BAB 5

Romance Completed 4297

“Kau kenapa, Afham?”

“Pak Noh cakap aku ambil dadah bila aku ceritakan fasal korang semua.” Kelihatan Rusdi ketawa.

“Memanglah, ini cerita kau bukan cerita dia. Kalau cerita dia, pasti dia terpaksa percaya semua ini.” Aku tarik muka masam.

“Kau anak manja, kan?” Tanya Rusni.

“Kenapa kau cakap macam tu?”

“Sebab, perempuan sahaja yang tarik muka masam. Lelaki di sini semua kuat pada hati, kuat pada semangat.” Aku meraup muka. Minah ni sound selambe je kan. Malu aku ni! Tiba-tiba pandangan aku gelap. Takkan blackout?

“Kenapa tadi?” Kelihatan Rusdi dan Rusni berpandangan antara satu sama lain.

“Macam ada yang tak kena.” Rusni mengerutkan keningnya. Rusni lantas berlari ke arah pasar jualan. Aku dan Rusdi mengejar dari belakang. Suasana agak cemas.

“Kenapa ni?” Aku tanya Rusdi namun tidak berjawab. Kami berhenti di hujung pasar dengan keadaan termengah-mengah.

“Aku dah agak!” Ujar Rusni kuat. Dia menoleh kepadaku dengan wajah yang cemas.

“Afham, kau tak boleh balik! Pintu keluar masuk kau dah tertutup!” Aku melihat cahaya yang sepatutnya sebesar syiling lima puluh sen itu telah bertukar menjadi sebesar syiling lima sen, nama aku juga tiada. Aku menampar wajahku berkali dengan harapan ini hanya mimpi. Tangan Rusni singgah ke mukaku, lembut.

“Afham, ini bukan mimpi. Mungkin ada seseorang telah menutup pintu kau.” Ya, mungkin Pak Noh telah menutup suis itu dan membuatkan aku terperangkap di sini. Aku memegang kepalaku, ya maha serabut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience