BAB 1

Romance Completed 4297

Siapa aku? Hurm aku cumalah seorang lelaki yang membosankan dan bekerja di sebuah stor buku. Seorang introvert, 70% berdarah anti-social sebab itu aku tak ada kawan, tak ada awek, tak ada mama yang memahami, tak ada papa yang supportive, memang macam tak ada sesiapa untuk aku berkongsi cerita.

“Belajar sampai luar negara, ada ijazah kedoktoran tapI you nak kerja dekat stor tu?” Bentak mama yang tak memahami apa yang aku rasakan.

“Kalau papa tahu, itu kerjaya idaman u, papa takkan berhabis duit untuk u belajar dalam bidang perubatan.” Marah papa yang tak supportive. Aku biasanya akan tersenyum sambil menggelengkan kepala setiap kali mengenangkan perkara itu. Aku pandang buku-buku di hadapanku, 120 rak dengan 10 tingkat setiap satunya, yang di mana setiap tingkat mampu memuatkan 100 naskhah buku pelbagai genre, mana mungkin aku boleh tinggalkan syurga dunia ini! Aku akan fikirkan tentang ijazah kedoktoran aku selepas aku habis baca semua buku di sini.

Tengah hari ini macam tengah hari yang biasa. Selepas hisap rokok aku langsung melangkah ke stor berpenghawa dingin itu untuk membaca. Tiba-tiba aku pening, mataku berpinar dan aku jatuh. Aku cuba bangun, terdengar riuh-rendah.

“Afham, apa kau buat di situ, mari tolong aku!” Jerit seorang lelaki yang sedang memikul dua guni beras. Aku tercengang. Di hadapanku sebuah pasar yang sangat sibuk. Aku pejamkan mataku beberapa kali namun tiada apa yang berubah. Aku tampar, cubit pipiku, ya, bukan mimpi. Afham di wonderland?

“Afham! Cepatlah. Tolong angkat guni beras ni!” Aku segera mendapatkan lelaki itu.

“Nama kau siapa?” Namun pertanyaan itu dijawab dengan satu ketukan di kepalaku.

“Kau sudah gila? Sahabatmu sendiri kau sudah tidak kenal.”

“Macam mana kau boleh kenal aku?” Dan satu lagi ketukan hinggap.

“Allah kau ni! Jawab jekla!” Aku naik angin.

“Aku Rusdi, anak ketua Kampung Ara ini!”

“Kampung Ara? Rusdi Ramli ke ni?” Aku menekan perut ketawa terbahak-bahak; sebenarnya aku cuba menenangkan hatiku sendiri.

“Rusdi Alimin lah! Apa yang sudah jadi dengan kau, Afham?” Lelaki bernama Rusdi itu menjeling aku.

“Aku tengah confius sekarang ni. Aku kat mana? Macam mana kau kenal aku?”

“Malam tadi kau ada minum tuak di mana-manakah hinggakan kau jadi begini?”

“Tuak? Hahahaha. Apa sey tuak.” Rusdi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

“Sudah, cepat tolong aku.”

“Kau kata kau anak ketua kampung, kenapa kau kena buat kerja berat macam ni? Dan kenapa kau heret aku sama?”

“Rusdi anak ketua kampung, dengan gelaran itu aku boleh kenyang sampai mati, kah? Kita kena kerja Afham, kerja. Ini memang kerja kita berdua, jual beras.”

“Aku budak jaga stor, aku tak pernah jual beras. Masa dapat offer jadi promoter beras pun aku tolak tau!”

“Ah kau ni Afham, bahasa apa sahajalah yang kau ratibkan. Sudahlah, sekarang ni cepat tolong aku. Kita balik dan aku akan ceritakan semuanya.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience