chapter 10

Others Series 14209

"aku terima nikahnya laura rosella binti mark xayden dengan mas kahwinnya RM 1000 tunai" dengan sekali lafaz tanpa sebarang sekatan laura sah menjadi milik aryan.

Lafaz yang dilafazkan aryan dengan selafaz tadi masih terngiang-ngiang.Semasa acara pembatalan air wudhuk aryan hanya mencium dahinya dan menyarungkan cincin ke tangannya dengan tergesa-gesa tanpa memandang wajahnya.

Laura pasti aryan langsung tidak nampak wajahnya sewaktu itu.Selepas itu dia langsung tidak nampak kelibat aryan lagi.

Laura menguntum senyum.Disebabkan aryan tidak pernah melihat wajahnya ketika itu lebih mudah dia hendak melancarkan misinya.

Pintu bilik yang bakal dihuni olehnya bersama aryan dikuak perlahan oleh seseorang.Aryan!

Laura buat tidak nampak aryan yang tercegat di depan pintu bilik mereka.Laura merebahkan badannya ke atas katil.

"Woiii gila! Kau siapa sial?" Mata aryan membuntang.Pontianak mana pulak atas katilnya.

Laura terpinga-pinga.Lahhhhh baru berapa jam akad nikah.

"Yang kau menjerit tak tentu pasal ni apahal? Nyanyuk?" Soal laura bengang

"Tak sekarang ni bilik aku bodoh kau ni siapa?" Soal aryan.Sungguh dia tak ingat dia memiliki isteri.

"Aku bini kau sengal" jeling laura

"Hah??" Aryan terpinga-pinga.Dia cuba mencerna ayat yang keluar daripada mulut gadis gila itu.

Sesaat.Dua saat.Tiga saat.Okey kini dia mengerti.

Baru dia ingat semua kejadian yang berlaku pagi tadi.Mana dia nak ingat habis je acara pembatalan air wudhuk dia sudah lesap dengan tiga ekor beruk itu.Nak spend time hari terakhir bersama.

"Sial mana bapak aku kutip kau ni? Dengan muka camni baik aku kahwin dengan beruk" soal aryan sinis.

Dia ingin menyakiti gadis itu secara mental sehingga gadis itu merayu minta diceraikan.Itulah rancangannya.

"Longkang" balas laura sepatah

Hah amik kau.Buku bertemu ruas.Kasar,dingin dan tiada perasaan bertemu spesiesnya.

"Patut macam muka berudu" jeling aryan.Dia berjalan menghampiri katil.Laura terus bangun dan duduk tegak.

"Kau nak buat apa?" Soal laura.Riak wajahnya cuba dikawal.

"Cantik muka kau ni bilik aku kau keluar lah tidur lah memana" ujar aryan.

Tanpa banyak bunyi aryan berbaring dengan posisi melentang.Dia mendepakan tangannya.Kini katil itu penuh dengan dirinya sahaja.Laura sudah berada di sipi katil sahaja.Tolak sikit jatuh lah tu.

"Habistu aku nak tidur mana?" Makin bengang laura dibuatnya.

"Lantak kau lah" aryan memejamkan matanya.

"Okey aku tidur rumah bapak mertua aku malamni" putus laura

Mata aryan yang terpejam rapat tadi terbuka luas.Mati dia kalau laura mengadu pada papanya.

"Tak payah! Kau tidur sini" aryan menukar posisi nya untuk membolehkan laura tidur disebelahnya dengan terpaksa.

Laura tersenyum kemenangan.Dia menang!

"Taknak..kau tidur lah" laura keluar daripada bilik itu.Dia tidak akan tidur dengan aryan jika aryan masih tidak dapat terima kehadirannya.

Aryan hanya membiarkan.Badannya terasa letih.Sangat sangat letih.

nak next chpter?❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience