BAB 9

Romance Completed 4297

“Bangun Afham, kita sarapan.” Kedengaran Pak Mail mengejutkan aku. Aku tak pasti bila aku terlelap. Sempat aku mengerling ke arah Cahaya kalau-kalau ada gulungan kertas daripada Ain. Hampa.

“Nah!” Rusni menghulurkan gulungan kertas kepada aku.

“Sumpah, aku hanya simpankan untuk kau.”

“Aku tak cakap apa-apa pun, nak gelabah kenapa?” Cepat-cepat aku ambil gulungan kertas itu daripada Rusni.

-Aku ada jumpa satu buku. Tajuknya HIKAYAT XXX. Ada halaman tak bercetak dan aku yakin ini bukunya sebab halaman bercetak yang terakhir bertulis ‘Za’ga menyerang Kampung Ara dan harapan sekaliannya terletak pada Tuan Afham yang bijaksana.’ Selain itu aku ada jumpa helaian bertulisan jawi, sama dengan apa yang kau bacakan pada aku sebelum ini. Jadi, apa yang aku boleh tolong kau? Aku mabuk tak tidur ni. Balik nanti kau kemas balik rak rejek tu. Aku malas. =)- Aku jadi lega dan bersemangat. Aku tunjukkan kertas tersebut kepada Rusdi dan Pak Mail selaku bijak pandai Kampung Ara, mereka mengangguk dan tersenyum.

“Pak Mail rasa, kita sudah hampir menemui sinar. Apa pendapat tuanku?”

“Kau minta Ain karangkan apa yang bakal kau buat. Kau selesaikan hal di sini dan dalam pada masa yang sama Ain selesaikan cerita dalam buku tersebut. Kau rasa bagaimana Tuan Afham?” Aku rasa kelakar dengan gelaran tu tapi dah orang nak panggil kan, nak buat macam mana. Ini semua jasa Ain. Walaupun aku masih rasa ragu-ragu tapi aku rasa ada betulnya juga pendapat Rusdi tu. Hal ni kena sama selesai dengan buku yang tak siap tu.

“Apa yang kita perlu buat dulu?”

“Kau perlu menemui Za’ga.” Aku tercengang. Nampak macam boleh selesai tapi kena jumpa jugak si Za’ga. Aku menggeleng tanpa sedar.

“Jangan bimbang, kita minta Ain tuliskan apa yang kita mahu daripada Za’ga dahulu. Kemudian, baru kau pergi bertemu dengan Za’ga. Aku dan Pak Mail akan ikut serta.” Akhirnya aku akur, memang itulah satu-satunya jalan yang ada sebelum semua ni selesai. Selepas mendapat persetujuan semua, aku minta Ain tuliskan apa yang aku perlu lakukan. Aku akan bertemu Za’ga untuk berdamai, tanpa pergaduhan dan pertumpahan darah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience