"Hey! kenapa kau menangis ni?" Soal laura sebelum mengambil tempat duduk bersebelahan aryan yang masih melayan perasaan.
Soalan laura tidak diendahkan sebaliknya tangisan aryan semakin menjadi jadi.
"Hey cuba cerita dengan aku kau kenapa ni?" Soal laura sambil menggosok belakang badan aryan untuk menenangkannya.
"Hiks hiks hiks..ryan tak suka perempuan tu..ryan nak rose..hiks hiks hiks" aryan menjawab diselang dengan tangisannya.
Laura membuat muka.Amboi budak ni tak suka aku tapi nak aku apa ni sepak karang tahu la.
"Kenapa ryan tak suka perempuan tu?" Soal laura pula.
"Perempuan tu jahat..Ryan benci dia!" Jawab aryan laju.Laura mencebik.Nasib kau aryan kalau tak lama makan peluru.
"Okey tell me apa dia buat dekat aryan?" Soal laura.Aryan mengangkat mukanya memandang laura.
"Betul ni nak tahu?" Soal aryan semula.Laura tahu aryan dalam keadaan tidak berapa sedar.Jadi masa ni lah dia nak korek cerita daripada aryan.
"Ye betul..ceritalah" jawab laura
"Perempuan tu gila! Dahlah jahat! Tahu tak? Dia kasar..dia tak macam rose..hiks hiks" tangisan aryan yang tadinya sudah berhenti menangis kembali menangis apabila perkataan rose ditekankan.
"Kalau macamtu rose macam mana?" Soal laura ingin tahu.Banyak sangat ke beza rose dengan laura?
"Perempuan tu lain..dia baik..dia lemah lembut..dia suka merengek..dia manja..dia ada ryan je..dia selalu pujuk ryan bila ryan nangis..macam.." kata kata aryan terhenti di situ.Wajah laura dipandang.
"Macam mana?" Soal laura tidak sabar.Perempuan mana pulak ni pujuk dia.Eyy kang kena ni kang.Aku jaga punya ketat dah rasanya.
"Macam kau" jawab aryan perlahan sambil menunduk.Gadis itu memujuknya sama seperti rose.
Laura tersenyum kecil.Auch abe ni comella.Namun perlahan senyuman yang diukirnya pudar.Kesian aryan.Mesti dia rindu princess dia.
Mereka berdua diam.Aryan terasa janggal dengan keadaan ini.Dia menyumpah seranah dirinya dalam hati.Macam manalah dia boleh kongsikan masalah dia dengan perempuan entah mana.
Mata laura tertancap ke arah bingkai gambar yang terdapat di atas meja bersebelahan katil itu.Gambarnya dengan aryan pada 15 tahun yang lepas.
Kemudian mata laura beralih kepada kalender yang berada di sebelah gambar itu.Dia tertarik.Ada kalender disitu.Bukan itu yang menarik perhatian laura tetapi tarikh yang dibulatkan disitu.
Nombor 17 pada bulan july dibulat.Mata laura membuntang.Matanya beralih pada catatan yang dibuat di bahagian hujung kalender.
_My little princess birthday!_
Laura mengukirkan senyuman.Yez! Aryan takya nangis nangis dah eh? Sikit je lagi.Bertahan untuk dua hari lagi ye sayang?
"Kau apahal?" Soal aryan pelik.Pehal tah senyum tiba tiba.Gila ke minah ni?
"Takde pape aku chaw lu tata!" Jawab laura girang.Belum sempat aryan berkata apa apa laura sudah hilang dari pandangan.
Aryan hanya diam.Fikirannya masih terbayang bayang tangan kecil gadis itu mengusap lembut belakangnya.Lembut.Sebiji dengan rose.100%.
Aryan tekad.Dia akan mencari siapa gadis itu walau macam mana cara sekali pun.Dia akan pastikan gadis yang sudah dinakihinya 5 bulan lepas itu disingkirkan dengan cara apa sekalipun.Pasti.
___________________________
"Aku nak korang cari maklumat penuh siapa perempuan tu" arah aryan tegas.
"Aik kenapa baru sekarang kau nak cari siapa dia? Kenapa bukan dulu?" Soal kyle pelik.
"Haah..wait wait wait kau jangan cakap yang kau.." mata alex membuntang memandang aryan tidak percaya.
"Kau dah jatuh cinta dengan dia!" Sambung harraz.
Membulat mata aryan.Banyak la korang jatuh cinta.Benci adalah.
"Korang jangan merepek eh sebelum makan peluru aku baik masing masing buat kerja" tiada secalit pun senyuman pada wajah aryan.Yang ada hanyalah wajah dingin.
"Okey okey jap aku try detect" balas alex.Gerun dengan wajah aryan.
Wajah alex berkerut.Sudah hampir satu jam dia cuba detect maklumat penuh gadis itu.Namun tiada sebarang maklumat yang dapat diperolehinya.
"Apahal? Dah dekat satu jam takkan kau tak dapat apa apa?" Soal aryan apabila melihat wajah alex yang berkerut.
"Tak..kenapa susah sangat ni? Takda sebarang maklumat weh..takda satu pun yang aku dapat detect" jawab alex.Dia masih lagi memikirkan hal itu.Kebiasaannya alex hanya memerlukan 10 hingga 15 minit sahaja untuk menggodam sistem selaku hacker terhandal dalam rose dragon.
"Kau tak hebatlah..bak sini aku buat pulak" kyle berkata dengan penuh lagak.
"Nah" alex menyerahkan laptop itu kepada kyle.Kyle tidaklah seperti alex yang handal dalam bab menggodam sistem tetapi dia masih boleh menggodam sistem.
"Erk haah tak boleh lah ryan..tapi kan kau tak pelik ke?" Soal kyle semula.Dia juga pelik.Alex tidak pernah gagal dalam menggodam sistem tapi kalini alex yang handal pun tidak boleh detect.
"Tapi apa?" Soal aryan
"Kita tak pernah lagi gagal tau dalam bab menggodam sistem..tapi kalini buat pertama kalinya kita gagal" jawab kyle.Aryan juga dari tadi memikirkan hal itu sebaik sahaja melihat alex tidak mampu mendapatkan maklumat gadis itu.
"Aku rasa isteri kau bukan orang biasa biasa ryan" harraz mula bersuara.Dia yakin laura bukanlah calang calang orang.
hppy reading love!❤️ nak next chpter takk?
Share this novel