Aryan merenung satu bingkai gambar yang terdapat atas meja yang terletak disisi katilnya.Gambarnya bersama seorang gadis yang dikenali sebagai "rose".Gambar ketika dia berusia 12 tahun manakala gadis itu berusia 10 tahun.
Satu keluhan terbit dari bibir jejakaka itu.Kini usianya 27 tahun.Dan selama itu lah dia tidak berjaya menemukan lokasi gadis itu.
Aryan meraup kasar wajahnya.Dia buntu.Mana lagi dia nak cari gadis itu? Sudah pelbagai cara yang telah dilakukan untuk menjejak lokasi gadis itu.Namun semuanya adalah sia sia.
Mengapa dia beria mencari gadis itu? Kerana janji yang telah dipateri.Itu juga adalah alasan mengapa dia tidak tertarik dengan wanita lain.
Deringan telefon mematikan lamunannya.Aryan memandang nama yang tertera sebelum mengangkat panggilan tersebut.
"Woi budak budak kita kena serang shibal!" Separuh jerit alex
"On the way..share location bro" ujar aryan sebelum mematikan talian
Dia terus menyambar kunci kereta yang terletak di sebelah bingkai gambar yang direnungnya sebentar tadi.
____________________________
Kini aryan berada di hadapan sebuah gudang lama yang terbiar.Mengikut lokasi yang dihantar alex lokasi itu membawanya kesini.Telinga cekap aryan menangkap bunyi beberapa das tembakan.
Tanpa melengahkan masa dia menendang pintu yang agak usang itu.Dengan sekali tendangan pintu itu rebah menyembah lantai.
Kelihatan beberapa anak buahnya sudah rebah menyembah lantai.Ada juga yang sedang di awasi oleh anak buah john dengan kepala mereka diacukan pistol.
"Hai darling! Erm lambatnya you sampai..sempat anak buah kau ni mati dulu" sinis suara john.Tangan kirinya mengcengkam rambut alex manakala tangan kananya mengacukan pistol ke arah kepala alex.
Alex mendengus kasar.Habis rambut kacaknya itu.Dah lah pomade sekarang ni mahal.
"Kau nak apa setan?" Bengang aryan
"Aku nak kau ganti balik!" Bukannya john tidak tahu anak anak buah aryan yang menyerang markas nya dimana tempat dadah yang dijualnya diproses.
"Kenapa pulak aku yang kena ganti? Ada aku suruh kau jual dadah ke?" Kata aryan bersahaja.relax dulu bro
"Memanglah kau tak suruh bodoh tapi masalahnya yang kau hancurkan tu kenapa?" Soal alex bengang.Sudahlah mengalami kerugian besar.Aryan pula boleh main main dengannya.
"Buat lagi kerja haram kan dah rugi" ejek aryan
"Huh kau memang tak sayang member biul kau ni kan" john menghentak kasar kepala alex.Bengang dengan aryan yang tidak gentar dengannya namun dia pula yang sedikit gentar melihat aryan yang tidak gentar dengannya.
"Woi cikalok agak agak lahhh sakit setan!" Suara alex bengang
"Kau tengok member kau ni..sikit pun dia tak nak selamatkan kau huh"
"Alah relax dulu brotha" sinis saja suara aryan.Buat apa nak takut mati tanam.
"NOW!" jerit john seperti kerasukan.Anak buah john yang lengkap bersenjata serta berpakaian seperti ninja keluar sebalik dinding.Ada yang jatuh daripada bumbung dan ada juga yang sudah lama standby di belakang aryan sedari tadi.Saja buat tak nampak.
Dengan sekelip mata gudang tadi dipenuhi oleh anak buah john yang berpakaian serba hitam.
"Kau nak lari mana lagi darling hm? Kau sorang nak lawan dengan 80 orang..larat ke?" Sinis suara john
Aryan memandang john tanpa reaksi.Salah dia juga datang seorang diri.
Tanpa melengahkan masa dia menendang pistol yang diacukan kepada alex tadi.Alex pantas menyiku perut john dengan kuat.
John terduduk sambil memegang perutnya yang senak.
Aryan dan alex berkerut dahi.Lah bos dah nak mati pun anak buahnya masih tercegat disitu menunggu arahan diberi.
Tanpa melengahkan masa alex terus mengambil pistol yang ditendang aryan.
"BODOH APA LAGI SERANGLAH!" Jerit john memberi arahan
"BANG!" belum sempat anak john beraksi kedengaran pintu bahagian belakang ditendang kuat oleh seseorang.
Semua mata tertancap ke arah tiga orang perempuan yang berpakaian serba hitam.
Dahi john berkerut.Bukankah anak buah aryan yang lain di itali? Jap jap bukan anak buah aryan semua lelaki ke? Dahtu ni siapa?
"Am i late? " Sinis suara salah satu daripada tiga perempuan itu.Mengikut firasat mereka yang ini ketua kerana dua orang lagi duduk di bahagian belakang perempuan itu.
Lagipun seorang itu sahaja yang mengenakan mask hitam manakala dua orang lagi mengenakan mask putih.Pemakaian mereka juga agak berbeza.
Aryan dan alex berpandangan.Perempuan yang sama menolong mereka pada tempoh hari ketika markas aryan diserang.
"802" arah mask hitam
Tanpa melengahkan masa salah seorang daripada perempuan tadi berlari sebelum memijak bahu salah seorang anak buah john sebelum menendang kuat.
"57814817 2121417" arah mask hitam lagi
Melihat situasi begitu anak buah john mula menukar sasaran kepada tiga orang itu.
Anak buah john yang tadinya mengawasi anak buah aryan kini mula berlari ke arah tiga orang perempuan itu.
Mask hitam membuat isyarat mata dan tangan kepada aryan "beri arahan dekat anak buah kau hati hati jangan sampai mereka perasan"
Aryan yang memahami isyarat itu mula memberi arahan kepada anak buahnya.
Tendangan padu diberikan kepada john oleh alex membuatkan john tersungkur.
Aryan menembak bahagian belakang john sebelum menyepak kuat kepala john.John hanya membiarkan dia diperlakukan begitu.Tiada guna dia melawan kerana memang takdirnya mati pada malam itu.
Aryan mencangkung di tepi kepala john.Dia tersenyum sinis sambil memegang pistol yang diacukan di kepala john.
"Goodbye Mr. John HAHAHAHA" Ketawa aryan.Dia mencampakkan pistol tersebut ke arah alex sebelum pantas picu ditarik.Darah mula memancut keluar.
Alex tersenyum puas.Auch Mr. John dah mampus.
Alex dan aryan berpaling ke belakang serentak.Mencari tiga orang perempuan tersebut.Seperti biasa tiga orang perempuan itu sudah hilang.
Yang tinggal hanyalah mayat mayat anak buah john bersama john.Aryan menganalisa mayat mayat tersebut.Tiada satu pun mayat yang ada kesan tembak kecuali john.
Ini bermakna tiga orang perempuan tadi berlawan tanpa menggunakan sebarang senjata.
"Korang tak tembak diorang ke tadi?" Soal alex yang juga perasan tiada kesan tembakan pada tubuh mayat tersebut.
"Tak sempat nak buat apa apa..masa tuan ar bagi arahan semua dah jadi mayat dan tiga orang perempuan tadi tu dah tak ada" jelas brian salah seorang anak buah aryan
Alex dan aryan saling berpandangan dengan reaksi yang sukar ditafsirkan
hey dear! enjoy your reading❤️
Share this novel
wow female lead badass. suka la baca cerita macam ni
slay girl
badass nye