BAB 5

Romance Completed 11326

Shadha menutup mulutnya yang menguap besar dengan belakang tangan. Dalam mata yang sukar di buka, dia melangkah menuruni tangga. Rambut yang serabut, di sisir dengan jari jemarinya, lalu mengikatkannya dengan getah rambut.

Ayam, udang yang ada di dalam peti sejuk di keluarkan dan kemudian diletakkan di dalam sinki. Peti sejuk dibuka lagi. Dibelek seketika.

“Nak masak apa breakfast ni…” Shadha merungut sendiri. Peti sejuk ditutup kembali. Matanya kemudian tertancap pada sebungkus spaghetti, lalu dia tersenyum sendiri. Langkahnya diatur keluar dari dapur. Baru hendak menaiki tangga, bunyi pintu rumah dibuka mengejutkannya.

“Siapa?” Shadha memberanikan diri untuk bersuara. Kelibat orang yang baru memasuki rumah mendebarkan hatinya. Kakinya seolah terkaku di anak tangga. Pintu rumah di tutup, bayang hitam itu kelihatan mendekatinya. Shadha menenyeh matanya yang rabun jauh itu.

“Aku la…” Daniel menunjal dahi Shadha perlahan. Shadha menghela nafas lega. Dahinya digosok perlahan.

“Bagi lah salam nak masuk rumah.” Shadha membebel, Daniel melangkah ke sofa, lalu terus membaringkan badannya.

“Dah bagi, takkan nak jerit kuat-kuat tengah pagi buta ni.” Ujar Daniel keras.

“Lewat balik?” Daniel tidak menjawab, matanya dipejam erat. Letih!

“Awal bangun?” Giliran Daniel menyoal, setelah dia sedar Shadha masih berdiri di tangga.

“Erm… ada orang kata saya malas masak.” Shadha bersuara perlahan. Daniel hanya tersenyum sendiri dipembaringannya.

“Awal masak?” Daniel menyoal lagi.

“Belum masak, ready bahan-bahan untuk masak aje.” Jawab Shadha.

“Kan baru pukul 5?” Daniel terus menyoal. Shadha melangkah menghampiri Daniel yang sedang berbaring di sofa.

“Pukul 6.30 saya dah kena gerak ke sekolah. Sekolah saya setengah jam dari sini. Sekolah akan mula pukul 7.10 takkan saya nak pergi lewat?” Shadha menjelaskan, nadanya kedengaran tegas sedikit. Geram dengan Daniel yang ‘kurang’ faham jadualnya.

“Tak payah masaklah lain kali.” Daniel berkompromi.

“Takpe, saya tak nak dituduh isteri yang malas or lari dari tanggungjawab.” Shadha melangkah kembali ke tangga. Mahu kemas katil, mandi dan masak.

“Lepas ni tak payah masak. Ibu ada, dia akan tolong buatkan breakfast saya.” Ujar Daniel yang sudah bangun dari posisi berbaring. Shadha dipandangnya. Shadha yang sudah berada di beberapa anak tangga, hanya sekadar mengangguk tanda faham.

“Baik pulak.” Shadha berbisik sendiri.

“I heard that.” Hampir sahaja Shadha tersungkur dek kerana terperanjat dengan sura garau Daniel yang begitu hampir dengan telinganya. Bila dia dekat belakang aku? Shadha terkaku sendiri, pucat! Daniel menunjal dahi Shadha, perlahan. Bibirnya terhias dengan senyuman.

“Silap makan ubat ke?” Desir hati Shadha sendiri. Langkah Daniel diperhatikan sehingga hilang daripada pandangan.

“Dia dah syok dekat aku kut.” Shadha perasan sendiri, tangannya menepuk pipinya perlahan.

“Perasan kau Shadha!” Shadha melangkah ke bilik dengan senyuman yang kian melebar.

*****

Shadha berdiri tegak di pintu dapur. Tangannya erat memegang serai yang baru di ambil dari belakang rumah.

“Sudahlah, jangan sedih sangat.” Mak Esah yang entah bila masuk ke dapur mengejutkan Shadha yang termenung sendiri.

“Penat aje saya kelam kabut semalam. Malam tadi langsung tak boleh tidur, sebab berfikir nak masak apa harini. Alih-alih….” Shadha merungut, langkah di atur lemah ke arah Mak Esah.

“Esok-esok masaklah. Dah-dah, cepat tolong Mak Esah isi semua ni dalam pinggan. Karang lambat, bising pulak Datin tu.” Mak Esah mengambil beberapa pinggan di rak dan mula menukar daripada bekas ke pinggan. Shadha turut membantu walaupun masih kecewa.

Shadha menatang dulang berisi air ke ruang tamu. Dikuatkan hatinya untuk berdepan dengan orang-orang yang tidak suka kepadanya.

“Lamanya buat air….” Suara itu mula memerli. Shadha hanya tersenyum tawar.

“Maaf Datin, Dato’ lambat sikit.” Dengan berhati-hati Shadha menghidangkan air. Lapan mata memerhatikannya, membuatkan dia sedikit gugup. Lagi gugup bila matanya bertemu dengan mata Daniel yang sedari tadi beriak mengejeknya. Sengaja!

“Terima kasih Datin datang rumah, siap bawa makanan lagi. Saya baru aje nak masak tadi.” Shadha sekadar berbasa basi sambil menuangkan minuman.

“Aku susah sikit nak makan makanan orang luar ni. Takut juga, mana tau letak apa-apa ke…” Datin Munah bersuara sinis. Shadha hanya mengangguk dalam senyuman tawar.

“Dan… bila kita nak keluar berdua? Dah lama you janji nak keluar dengan I.” Suara rengekan manja Darin membuatkan Shadha menjeling Daniel. Daniel yang menyedari, hanya membuat tidak tahu. Lagi dilayankan Darin adalah.

“Sila minum Dato’, Datin… Abang ajaklah Darin minum…” Sengaja Shadha membahasakan diri Daniel dengan panggilan ‘abang’ dan dengan sengaja ditekankan perkataan itu. Darin membeliakkan mata, marah! Daniel tersenyum hujung bibir, menggeleng. Shadha sudah pandai melawan.

“Ish… gatal! Tak malu ke buat show depan mak bapak sendiri.” Shadha membebel sendiri. Mak Esah yang berada di dapur hanya memandang, tidak faham.

“Lelaki ni kalau gatal, gatal jugak.” Shadha masih membebel, tangannya ligat membasuh pinggan mangkuk yang ada. Daniel yang sudah berdiri berpeluk tubuh disebelahnya tidak disedari kehadirannya.

“Ehem!” Daniel berdehem. Shadha terperanjat, hampir sahaja terlepas cawan daripada tangannya.

“Kutuk saya? FYI Puan Shadha, yes I am your husband but you are not my choice. Not even my cup of tea. Please understand that. So, apa pun saya buat, is none of your business.” Jari telunjuknya mencuit hidung Shadha yang sedari tadi memandang tanpa suara. Daniel berlalu. Shadha terpana.

“Mana hak aku? Langsung tidak ada?” Shadha menyoal dalam hati.

“Aku kan takde perasaan.” Shadha mengumam, tersenyum dalam tangis yang ditahan.

Mak Esah mendekati Shadha. Bahu gadis itu ditepuk perlahan. Shadha memandang dengan senyuman hambar.

“Allah bersama orang-orang yang sabar. Mak Esah tahu, Shadha terima dan kerana Allah kan, jadi teruskan dengan sabar. Ikut rentak dia, insyaAllah.” Mak Esah memberi semangat. Shadha mengangguk perlahan. Sedikit sebanyak, kata-kata itu masuk ke hati kecilnya.

“Kalau kau rasa perkahwinan ni satu ‘game’, aku akan jadi pemain yang terbaik!” Shadha tekad. Tapi mampukah dia? Shadha mengeluh sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience