BAB 3

Romance Completed 4297

HUSHH—

“Assalamualaikum.” Rusdi memberi salam kepadaku dan menepuk bahuku ketika mataku terbuka luas. Mana taknya terbuka luas, kerana suis itu aku ke mari.

“Betullah Rusdi, suis yang rosak itu teleport aku ke mari.” Aku teruja.

“Senjata apa yang kau bawa ini?” Terdengar suara perempuan di belakangku. Aku menoleh.

“Ini bukan senjatalah, mangkuk.” Allah, cantiknya. Aku menutup mulutku.

“Namaku bukan mangkuk. Aku Rusni.” Allah, lurusnya.

“Afham, ini adikku. Satu-satunya adikku.” Aku menyembunyikan mop yang aku bawa di belakangku.

“Aku tak faham macam mana semua ni boleh jadi? Suis itu, kampung Ara, kau, Rusni…”

“Kau sepatutnya faham semua selayaknya gelaran yang kau bawa.” Ujar Rusni. Ya, aku Afham yang sekarang ni tak faham apa-apa.

“Mari kita makan.” Ajak Rusdi.

“Ubi kayu rebus dengan gula dimakan bersama kopi mungkin boleh buat kau celik mata.” Cepat aku menggeleng. Sekarang waktu aku masuk kerja. Aku pekerja jujur yang takkan mengular.

“Tak boleh. Aku kerja sekarang ni. Aku balik dulu, esok kita jumpa lagi.” Segera aku memijak cahaya sebesar syiling 50 sen itu dan aku kembali; bersama mop—

“Mana kamu pergi tadi, Ham?” Ujar Pak Noh, rakan sekerja aku.

“Saya..saya ada jek kat sini.”

“Puas aku panggil kamu tak bersahut. Hari ini akan masuk stok buku baru. Nanti kamu susunkan macam biasa.” Aku angguk sahaja sambil kepalaku sibuk berfikir tentang Rusni, eh, kampung Ara.

***

Pulang sahaja ke rumah, aku menghempaskan tubuhku ke sofa empuk milik mamaku. Rumah sunyi ini hanya ada aku. Dahulu, ketika aku kecil, ada Mak Jah sebagai teman bualku tapi sejak Mak Jah meninggal dunia tiada siapa yang aku berkenan untuk menggantikannya. Lagi pula, Mak Jah meninggalkan aku ketika aku sudah jadi bujang idaman, yang tak perlu diuruskan itu ini. Kenapalah mama ni kedekut, sekurang-kurangnya bagilah aku adik dua tiga orang. Alasan, nak jaga badan. Perempuan memang ada penyakit takut gemuk, takut tak cantik. Heh!

Sekarang ni aku nak fikir tentang suis rosak yang menjadi pintu ke kampung Ara. Aku tidak tahu mana-mana kampung Ara melainkan kampung Kayu Ara Pasong yang terletak di Pontian, kampung mama. Mungkin aku boleh tanya Pak Noh. Dia orang lama mesti dia ada tahu apa-apa tentang suis yang rosak tu. Ya, esok aku akan tanyakan kepada Pak Noh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience