BAB 7

Romance Completed 4297

“Afham! Bangun Afham!” Aku terkejut mendengar hingar-bingar suara di luar rumah.

“Kenapa ni?”

“Langit menjadi gelap-gelita dan berpusar-pusar. Semua orang sedang takut tapi ada sesuatu untuk kau.” Rusdi membuka tangannya, terdapat beberapa gulungan kertas. Aku segera mengambilnya.

“Aku ambil gulungan kertas-kertas ini di sekitar Cahaya.” Aku tidak mempedulikan Rusdi.

– Woi hantu, jangan kacau aku.

– Aku bukan penakut.

– Aku takkan berhenti kerja macam orang lain yang kau kacau.

– Kalau berani marilah sini, kita fight.

Aku ketawa, perempuan lah ni. Beberapa gulungan kertas yang lain adalah potongan ayat Quran. Tiba-tiba kedengaran petir berdentum, kilat sabung-menyabung diiringi jerit-pekik orang kampung.

“Apa pulak ni?” Aku mendengus. Aku segera membuntuti Rusdi keluar. Aku terkejut. Langit mendung, di tengahnya gelap dan berpusar-pusar. Fenomena Aurora? Memang bukan. Apa yang dah jadi ni? Orang kampung berhimpun menyaksikan kejadian tersebut. Aku ternampak Rusni termengah-mengah mendapatkan kami.

“Kau dari mana ni Rusni?”

“Aku alihkan Cahaya ke belakang pokok ara buat sementara waktu. Kalau terdesak aku akan bawanya bersama ke dalam gua.”

“Kenapa? Kenapa pokok ara? Gua?”

“Aku bimbang kalau-kalau Cahaya terus hilang dan kau terus tinggal di sini. Pasti kau tak nak kan? Aku alihkan Cahaya ke belakang pokok Ara kerana itu tempat paling selamat.”

“Pokok itu pokok ajaib, kita akan ghaib bila memegang pokok itu, tapi kami rahsiakan daripada orang ramai, bimbang disalahgunakan.” Aku hanya mengangguk, fikiranku bercampur-aduk. Tiba-tiba kedengaran bunyi bergemuruh dari langit yang semakin gelap.

ROARRR!

Orang kampung sudah bertempiaran melarikan diri. Makhluk yang keluar dari lubang langit tu macam manusia tapi bukan manusia. Tinggi lapan ke sembilan kaki, besar, berkepala botak, berpakaian seperti orang viking dan memegang belantan. Apa ni?

“Lari Afham, lari!” Rusdi menarik aku.

“Kita boleh lawan, kita ramai, dia seorang jek!” Aku cuba melepaskan tanganku.

“Itu pengawal penjaga pintu langit, selepas ini akan turun seluruh puak Garagasi yang tidak mungkin kita dapat kalahkan!” Aku membuntangkan mataku, sudahlah terperangkap kini aku akan mati di sini! Tak siapa pun tahu tentang aku! Semua orang melarikan diri ke satu arah. Gua? Setakat gua jek ke tempat nak sembunyi? Orang kampung sudah mula berkerumun di pintu gua. Terdengar nama Rusdi dan Rusni dilaung beberapa kali.

“Ya, ya, aku sudah tiba!” Sahut Rusdi. Rusdi meletakkan tapak tangannya ke pintu gua itu dan membacakan sesuatu yang kedengaran seperti pantun. Rusni pula sibuk menjaga Cahaya yang semakin malap.

“Allah! Abang! Cepat sedikit, Cahaya hampir mati!” Tak lama kemudian pintu gua terbuka, orang kampung berpusu-pusu masuk ke dalam gua.

“Beri laluan!” Jerkah Rusni yang sudah tidak sabar. Kelihatan Cahaya diletakkan ke tanah.

“Sudah masuk semua? Tengok anak-anak kalian!” Laung Rusdi. Aku bingung melihat pakaian Rusdi dan Rusni. Berpakaian ala-ala sultan dan Rusni cantik berbusana puteri. Aku memandang semua orang, memang ada yang sudah bertukar pakaian.

“Korang ni siapa sebenarnya? Pakai dah macam kerabat raja-raja Melayu dah?” Aku tersenyum canggung.

“Saudara, Afham, baginda adalah raja kami, Rusdi Al-Syah Nain Al-Ab, dan tuanku puteri ini adalah penasihat raja kami, Rusni Juita Nain Al-Ab. Kedengaran Rusdi mengeluh.

“Aku tak mahu hidup sebagai raja. Aku ingin menjalani kehidupan yang biasa, yang tiada jurang antara aku dan rakyatku.”

“Ibu?”

“Dia mak inang yang membesarkan kami, melarikan kami ke mari selepas Garagasi melanggar kerajaan kami dengan amuk. Ayah bonda kami ditawan dan dibunuh. Kami kalah dan membina kehidupan di sini.”

“Garagasi tu?”

“Sejarah telah tertulis, kami kalah bermaruah dan ketua puak Garagasi, Za’ga kekal sebagai puak yang keji dan tidak mewakili mana-mana kerajaan pun. Dia perlukan cop mohor diraja untuk dimasyhurkan sebagai raja dan mempunyai pemerintahan sendiri.”

“Banyak lagi kerajaan dan raja-raja yang dia boleh serang, kenapa korang?”

“Kerana bilangan kami kecil.” Ujar Rusni perlahan.

“Cahaya tu?”

“Cahaya itu pemberian Almarhum Sultan Nain Al-Ab untuk dikaji oleh anakanda berdua. Baginda terjumpa cahaya ini ketika pergi memburu. Seekor kijang mencium tangan baginda dan tiba-tiba Cahaya berada di tangan baginda. Kijang itu membisikkan nama ‘Afham’ ke telinga baginda. Berbelas tahun Cahaya dalam jagaan baginda namun tiada apa yang terjadi sehinggalah kedatangan tuan ke kampung kami.” Pak Mail penggembala kambing tersenyum padaku.

“Cahaya tersebut tidak boleh dipegang lama kerana ia akan mati di tangan manusia, tempatnya mesti di tanah.” Tambah Pak Mail. Aku pasti dia adalah bentara raja.

“Aku bukan sesiapa. Bukan Hang Tuah. Bukan Hang Jebat. Bukan panglima mana-mana pun. Aku tahu tahap kemampuan aku, memang aku takkan menang kalau berperang dengan puak Garagasi tu. Jangan meletakkan harapan sebab aku tak mampu nak buat apa-apa.” Tawa Pak Mail bergema.

“Rasa Pak Mail, mungkin ada jalan lain selain berperang. Kita mesti berdepan dengan dan menghantar wakil Sultan.” Dan tak semena-mena semua mata memandang ke arahku. Aku melangkah beberapa tapak ke belakang dan mengangkat tangan tinggi.

“Semestinya bukan saya Pak Mail, tak mungkin saya!” Serah leher namanya kalau aku yang dipaksa menghadap puak Garagasi, cari maut!

“Kau muda, boleh dipercayai dan kau bijak.” Ujar Rusni.

“Bijak? Heh! Aku tak mahu. Kau pergilah selesaikan masalah kau dengan diorang. Aku sepatutnya tak ada kena mengena dengan masalah korang.” Kelihatan Rusni berang dan melajukan langkahnya menghampiri aku. KETEKUK!

Aku duduk sambil menggosok kepalaku. Luku? Dengan cincin besar dia tu?! Hampeh betullah.

“Sakit?!”

“Kau kenapa, gila?!” Rusni mengangkat tangannya ingin menyerang aku tapi tak sempat apabila Rusdi segera memegang tangannya. Rusni merenung tajam kepadaku namun lama-kelamaan matanya mula berkaca dan dia menangis. Alamak, ni yang aku lemah ni. Apa yang patut aku buat?

“Kenapa kita diuji dengan perkara begini? Kita tidak mampu untuk melawan mereka, abang.” Rusni menangis teresak-esak. Kelihatan Rusdi terduduk, runsing.

“Yang lagi teruk, kita diberi lelaki yang tak berguna ini.” Eh, lebih perempuan ni. Tak jadi aku nak kesian kat dia. Aku dia cakap tak berguna? Hurrmm, aku rasa Afham lain ni, bukan aku. Aku buntu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience