Tisu basah yang bersaiz kecil diletakkan di dalam poket seluar bersama sebatang lolipop.Laura tersenyum.Saat yang dinanti nanti akhirnya tiba jua.
Kakinya diatur langkah menuju ke sebuah bilik rahsia yang tiada siapa yang tahu tentang kewujudannya.Termasuklah aryan sendiri,tuan empunya rumah.
Laura memasukkan kata laluan yang diperlukan untuk memasuki bilik dimana tempat aryan,alex,kyle dan harraz menyimpan senjata mereka.
Laura masuk ke dalam bilik itu sebaik sahaja pintu dibuka.Terdapat pelbagai jenis senjata yang ada di situ.
Semua senjata yang terdapat di situ limited edition.Semua senjata tersusun rapi.Laura berdiri seketika.Dia sangat suka melihat pemandangan begitu.Sungguh asyik.
Laura mengatur langkah ke arah sebuah rak yang tersusun pelbagai jenis pistol.
Laura menolak rak itu sebelum menampakkan sebuah pintu yang berada disebalik rak itu.Laura mengimbas wajahnya sebelum pintu itu terbuka.
Bilik itu cukup luas dan cantik.Bilik itu sebenarnya sudah dihias laura semalam sewaktu pulang daripada pasaraya.
Laura masuk ke sini hanya untuk memastikan semuanya cukup dan seperti yang dirancang.
Laura tersenyum puas.Tema parti kali ini adalah my little pony! Favourite aryan dan dia waktu kecil dahulu.
Bilik ini dihias dengan serba pink.Huruf huruf digantung membentuk sebaris ayat yang berbunyi 'happy birthday my prince!'
Setelah puas dengan hiasan bilik itu, laura keluar dan menolak rak itu kembali ke tempat asalnya.Dia keluar.Dia sudah bersedia untuk kembali sebagai rose.
_____________________________
Mata laura meliar mencari kelibat aryan.Telinga cekap laura menangkap bunyi tangisan seseorang.
Okey takyah main teka teki pun dah tahu sapa.Sapa lagi kalau budak acah mafia tapi bilik serba pink.
"Boleh aku masuk?" Soal laura menguak pintu bilik sedikit menampakkan aryan yang sedang menangis dalam keadaan wajahnya disembam ke lututnya.
"Aku tak bagi pun kau dah masuk" jawab aryan dingin.Apalah aryan ni duduk kat bawah karang terpijak tahulah.
Laura buat tidak tahu sahaja.Dia melangkah masuk ke dalam bilik aryan tanpa segan silu.
"Apahal kau nangis?" Soal laura sambil duduk bertentangan dengan aryan bersila.
"Tak payah sibuk" jawab aryan dingin.
"Suka hati aku lah nak sibuk ke tak" balas laura menjeling.
"Kau apa masalah kau? Aku benci kau lah! Apahal kau muncul dalam hidup aku?!" Jerkah aryan.Dia sudah tidak dapat menahan sabar.
"Haih cuba kau relax dulu" ujar laura tenang.Ingat aku takut?
"Aku nak tanya kau sikit" ujar aryan sambil menikam tajam mata laura.
"Tanyalah" jawab laura tenang.Tapi agak seram juga melihat mata aryan memandang tajam ke arahnya.
"Apahal kau beria sangat nak kahwin dengan aku? Apa yang papa aku bagi dekat kau sampai kau sanggup kahwin dengan aku?" Soal aryan garang.
"Takda pape" balas laura pula.
"Kau jangan tipu aku sial! Aku benci kau hiks hiks" aryan menangis kembali.
"Kau takkan dapat tempat rose perempuan..takkan..hanya rose dan forever rose hiks hiks" ujar aryan lagi bersama tangisannya.
"Siapa rose?" Soal laura sambil membuat muka kononnya cemburu.
"Asal?Jealous? For your information rose is someone special dalam hidup aku..dan kau takkan dapat tempat rose takkan" ujar aryan tegas.
"Percaya atau tidak aku akan dapat tempat dia" jawab laura tenang.
"AKU KATA TAKKAN!" jerit aryan seperti kerasukan.Tangannya diangkat untuk menampar wajah laura.
Belum sempat tangan itu menghinggap di wajah mulus gadis itu laura sudah menangkap tangannya.
Aryan terkesima.Perempuan tu berjaya tangkap tangannya? Tiada siapa yang mampu menepis atau menangkap pergerakannya yang tangkas itu kecuali rose.Ya hanya rose sahaja yang mampu menangkap dan menepis tangannya.
"Cuba kau bagitahu aku kau kenapa menangis ni?" Soal laura lembut.
"Aku..aku nak rose" jawab aryan sambil menunduk.Dia penat.Penat pendam seorang.
"Apa yang hebatnya perempuan tu?" Soal laura sambil berpeluk tubuh.
"Jangan sesekali kau gelarkan dia perempuan! Dia ada nama!" Tengking aryan berang.
"Okey okey sorry" laura memohon maaf.
"Kau tanya apa yang dia hebat? Banyak monyet banyak..semua yang kau takde dia ada" balas aryan sayu.
"Monyet kau panggil aku?" Soal laura pula agak berang
"Yelah kau fikir aku tahu nama kau?" Soal aryan semula.Laura terdiam.Ouh patutlah selama ni aryan hanya panggil dia monyet takpun perempuan.
"Kau tahu? Dulu kalau rose ada kitorang sambut birthday sama sama..dia selalu bagi aku sebatang lolipop" aryan ketawa kecil apabila teringat kenangan dia dan rose suatu ketika dahulu.
"Tak" jawab laura selamba.
"Hiks hiks aku benci kau..aku nak rose..rose mana kau princess? Aku cari kau niii hiks hiks..aku tak jumpa kau rose..aku minta maaf rose aku pernah marah kau hiks hiks..aku janji lepasni aku tak marah kau..baliklah rose" tangisan aryan semakin menjadi jadi.
"Kalau rose depan kau..kau nak buat apa?" Soal laura.Sahaja mahu menguji aryan.
"Aku nak dukung dia macam dulu dulu..aku nak dia hukum aku dengan hukuman merepek dia tu..aku janji tak ambil selimut my little pony dia..hiks hiks" balas aryan.Dia rindu semua tu.
"HAHAHAH kau rembat selimut my little pony dia?" Soal laura sambil tergelak sakan.Mata aryan yang memandangnya tajam tidak diendahkan.
"Ehhh pipi kau merah! Malu ke tuu" usik laura.Lama tak mengusik aryan.Memang benar pipi aryan sudah berubah berona merah.
"Kau takyah nak malu lah..aku je pun" balas laura setelah penat mengetawakan aryan.
"Kalau aku bawa laura datang sini nak?" Soal laura bersahaja.
Mata aryan terus bersinar.Dia bersila.Wajahnya bercahaya penuh mengharap.Mengharap agar gadis itu pulang kepangkuannya.
"Betul ni???" Soal aryan tidak percaya sambil menggegarkan bahu laura.
"Kalau aku cakap yang aku ni rose kau percaya?" Soal laura sekali lagi.
Wajah aryan yang tadinya bercahaya penuh mengharap berubah hampa.Matanya yang bersinar tadi hilang sekelip mata.
"Yelah yelah kejap aku panggil rose..tapi ada satu syarat"
"Hah apa dia apa dia cepat lah bagitahu aku cepatlah apa syarat diaaa?" soal aryan sambil menggegarkan bahu laura sekali lagi.
"Kau janji jangan menangis?" Soal laura pula.
"Yeee aku tak nangis dah tengok niii aku tak nangis dahhh" jawab aryan gembira.
"Lap dulu air mata tu lepastu tutup mata kau" kata laura sambil menunjuk ke arah kesan air mata aryan.
"Dah kau cepatlah panggil dia tak sabar ni" ujar aryan teruja sambil mengelap kasar sisa air matanya lalu menolak tubuh laura sambil menutup mata.
Laura melangkah ke arah meja solek yang terdapat dibilik kerja aryan.Ya memang aryan tidur dibilik kerjanya.Taknak kantoi lah katakan.
Tisu basah dikeluarkan daripada poket gadis itu.Tisu basah disapu ke arah wajahnya menanggalkan make up yang membuatkan alasan mengapa dirinya digelar 'monyet' oleh aryan.
Setelah pasti wajahnya tidak ada satu pun make up yang tertinggal di wajahnya dia mengambil tisu basah untuk menanggal foundation yang terdapat di bahagian lehernya.
Terserlah tanda lahirnya disitu.Rambutnya pula ditocang dua.Setelah selesai menocang rambut tangannya mengambil lolipop yang direbutnya dengan aryan tempoh hari lalu.
"Ryann rose lapar lahh jom kita ponteng puasa nak tak? Kita tak payah lah bagitahu papa!" Laura mengulang semula dialog yang pernah menjadi perbualannya dengan aryan suatu ketika dahulu dengan mimik muka yang comel sambil memegang sebatang lolipop.
Pantas aryan membuka mata apabila mendengar dialog yang tidak asing bagi dirinya.Dia terpempam.Dia sedang keliru.Wajah tu wajah yang sama dengan isterinya.Tapi yang ni cantik.Wajahnya bersih tanpa sebarang jerawat dan bibirnya yang merah bak delima bukannya pucat!
"Kau terkejut? Aah aku pun terkejut...aku pun tak sangka yang aku ni rose" ujar laura sambil ketawa kecil.
"K..kau rose?" Soal aryan tidak percaya.
"Tanda lahir ni ori tau! Takda sapa lagi boleh copy paste tau!" Jawab laura ceria.Mata aryan memandang ke arah leher gadis itu.Benar.Tanda lahir itu hanya ada pada rose!
Aryan berlari ke arah laura lalu memeluk tubuh kecil gadis itu kuat sehingga gadis itu terdorong ke belakang.
"Wey lepas lepas mati aku kang ryannn sapa nak pujuk kau nangis lagi" ujar laura tercungap cungap.
"Sampai hati kau tinggalkan aku sorang sorang hiks hiks..benci kauuu hiks hiks" marah aryan sambil melepas kan pelukannya.Mulutnya sudah tercebik.Tangannya memukul laura bertubi tubi.Tak sakit pun.Lebih kepada pukulan manja.
Laura tersenyum senang hati.Laura menangkap kedua belah tangan aryan yang sedang memukulnya.Dia menarik aryan ke dalam pelukannya.
"Happy birthday to you..happy birthday to you..happy birthday to my prince! Happy birthday to you..nah!" Laura berbisik ke arah telinga aryan menyanyi lembut sebelum menghulurkan sebatang gula gula kepada aryan.
"Hiks hiks..jangan lah pergi lagi..nanti aku rindu kau hiks hiks"
"Ye aku tak pergi dah..tadi kau janji apa? Taknak nangis kan?" Soal laura mengingatkan aryan.Aryan hanya mengendahkannya dengan tangisan yang semakin menjadi jadi.Laura menggeleng.Ade yang kena ni karang.
masih ada yang nak support ke cerita ni hm? btw enjoy your reading guys!❤️
Share this novel