senyuman sinis diukir.Ni mesti aryan ada buat salah.Kalau tak takkan lah sorang suara dah memetir yang sorang lagi duduk di bawah meja makan.
"Andry kau ada nampak selimut my little pony aku tak?" Soal rose serius.Kalau dia dapat tahu siapa angkara kehilangan selimut kesayangannya tahulah nasib dia!
"Ada..tadi aryan buat lap aiskrim tumpah dekat atas karpet" jawab andry jujur.Mukanya sudah gembira.Yez dendamnya terhadap aryan akhirnya terbalas jua!
"ARYAN MYCHELL!!" Suara rose sudah bergema di ruang tamu.Matanya meliar mencari kelibat aryan.Aryan yang berada di bawah meja makan hanya mampu berdoa.
"Allahumma bariklana fima rozaktana wakinna azabannar..amin" doa dibaca aryan sambil matanya ditutup untuk mengingati setiap baris doa itu.Entah doa apa yang dibaca dia sendiri tidak pasti.Yang penting dia baca doa.
Perlahan-lahan matanya dibuka.Kelihatan kelibat rose yang tadinya sedang berdiri sambil mencekak pinggang di atas tangga sudah tiada.Fuhhh selamat!
"Betullah papa kata..kalau kita baca doa allah selamatkan kita!" Aryan bermonolog sendirian.Nafas lega dihela.
"Banyakkk lah kau punya allah selamatkan! Ooo kauuu dahlah habiskan aiskrim aku lepastu bila aku tanya siapa makan kau kata kucing! Lepastu dahlah tumpahkan aiskrim atas karpet baru lepastu berani kau lap dengan selimut aku! Kau memang nak kena kan!" sergah rose yang berada di belakangnya senafas.Hah ambik kau senafas dia bagi.Habis lah kau aryan.
Bahu aryan terhinjut.Perlahan dia menoleh ke arah belakang.Kelihatan rose yang sedang memegang bulu ayam dengan mata yang merah menyinga dibelakangnya.Air liur yang ditelan terasa payau.Mukanya hanya pasrah.Sesungguhnya dia redha ya allah.
___________________________________
"Haaa macamnilah baru anak yang baikk" puji laura sambil menggosok rambut aryan.Aryan hanya mampu mengetap bibir.Nasib sayang budak ni.
Kini aryan sedang mendukung rose.Itulah hukuman yang dikenakan oleh rose terhadapnya.Dia perlu mendukung rose jika rose mahu kemana sahaja!
*flashback
Aryan berdiri tegak.Tangannya diletakkan di bahagian belakang tubuhnya seperti dalam keadaan senang diri.Kepalanya ditunduk menekur lantai.
"Kau tahu apa salah kau?" Soal rose garang.Dia berjalan ke kiri ke kanan sambil memegang bulu ayamnya seperti lagak seorang guru disiplin yang sedang memarahi anak muridnya yang melanggar salah laku disiplin.
Perlahan kepala aryan menggeleng.Nak angguk takut.Nak geleng pun takut.Tapi itu sahaja pilihan yang dia ada.Jadi rembat sajalah.
Rose sudah memberi amaran awal awal supaya tidak membuka mulut selagi dia tidak beri arahan.
"Anda dijatuhkan hukuman atas tiga kesalahan" ujar rose.Aryan masih lagi menekur lantai.Dia sudah biasa dengan perbicaraan makhamah tidak bertauliah rose.Yang paling tidak boleh terima dek akal ialah denda yang diberi.Tak percaya tengoklah.
"Kesalahan pertama, anda telah mengambil aiskrim saya tanpa kebenaran dan telah menipu saya dengan mengatakan kucing yang makan sedangkan baru saya sedar kita tak bela kucing!" Kesalahan pertama yang dibaca rose mengundang tawa aryan namun ditahan.Macam manalah budak kecik tu baru sedar yang mereka tidak membela sebarang kucing mahupun haiwan peliharaan.
"Kesalahan yang kedua, anda telah mengambil selimut kesayangan saya tanpa kebenaran! Saya ulang semula.Tanpa kebenaran!" Kaki dihentak.Marah sungguh selimut kesayangannya dibuat sedemikian.
"Dan kesalahan yang terakhir yang boleh membuatkan anda dihukum mati adalah selimut saya busuk angkara kamu!" Kalini aryan tidak boleh tahan.Dia ketawa besar.Aduyai parah!
Mata rose yang menikam anak mata aryan membuatkan ketawa besar aryan mati.Aduh masak.Lupa pulak dia dalam perbicaraan makhamah tidak bertauliah.
"Okey okey..kau nak denda aku apa kalini? Aku janji aku ikut" Soal aryan
Muka rose terus berubah ceria.Yez! Inilah saat yang dia tunggu.
*End flashback
"Ryann rose dah penat hm" keluh rose.Entah apa lah yang dia penat sangat walhal seharian dia hendak kemana sahaja hatta ke tandas didukung aryan.Ini barulah rose yang aryan kenal! Manja dan suka merengek dan sentiasa inginkan perhatian.
"Habistu kau nak buat apa sekarang?" Soal aryan.Dia pun sudah letih dukung rose mengelilingi taman bunga yang terdapat di rumah mereka.
"Rose nak tidur atas pangku ryan" pinta rose.Dia rasa mengantuk yang teramat.Penat mungkin.Penat membuli aryan.
"Boleh jom ryan tidurkan rose sambil papa dengan uncle xayden balik" aryan tersenyum.Senang dengan permintaan rose.
Aryan memegang tangan rose yang sedang melilit lehernya apabila terasa seperti lilitan dilehernya longgar.Dah tidur lah tu.
Dengan penuh berhati dia melangkah masuk ke rumah menuju ke ruang tamu.Dia mengambil selimutnya.
Perlahan dia meletakkan rose di atas pangkuannya.Selimut ditarik menutupi tubuh kecil rose.Dia membaca perlahan doa tidur ke telinga rose.Perlahan bibirnya mengukir sebuah senyuman.
"Sleep well princess" bisik aryan
Aryan menyandarkan tubuhnya ke sofa yang berada di belakangnya.Selepas itu dia juga turut terlena.
Aryan terjaga dari lenanya.Dia memandang kiri dan kanan.Wajahnya kelihatan cemas.Dia memandang ke kiri dan kanan untuk mencari kelibat rose.Hilang! Seperti biasa hilang!
Ye dia bukan sekali dua mimpi begini.Malah setiap kali dia memikirkan tentang gadis itu secara berlebihan itu lah yang terjadi.
Seperti biasa aryan memeluk lututnya.Wajah nya disembamkan kepada dua belah lututnya.Dia rindu gadis itu.
"Rose ryan minta maaf..ryan gagal cari rose..ryan tak jumpa rose..ryan mungkir janji ryan dekat rose" dia menangis tersedu sedan disebalik kakinya.Dialog yang sama ketika dia menangis begini diulang.
Laura yang tidur di bilik tetamu turut terjaga dari lenanya juga apabila mendengar bunyi tangisan.
Rambut dikemaskan sebelum kakinya laju menapak ke arah bilik aryan.Rasa bimbang mula bertandang.Aryan marahkan dia ke?
Tangannya yang mahu memulas tombol pintu itu terhenti.
"Rose..ryan minta maaf..hiks hiks ryan tak jumpa rose..sumpah ryan dah cari rose tapi ryan tak jumpa pun rose! Sumpahh ryan dah cari betul ryan tak tipu hiks hiks ryan rindu rose" tangisan aryan membuatkan hati laura menjadi sayu.'Ryan..rose pun rindu ryan!' Luah laura dalam hati.
Tombol pintu dipulas perlahan.Aryan yang berambut serabai tetapi masih kacak sedang menangis sambil memeluk kedua belah lututnya.
"Rose ryan dah balik..mana rose..ryan selalu mimpi rose lepastu menangis sebab rindukan rose..rose baliklah"
Laura terpempam.Aryan selalu menangis begini ketika merinduinya? Sungguh dia tidak tahu tentang perkara itu.Ini kerana hanya dibilik aryan sahaja tidak mempunyai cctv.
Laura tidak memasang cctv kerana dia menghormati privasi lelaki itu.Kenapa dia memasang cctv di rumah aryan? Ini semua demi keselamatan aryan disamping melepaskan rindu.
"Rose papa harap rose ikut perancangan papa..ryan sangat perlukan rose" kata kata Mr.Mark beberapa bulan lepas bermain di fikiran laura.
Mungkin ini maksud papa!
enjoy ur reading love!❤️
Share this novel