Laura, alexandria dan irene kini berada di sebuah pasar raya.Sepatutnya harini mereka bermalas malasan dirumah kerana harini merupakan hari sabtu dimana hari yang ditunggu tunggu oleh semua pekerja yang bekerja.
Namun disebabkan virus kebosanan laura sudah merebak di dalam badannya,laura mengajak atau lebih tepat memaksa irene dan alexandria ke pasar raya.
Kaki mereka melangkah masuk ke dalam pasar raya itu.Mata laura melilau seperti mencari "sesuatu".Tiba tiba mata laura yang tadinya melilau tidak tentu hala terhenti pada suatu tempat.
Bibirnya mengukir sebuah senyuman.Irene dan alexandria yang melihat senyuman itu berpaling ke arah yang berjaya menarik perhatian laura.
Sebaik sahaja mereka nampak tempat yang berjaya menarik perhatian laura mereka hanya mampu menggelengkan kepalanya seperti dapat membaca fikiran gadis itu.
Sah ada kerja gila yang mahu dibuat oleh laura!
Belum sempat irene mahu membuka mulut laura sudah lesap.Dia dan alexandria saling berbalas pandangan.Alexandria hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu kemana perginya gadis itu.
"Tu laura!" Tunjuk irene
Mereka berdua berlari anak mengejar langkah laura yang sudah jauh dari mereka.
Kini mereka bertiga berdiri di hadapan seorang makcik dalam lingkungan usia 40-an.Makcik itu sedang mempromosi barang jualan yang dijualnya dengan sample yang diberi.
"Nakk nak rasa tak? Ini bebola daging.Ada dua perisa satu bebola ayam satu bebola daging kalau anak mahu rasa ambillah..tak beli pun takpe" pelawa makcik itu tersenyum sambil memegang sebuah dulang yang berisi sample makanan yang ingin dijualnya.
Alexandria dan irene hanya menunggu balasan laura atau lebih tepat akal laura.
"Haii makcikk! Nama makcik ni siapa?" Soal laura peramah
"Nama makcik salma panggil je mak ma..nama anak ni pula siapa?" Soal mak ma semula sambil tersenyum manis
"Ouh saya alex.." belum sempat alexandria memperkenalkan diri laura sudah memotong percakapannya.
"Ouh nama saya rose! Ini pula kawan saya fatimah dengan milah" jawab laura sambil menunjuk alexandria dan irene
Muka alexandria dan irene sudah merah padam.Punya sedap nama mereka sambil terbelit lidah mahu menyebutnya sedap saja laura memperkenalkan mereka dengan nama kampung itu.
"Uish sedap namanya..jarang nak jumpa orang nama fatimah dan milah ni..yelah zaman sekarang ni mana ada dah orang nak guna nama tu yelah macam makcik makcik pula dikatanya" puji mak ma
"Mak ma duduk sini biar saya yang promote semua ni" arah laura
Semua mata tertumpu ke arah laura.Mak ma sudah terkejut beruk manakala alexandria dan irene hanya menggelengkan kepalanya.Dah agak.
"Eh kamu biar betul?" Soal mak ma tidak percaya
"Iye mak ma duduk sini meh apron tu" minta laura
Belum sempat mak ma membuka mulut untuk berbicara laura sudah pun menanggalkan apron yang dipakai mak ma.
Alexandria, irene dan mak ma terlopong melihat perangai selamba laura.Orang yang lalu lalang disitu berbisik bisik mungkin salah anggap dengan tindakan laura.
Peduli apa laura yang penting sekarang apron itu sudah tersarung di tubuhnya.
Laura mengambil dulang yang berisi bebola itu lalu bergerak ke arah orang yang lalu lalang itu untuk mencari pelanggan.
Alexandria, irene dan mak ma hanya melihat apa yang hendak dilakukan laura.
"Haii akak manis! Kita kat sini ada jual pelbagai bebola tau! Ada ketam ada daging ada ayam udang pun ada!"
Alexandria, irene dan mak ma sudah ternganga melihat laura.Oi yang ada dua perisa je mana datang lagi dua perisa? Sudahla orang yang laura sedang bercakap itu umurnya lebih kurang 50 tahun mana datang kakaknya?
"Ehh adiknii panggil kita akak pulakk kalau macamtu tak payah rasa akak nak beli terus lahh" jawab seorang wanita itu.Lagi sekali mereka bertiga ternganga.Baru bodek sikit dah termakan.
"Ya allah dahlah manis baik pulaktu masyaallah akak niii" puji laura lagi.Wanita itu sudah tersenyum malu malu kucing.
Laura membawa wanita itu ke arah mereka bertiga.
"Akak manis nak perisa apa ye?" Soal laura.Sempat lagi dia membodek wanita itu.
"Bagi akak perisa udang dengan ketam la..udang dua paket ketam dua paket" jawab wanita itu
Alexandria dan irene tahan ketawa.Ha amikkau mana kau nak cekau perisa ketam dengan udang.Tulah main main lagi.
Mak ma pula sudah gelabah.Habislah dia jika pelanggan complain nanti tidakkah memberi kesan kepada dia?
"Nah akak" laura memberi dua bungkus bebola daging dan dua bungkus lagi bebola ayam.
"Eh adik salah ni akak nak bebola ketam dengan udang"
"Takpe la kak akak makan jelah ni nanti kalau akak rasa nak makan bebola udang akak bayangkan je la ni bebola udang kalau akak nak makan bebola ketam bayangkan je la ni bebola ketam" ujar laura selamba
Kalini bukan sahaja mereka bertiga yang ternganga tetapi wanita itu turut ternganga dengan jawapan selamba laura.
Wanita itu tiada pilihan.Dia mengambil empat bungkus bebola itu lalu pergi.Yalah orang dah puji manis takkan taknak beli pulak.
"Makcik maafkan la kawan saya ni makcik dia memang perangai macamni" alexandria memohon maaf
"Haah makcik dia memang biul macam ni" sambung irene pula
"Eh takpelah senah,bedah..jarang nak jumpa anak muda yang perangai macamni" sengih mak ma tanpa muka bersalah.Dia tak tahu ke dia dah beri nama baru kepada alexandria dan irene?
Muka alexandria dan irene sudah masam mencuka.Dahla laura memberi nama baru kepada mereka.Mak ma juga turut memberi nama baru kepada mereka.
Ini hanya berlaku pada rose bukanlah laura.Tetapi laura dan rose tetap orang yang sama.Dua nama berbeza dua perangai berbeza dalam satu jasad.
Para readers jangan keliru ye! Jangan risau laura takda penyakit kecelaruan identiti hehe
Share this novel