BAB 2

Romance Completed 4297

Kepala aku tergeleng-geleng sedari tadi mendengar cerita Rusdi. Aku memandang sekeliling. Kotlah ada kamera tersembunyi yang sedang merakam betapa hodohnya wajahku. Aku berlari ke dinding, ke tingkap, membelek lantai, tiada. Siapa yang troll aku ni?!

“Apa yang kau cari, Afham?”

“Kamera. Mesti ada orang yang tengah gelakkan aku, kan?”

“Bertenang Afham, kau boleh pulang ke rumah kau kalau kau mahu.” Ya, itu yang aku nak dengar.

“Aku hairan mengapa kau begitu canggung dengan keadaan sekarang ni. Aku hairan mengapa kau mesti takut dan kenapa kau pura-pura tak tahu.”

“Apa pula aku pura-pura tak tahu. Aku serius takut ni.”

“Kau yang datang ke mari, melalui pintu yang kau buka tadi.”

“Pintu?”

“Ya, pintu di hujung pasar tadi.” Aku garu kepala. Aku cuba nak faham dan dah hampir faham tapi tak sampai-sampai juga.

“Aku kena balik sebab aku tengah kerja.”

“Ya, pulanglah.”

“Kau bawalah aku ke pintu tu. Aku mana tahu.” Rusdi membawa aku ke hujung pasar yang hingar-bingar itu. Ya, di situ ada satu cahaya sebesar duit lima puluh sen dan namaku berpusar-pusar di atas cahaya tersebut.

“Pijak di atas cahaya tersebut.” Aku ragu-ragu dan tiba-tiba Rusdi menolak aku ke cahaya tersebut. Sayup-sayup kedengaran suaranya.

“Jangan takut untuk datang lagi!”

Sekarang aku berada di stor tempat aku bekerja. Aku meraba-raba buku di hadapanku. Ya, ini memang stor milikku. Aku memandang sekeliling, memerhati kalau ada apa-apa yang mencurigakan dan membawa aku ke Kampung Ara. Ada sebaris suis di belakangku. Aku buka dan tutup setiap satunya, tak ada apa yang pelik kecuali ada satu suis yang kehitaman akibat terbakar dan tertampal sehelai kertas yang bertulis ‘jangan usik, suis ni rosak nanti kena karen padan muka.’ Aku pun tak beranilah tapi rasa ingin tahu aku membuak-buak. Mana tau suis ini pintu keluar masuk ke Kampung Ara. Aku memandang sekeliling, ha ada mop. Aku mengambil mop itu dan menekan suis yang terbuka itu. Aku tutup dan bukanya kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience