chapter 24

Others Series 14209

Kini jam menunjukkan angka 12 tepat tengah malam.Mr. mark,aryan dan laura masih berjaga kerana insiden yang berlaku sebentar tadi.

Sesekali tawa Mr. Mark dan laura pecah mengingatkan insiden yang berlaku sebentar tadi.Manakala aryan hanya diam membisu.Malu woo mana nak letak muka.

"Korang ni memang taknak tidur ke hah?" Soal aryan menyampah setelah lama berdiam diri .Dari tadi hingga sekarang dia menjadi bahan lawak Mr. Mark dan laura walhal dia tidak mengeluarkan sebarang bunyi selepas sahaja insiden tadi berlaku.

"Aku elok elok tidur mimpi indah indah tadi kau buat hal..ha dah tak pasal pasal kang aku tidur mengigau tergelak sorang sorang aku..tak ke aku gila sama level dengan kau? HAHAHAHA" jawab Mr. Mark.Begitu juga laura yang tidak berhenti mentertawakan aryan.

"Apa yang lawak sangat? Benda tak lawak pun" jawab aryan bengang.Sakit hati apabila dia dijadikan bahan lawak.

"Tak masalahnya ryan kalau ye pun kau terdesak nak cari madu untuk aku check lah dulu ada halkum ke tidak..ni tidak..kau main sebat je mana ada" jawab laura sebelum sambung tergelak

"Mana kau kutip dia?" Soal Mr. Mark ingin tahu.Dia nak juga tahu mana anaknya dapatkan bakal madu untuk menantunya itu.

"Club" jawab aryan sepatah.

"Ouh padanlah..berapa kau bayar dia? Lima puluhhh bang lima puluhhhh ke? HAHAHAHH" soal Mr. Mark sambil mengulang dialog fareez tadi.

"Ish diamlah" aryan jeling seraya memalingkan muka.Sakit hatinya.Nak buat orang lain sakit hati last last diri sendiri tersakiti.

"Dahlah aku kalau layan kau mental aku..baik aku tidur dulu..bye byee..kau jangan mimpi fareeza pula ye" Mr. Mark berlalu diiringi ketawa.Untung Mr. Mark dan laura.Gusi tak pernah kering.Tak sempat kering dah basah balik.

"dah jom tidur..aku ngantuk" ajak laura.Dia sudah mengantuk.Ni semua gara gara aryan.Kalau tidak mungkin mimpinya sudah ke thailand.

"Aku ingatkan kau nak gelak sampai mati kat sini" sindir aryan

"Aku hilang kejap pun kau dah menggagau inikan pula aku mati..mau kau korek kubur aku" jawab laura selamba.

"Diamlah"

"Jom lah tidur..aku ngantuk lah ryannn" pujuk laura.

"Kau nak tidur pergilah..aku tak nak" jawab aryan senada.Dia tidaklah marah dengan laura cuma malu apabila mahu mengenakan laura tetapi memakan diri sendiri.

"Okey fine! Kau masuk bilik malam ni siap kau" bentak laura.Dia bangun dan terus berlalu menuju ke bilik tanpa menoleh sedikit pun ke arah aryan.
_____________________________________

Laura tersedar apabila merasakan ada sesuatu yang merayap di bahagian pinggangnya.

Dalam keadaan mata yang masih tertutup otak laura ligat memikirkan 'sesuatu' itu.

Nak kata kucing sebarang haiwan pun tidak ada di dalam rumah ni.Nak kata aryan laura sudahpun terlebih dahulu mengunci pintu selak supaya tidak dapat dimasuki aryan.Habistu ni siapa?

Laura sudah tidak tentu arah.Namun dicuba untuk kuat.Perlahan laura membuka mata.Kemudian dia menoleh dengan perlahan ke arah kanannya.

Aryan! Laura sudah terkejut beruk.Seingatnya dia sudah mengunci selak supaya aryan tidak dapat memasuki bilik itu.Tingkap juga sudah dikuncinya takut takut aryan buat kerja gila.

Tapi sekarang ni bagaimana pula aryan boleh berada di sebelahnya?

Laura menoleh ke arah pintu.Nak tahu apa yang ada kat pintu? Tiada! Pintu sudah pun selamat berkecai menyembah lantai."Allahuakhbar".Hanya kalimah itu sahaja yang mampu laura ucapkan ketika ini.

Laura pantas bangun.Aryan yang sedang lena tersentak sedikit apabila laura bangun kerana dia sedang merangkul gadis itu.

"ARYAN MYCHELL MARK LOURIST! KAU BANGUN SEKARANG SEBELUM AKU CINCANG KAU" Jerkah laura.Mana tak marah kalau sedang lena tiba-tiba pintu bilik hilang.

Aryan terjaga daripada lenanya.Dia terus duduk sambil memisat-misat matanya seperti tiada apa yang berlaku.

"Kenapa ni? Orang nak tidurlah ish" ujar aryan tidak bersalah.Laura sudah berdiri tegak di birai katil sambil bercekak pinggang.

Matanya sudah menyinga.Ini kalau bukan suaminya mahu tak cukup sifat sudah dikerjakan laura.

"Kau tanya aku kenapa aryan mychell? Pintu bilik aku mana gila?!" Marah laura.Mata aryan terbuntang luas.Oh no! Baru dia teringat yang dia sudah melakukan kesalahan.

Aryan juga berdiri tegak di birai katil.Laura di birai katil kiri manakala aryan berdiri di birai katil kanan.Tak boleh duduk sebelah sebelah nanti dia tak dapat bernafas dah.

"Benda kita boleh bincangkan? Kenapa marah marah ni baby?" Soal aryan takut takut.Habislah.Semalam masa buat tak fikir.Padan muka!

"Bincang otak kau!" Separa jerit laura.

"Korang ni dah kenapa memekak aje kerjanya? Malam malam buta pulak tu..aku nak tidur pun tak senang lah..ada aje yang ganggu" leter Mr. Mark sebelum menguap.

"Papa tak nampak benda pelik ke?" Soal laura geram

"Apa bendanya?" Soal Mr. Mark sambil menggosok matanya untuk mendapatkan penglihatan yang lebih jelas.

"Ya allah ya tuhanku pintu bilik aku mana?!" Kali ini giliran Mr. Mark pula menjerkah aryan.

Aryan hanya tersengih tidak bersalah.Dia tidak berani bersuara.Risau tadi ada kepala lepastu dah takda.

"Ha itulah masalahnya papa..rose bangun bangun tahu tahu pintu dah berkecai.." adu laura sambil menjeling tajam aryan.

"Korang bila nak balik rumah korang? Sakit jantung aku kalau korang duduk sini lama lama..elok aku hidup lama sikit pendek umur aku sebab korang" leter Mr. Mark sambil mengurut dadanya perlahan.

"Aaa tapi pa kitorang cadang nak duduk sini seminggu" ujar aryan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Mati aku" hanya perkataan itu sahaja yang mampu keluar daripada bibir Mr. Mark.Sungguh dia tidak tahu benarkah itu anaknya ataupun doktor tertukar ketika proses penyerahan bayi kepada ibunya selesai sahaja bersalin.

amacam? okey tak chapter kali ni? kalau nak next chapter 40 komen untuk unlock next chpter oky? enjoy ur reading love!❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience