BAB 4

Romance Completed 4297

“Allahuakbar! Kenapa kamu ni Afham?” Kelihatan Pak Noh mengurut dadanya, terkejut.

“Kenapa dengan saya?”

“Kamu tak sikat rambut? Mata tu, kenapa lebam macam mata panda?” Pak Noh menghulurkan sikatnya. Sikatnya tidak aku sambut malah aku mengusut-masaikan rambutku lagi. Pak Noh memegang tanganku.

“Nak, kamu ambil dadah ke?” Kini giliran aku pula mengurut dada, terkejut dengan pertanyaan Pak Noh.

“Pak Noh! Saya bersih ok. Tak mainlah dadah-dadah ni. Hidup jadi sampah, mati jadi sampah-sarap.” Kedengaran Pak Noh ketawa. Aku mengambil sikat daripada tangan Pak Noh.

“Saya tak boleh tidur semalam. Selelap pun tidak. Saya runsing teringatkan Pak Noh.”

“Aku tak suka lelaki!” Aku menepuk dahi.

“Kalau pun saya suka lelaki, Pak Noh bukan pilihan saya!”

“Jadi, kamu ni kenapa?”

“Pak Noh, kenapa suis tu rosak?” Pak Noh ketawa menekan perut.

“Itu yang kamu runsingkan?” Aku memeluk tubuh sambil memandang Pak Noh.

“Baik, baik. Suis tu dah lama sangat rosak. Pernah betulkan, bukan sekali banyak kali sehinggalah ada seorang lelaki terkena renjatan elektrik ketika dia cuba betulkan suis tu. Lepas tu, tak pernah dah ada sesiapa yang usik suis tu. Lagi pun, banyak suis lain yang elok, jadi setakat rosak satu tu takkan buat stor ni musnah.” Aku mengurut dagu.

“Lelaki yang betulkan suis tu mati ke?” Pak Noh menggeleng.

“Dia pengsan. Tiga hari berkampung di hospital tau!”

“Semalam kan Pak Noh, saya masuk ke stor ni dan saya tiba-tiba sampai ke Kampung Ara. Lepas tu saya balik dari Kampung Ara, saya tengok suis tu terbuka dan lampunya menyala. Saya tutup kemudian saya buka balik dan memang betul, saya akan di teleportkan ke Kampung Ara kalau suis tu terbuka.” Aku bercerita dengan bersungguh. Bukan sahaja tangan yang tergawang-gawang, mata aku pun sekejap kecil sekejap besar. Tapi, apa yang aku dapat hanya gelak tawa Pak Noh yang bergema-gema mengejek aku.

“Afham, kamu ambil dadah ke?” Argh! Ke situ pulak dah.

“Mana ada Pak Noh!”

“13 tahun Pak Noh kerja di stor ni Pak Noh tak pernah alami apa-apa peristiwa yang macam kamu ceritakan tu. Banyak sangat tengok TV kamu ni, Afham.”

“Saya tak suka tengok TV pun, saya suka baca buku.”

“Banyak sangat baca buku Harry Porter lah Tu.” Aku menggeleng. Sebal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience