BAB 10

Romance Completed 4297

Za’ga menyerang Kampung Ara dan harapan sekaliannya terletak pada Tuan Afham yang bijaksana. Setelah mendapat persetujuan daripada Tuanku Rusdi dan sekalian rakyat, maka pergilah Tuan Afham membawa hati yang tiada gentarnya, bertemu Sang Za’ga yang angkuh. Tuan Afham nampaknya dikenali oleh Garagasi. Pasti namanya disebut-sebut dek kebijaksanaannya.

“Berani kau kemari ya Afham. Apa hajatmu? Aku tidak akan menerima tawaran apa pun selagi aku tidak dimasyhurkan sebagai raja. Atau kau sebenarnya kemari membawa cop mohor Sultan Rusdi?” Tuan Afham yang molek rupanya itu hanya tersenyum, menunjukkan keperibadiannya yang sama molek dengan rupanya.

“Aku faham apa mahumu namun aku tidak mampu memberikan Tanah Ara kepadamu. Walau segenggam pun kerana ia bukan milikku. Kalau aku ada seluas tanah untuk kau bina kerajaan, sudah aku berikan kepadamu tanpa ralat.” Za’ga berang.

“Jadi apa mahumu?!”

“Begini Za’ga. Kau sebagai ketua yang dihormati, sama dihormati seperti Sultanku Rusdi pasti punya sesuatu untuk disyaratkan; seperti mana kau disyaratkan punya cop mohor untuk dimasyhurkan sebagai raja, maka syaratkanlah kepadaku. Kalau aku kalah dengan syaratmu, ambillah Tanah Ara untuk dibina Kota Garagasi yang gah.” Za’ga ketawa sambil mengurut janggutnya. Dia bangun dari singgahsana, mundar-mandir mencari syarat sebesar dunia, yang tidak akan dapat diselesaikan oleh Afham. Dia tersenyum memandang botol minumannya.

“Baik! Kalau kau berjaya memuatkan sebuah bahtera ke dalam botol ini selepas subuh esok, Tanah Ara tidak akan aku jejaki. Seandainya tidak, hilanglah Sultan Rusdi dan sekalian rakyatnya dari tanah ini!” Za’ga bertempik bangga. Afham mengundur diri dan mengkhabarkan syarat tersebut kepada sultannya serta bendahara raja dengan hati yang galau.

“Tidak mengapa Tuan, kita pasti dapat menyelesaikannya selesai subuh esok. Bertemulah Tuan dengan penasihat Tuan, bagi meredakan hati yang rawan. Allah Maha Besar, Tuan. Tidak akan ada beban yang tak mampu digalas bahumu, Tuan.” Maka berutus suratlah Afham dengan penasihatnya.

-Tuan, menjelang subuh esok, tuan pergilah naik ke Bukit Pandang. Bawalah sekalian Garagasi sebagai saksi kebijaksanaan Tuan. Ambillah botol pemberian Za’ga, Tuan peganglah botol itu, tidak juga tinggi, tidak pula rendah; sedang-sedang untuk melihat sebuah bahtera di dalamnya, maka dengan itu, selesailah ujian Garagasi. Bahagialah Tanah Ara yang bertuah.-

Keesokan harinya, Afham berbuatlah apa yang dinasihatkan oleh orang bijak pandainya. Tiadalah suara daripada Za’ga melainkan tawa yang tiada henti-hentinya.

“Kau memang bijak, Afham. Benarlah apa yang dikhabarkan selama ini. Aku bertuah bertemu Tuan Afham yang di canang di seluruh negeri sebagai orang bijak pandai. Marilah wahai sekalian Garagasi, janganlah kita menjejaki Tanah Ara ini dengan niat yang tidak molek.” Za’ga melangkah ke arah Sultan Rusdi dan menghulur tangannya.

“Kau bertuah Sultan Rusdi, ada Tuan Afham ini.”

“Dia bukan milikku, Za’ga,. Kelak dia akan berangkat pulang, sama seperti kau yang akan meninggalkan tanah ini.”

“Aku hadiahkan ini, tetuang kebanggaanku untuk kau. Kalau ada musibat datang untuk memerangi kau, kau tiuplah. Aku akan sampai walau di mana pun aku berada, adikku.” Za’ga dan Sultan berpelukan tanda berdamai. Lambaian mengiringi langkah Garagasi.

“Allahu. Syukur kehadrat Ilahi. Allah turunkan kau untuk kami, Tuan Afham.” Pak Mail selaku bendahara sultan memeluk Tuan Afham erat. Rasa lega dan tenang dihatinya mengalirkan air mata tuanya.

“Saya tidak akan dapat berbuat demikian jikalau tiada sokongan daripada semua. Semoga Allah sentiasa melindungi tanah ini dari apa-apa ancaman pun. Maafkan saya kalau saya tergesa-gesa, tetapi setelah sekian lama di sini saya ingin pulang. Mencium tanah sendiri.” Kelihatan Pak Mail dan Sultan Rusdi mengangguk.

“Beta faham benar perasaan Tuan Afham. Tidak akan sama aroma bahagia di sini untuk dibandingkan dengan harumnya tanah sendiri.” Sultan Rusdi dan sekalian yang ada mengiringi Tuan Afham untuk pulang melalui cahaya.

“Tuan Afham.” Suara lunak Puteri Rusni.

“Ambillah ini sebagai cenderahati buat penasihatmu.” Puteri Rusni memberi sehelai sutera merah samar dan sepucuk surat.

“Aku harap, kelak jangan kau intai suratku buat penasihatmu.” Puteri Rusni bergurau sambil menyeka air matanya.

“Tuan Afham, kau tetap lelaki tidak berguna bagiku.” Sekalian yang ada ketawa dalam tangis bersisa. Maka berdirilah Tuan Afham di atas Cahaya. Bersedia untuk pulang. Bahagialah Tanah Ara dengan rindu Tuan Afham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience