chapter 15

Others Series 14209

"Laura! Aaaaa rinduuuuu" ujar alexandria dan irene serentak.Tubuh laura dipeluk nya membuatkan gadis itu terdorong ke belakang.

"Weyh lemas lemas aku! Kau nak bagi aku mati awal ke?" Soal laura geram.Mujur tidak jatuh terduduk.

"Heheh excited la dapat jumpa bini orang ni..sejak jadi bini orang terus lupa member huh" alexandria mencebik.

"Kau nak apa datang malam malam buta ni?" Soal alexandria hairan.Seorang diri pula tu.Tak ke susah kalau ada musuh yang dapat mengecamnya?

"Erm beberapa hari ni aku tidur rumah korang boleh?" Soalan laura membuatkan irene dan helena berpandangan serentak.

"Kau ni kenapa? Ni rumah kau lah bukan rumah kitorang" jawab irene sedikit aneh.

"Jap tapi kenapa kau nak tidur sini? Aryan buat apa kat kau? Dia ada pukul kau? Mana sakit mana?" Soal alexandria agak gelabah.Irene juga turut menggelabah tidak tentu pasal.

Mereka memegang tubuh laura.Tubuh badan laura ditilik.Badan laura dipusing pusingnya.Laura hanya berdiri seperti patung membiarkan diperlakukan seperti itu.

"Woi janganlah raba raba aku! Aryan tak buat apa apa pun lah" laura akhirnya bersuara apabila kepalanya pening disebabkan dua orang rakannya itu.Habis dipusingnya tubuh laura yang kecil molek itu.

"Fuhhh selamat..dahtu kau mimpi apa nak tidur sini?" Irene menghela nafas lega sebelum mengajukan soalan yang sama diajukan oleh alexandria sebentar tadi.

"Apahal? Tak boleh?" Soalan yang diaju oleh irene dibalas sinis.

Laura terus melangkah masuk ke rumahnya tanpa memandang ke arah dua orang rakannya itu.Laura merempuh badan alexandria dan irene selamba.

Alexandria memandang irene begitu juga irene yang memandang alexandria.Alexandria mengangkat kening manakala irene hanya menjongket bahu sebagai balasan.

"PAP!"

Bunyi pintu dihempas membuatkan bahu alexandria dan irene terhinjut.Terkejut dan hairan dengan sikap laura.Mata mereka tidak lepas dari memandang lift yang membawa laura ke tingkat atas sebentar tadi.

"Ting!"

Bunyi notifikasi serentak daripada fon alexandria dan irene menghentikan mereka daripada menenung lift itu sehingga tembus.

Dahi alexandria berkerut pelik.Dia memandang alexandria meminta jawapan.Sekali lagi irene mengangkat bahu.

Mata mereka membuntang melihat skrin telefon mereka yang memaparkan notifikasi daripada aplikasi kalendar.

Harini tarikh laura period!

Mereka berpandangan serentak.Mampus.Memang mampus.kini barulah mereka faham mengapa laura berperangai pelik dan tiba tiba mahu tidur di sini.

Masak lah mereka.Entah macam mana mereka boleh terlupa akan tarikh penting itu.

nak author updte smpai ending ke? enjoy ur reading my love!❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience