BAB 11

Romance Completed 11327

“Belum siap lagi. Duduk.” Daniel menarik kembali kaki Shadha, mujur sahaja di katil, kalau tersembam pun tidaklah sakit. Shadha mengeluh perlahan.

“Opah yang memaksa saya. Ya saya tahu umur saya ni memang wajib kahwin. Saya mampu untuk berkahwin. Cuma saya jenis yang percaya pada cinta, baru ke arah seterusnya. Shadha Shadiqah bukan pilihan hati saya. Awak dengan saya macam langit dengan bumi.” Daniel terus bersuara.

“Jadi apa pengakhiran kita?” Shadha menyoal terus. Giliran Daniel melepaskan keluhan.

“Just go with flow…”Ujar Daniel ringkas. Kaki Shadha diletakkan perlahan. Wajah Shadha diperhatikan seketika, Daniel menguntum senyum lalu terus bangkit dari duduknya.

“Rest.. Badan awak panas. Kalau nak apa-apa bagitau saya je.” Ujar Daniel lagi.

“Terima kasih…” Ujar Shadha. Daniel hanya mengangguk, kakinya menapak keluar dari bilik Shadha. Ruangan bilik Shadha diperhatikan sekilas, lalu matanya tertacap pada seekor anak patung beruang yang memakai kot hitam di atas meja solek Shadha. Keningnya di kerut.

“Kenapa awak ada teddy bear jantan? Bukan sepatutnya betina ke?” Daniel menyoal Shadha, sambil digerak-gerakkan anak patung beruang itu kepada Shadha. Shadha terkejut, lalu terus laju melangkah menghampiri Daniel, mahu mengambil anak patung beruang itu daripada Daniel.

“Biarlah jantan ke betina.” Daniel mengangkat anak patung itu lebih tinggi apabila Shadha cuba mengambilnya daripada dia. Shadha merengus marah. Daniel terus membelek-belek anak patung beruang itu.

“He’s wearing a watch….” Daniel cuba menanggalkan jam tangan itu daripada anak patung beruang tersebut. Shadha menghalang.

“Awak, tu barang saya.”Shadha bersuara tegas. Daniel mencebik.

“Jam tangan lelaki. Teddy bear berjantina jantan. Betul awak punya?” Daniel mengangkat-angkat keningnya, matanya tepat memandang ke arah Shadha. Shadha berkerut, menahan amarahnya.

“Yes. It is mine!” Shadha mengambil anak patung beruang dan jam tangan itu daripada Daniel. Daniel mencebik sahaja. Matanya terus memandang ke segenap ruang bilik itu. Matanya kemudian memandang ke arah bingkai gambar di atas meja kecil ditepi katil. Dahinya berkerut.

“Kenapa gambar saya ada kat situ?” Daniel menunjukkan ke arah meja kecil itu. Shadha yang sedang memakaikan kembali jam tangan kepada anak patung beruang, terhenti serta merta. Matanya terus memandang ke arah yang ditunjukkan Daniel. Alamak!

Daniel ketika itu mula melangkah menghampiri meja kecil itu. Shadha yang sudah mula gelabah, terus melangkah lebih laju menyaingi langkah Daniel. Bingkai gambar itu dicapai lalu terus dimasukkan ke dalam laci. Tubuhnya menghalang meja kecil itu daripada Daniel. Daniel sudahpun berpeluk tubuh di depannya.

“Bukan gambar awak la…” Shadha cuba menafikan. Daniel mengangkat sebelah keningnya.

“Show me…” Daniel menghulurkan tangan kanannya.

“No…. It’s just nothing….” Shadha masih lagi menggunakan tubuhnya menjadi perisai kepada meja kecil itu. Daniel melepaskan keluhnya perlahan, wajah Shadha ditenung dalam dan tajam.

“Are in love with me?” Daniel menyoal. Shadha terperanjat dengan soalan itu, matanya terbuka besar sebelum menggeleng laju.

“No!” Shadha menidakkan.

“Then, show me the picture.” Ujar Daniel tegas.

“Bukan gambar awak.” Jawab Shadha.

“So? Let me see that picture Shadha Shadiqah.” Daniel menolak tubuh Shadha ke tepi, namun Shadha masih membatukan dirinya di meja itu.

“No… awak tak boleh tengok…” Shadha bersuara yang sudah menjadi seperti rengekan akibat menahan tangis. Dia akan malu besar kalau Daniel melihat gambar tersebut!

“Saya nak tengok gambar tu.” Daniel bersuara lagi. Kali ini, dia menggunakan tenaga lelakinya untuk menolak tubuh Shadha ke tepi daripada menghalangi meja tersebut. Tolakan itu kuat hingga menyebabkan Shadha tersembam ke atas katilnya. Shadha terkesima sendiri.

“Mata saya tak rabun, dari jauh saya dah nampak. Kenapa awak simpan gambar saya?” Shadha hanya mendiamkan diri. Daniel sudah pun memegang bingkai gambar yang cuba disembunyikan Shadha tadi.

Shadha tidak tahu mahu melakukan apa. Akhirnya dia terus baring di atas katil dan menarik selimutnya menutup seluruh tubuhnya. Kepalanya semakin berdenyut. Sakit kepalanya yang sudah lega sedikit tadi kini semakin kuat terasa. Shadha termalu sendiri, menyimpan perasaan terhadap suami yang tak sudi.

“La… Shadha…” Daniel ketawa melihat perlakuan Shadha. Selimut Shadha ditariknya. Shadha memegang erat selimut yang menutupi tubuhnya.

“Just go…” Shadha bersuara dalam esakan. Daniel terpempan. Bingkai gambar itu diletakkan kembali di atas meja kecil. Dia hanya ingin bergurau, tidak sangka boleh membuatkan Shadha menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience