BAB 11

Romance Completed 4297

“Pandai kau tulis cerita dengan bahasa macam tu. Sedap pulak baca.” Aku memandang Ain yang sibuk mengemas buku.

“Tengok kakilah.”

“Eh, dah seminggu aku balik. Aku nak tau apa yang Rusni tulis untuk kau tu.” Ain mengangkat kening memandang aku. Eh, kerek pulak.

“Cepatlah Ain. Dari hari tu lagi aku tanya.”

“Kau reti baca ke?” Ain menyeluk koceknya dan menghulurkan surat Rusni.

“Tulisan jawi?” Aku mengeluh. Ain mengambil kembali surat tersebut.

“Assalamualaikum Ain, penasihat dan cinta buat Afham. Terima kasih kerana membantu kami di Kampung Ara ini, sesungguhnya lelaki tidak berguna itu meminjam kebijaksanaan kau. Ain, lelaki tidak berguna itu telah meninggalkan sedikit rasa di hatiku namun begitu, takdir menyerahkan dia kepada kau untuk ditakhtakan di hatinya dan itu buat aku lega. Sekurang-kurangnya, dia berada dengan perempuan bijak sepertimu. Semoga kalian bahagia. Salam dari jauh, Rusni.” Macam Rusni jugak, si Ain ni baca surat tu senafas.

“Rusni tu, kenapa dia tulis macam tu? Aku tak suka kat kau pun.” Aku memandang Ain, menunggu respons daripada dia.

“Entah, kalau dia tak nak kau, aku lagilah tak nak.” Ain mendengus dan berlalu pergi. Sempat aku memegang tangannya.

“Pastu? Apesal kau terima bila mak aku lamar kau untuk aku? Kenapa kau terima jadi tunang aku?”

“Sebab kau kan sunyi. Mama papa kau kan selalu tak ada kat rumah. Kau tak ada teman makan. Kau selalu ajak aku keluar dan kita kena kerja dalam stor ni sama-sama. Baiklah ada ikatan, orang tak mengata. Faham Afham?” Ain mengangkat keningnya.

“Kau tak suka aku?” Ain menggeleng.

“Aku selalu rindu kau jek. Suka tu, tak kot?” Apa yang sebenarnya si Ain ni cakap? Perempuan memang pelik, kan?

“Apa kau ni?”

“Perut aku dah memulas berkeoncong ni, apa kata kita makan. Buku hikayat kau tu, bagi dia main jauh-jauh atau simpan je kat sini.” Ain menunjukkan laci yang separuh terbuka. Aku sempat memandang suis rosak yang telah aku tanggalkan supaya tidak akan ada sesiapa lagi yang akan mengarang hikayat seperti aku.

“Dah, bangun jom menyekik!’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience