BAB 1

Romance Completed 11326

Seteguh manapun hati seorang wanita dan walau sekuat manapun cintanya pada suami, namun tatkala suami menidakkan haknya sebagai isteri? Mampukah dia terus bertahan menambat hati suami dan mampukah sang suami melawan godaan hati dari isteri yang bukan pilihan hatinya? Seteguh mana kubu pertahanan si suami menepis serangan cinta sang isteri?

Majlis perkahwinan yang sederhana berlangsung dengan lancar. Daniel Hakim masih lagi segak dalam sut pengantinnya. Peluh yang meleleh di pipi dibiarkan sahaja. Peluh dihatinya tiada siapa tahu. Hendak tak hendak, mahu atau tidak. Gadis di hadapannya ini telah sah menjadi isterinya. Sungguh bukan pilihan hatinya!

“Saya mintak maaf kalau saya bersikap kasar. Saya dah jelaskan semuanya sebelum kita nikah, tapi awak tetap berdegilkan. Jadi, saya harap awak redhalah untuk terus makan hati. Faham?” ujar Daniel kasar. Shadha hanya tunduk menekur lantai.

“Awak bagitau saya malam semalam. Pagi ni kita dah nikah, macam mana saya nak batalkan. Kalau…”

“Cukup! Jangan beralasan, saya nak awak tahu yang awak bukan pilihan saya.” Shadha terkedu, tidak sempat untuk menjelaskan apa-apa. Daniel Hakim terus sahaja menghukumnya. Shadha hanya mampu mendiam diri, langkah Daniel diperhatikan tanpa perasaan.

“Mana aku tahu…” rungut Shadha perlahan, dilabuhkan duduknya dibirai katil. Cincin yang tersarung dijari manisnya dibeleknya. Tidak terfikir olehnya penerimaan Daniel begini terhadap dirinya. Di awal pinangan Opah Imah, Shadha telahpun menyoal penerimaan Daniel, jawapan Opah seolah-olah Daniel bersetuju 100 peratus. Sebaliknya pula dengan penjelasan Daniel malam semalam.

“Sha… kamu buat apa dalam bilik ni, Opah Imah cari kamu kat luar, diorang nak balik dah tu.” Suara emak menyedarkan Shadha daripada lamunannya.

“Sha rehat kejap tadi, jom mak…” Shadha menarik lembut tangan emak supaya menyaingi langkahnya ke ruang depan.

Shadha membuang pan-cake yang hampir hangus itu ke dalam tong sampah. Sudah kali ketiga dia cuba membuat pan-cake untuk suaminya. Tapi masih lagi gagal, entah kenapa asyik tidak menjadi. Resipi yang dicetak malam semalam dibelek lagi, setiap baris ayat dibaca tanpa meninggalkan satu titik pun. Lagi beberapa minit, pasti suaminya akan turun dan bersarapan, tetapi dia belum dapat menyediakan apa-apa.

“Mana sarapan saya?” Suara garau Daniel mengejutkan Shadha yang sedang ralit membuat pan-cake, sehingga sudipnya terpelanting ke bawah. Daniel memandang dengan wajahnya serius. Kepalanya digeleng dan terus melangkah keluar daripada dapur.

“Awak… Awak sarapan roti bakar boleh?” Shadha berjalan laju menyaingi langkah Daniel. Daniel memberhentikan langkahnya. Dipandang wajah Shadha yang sedang tersenyum dengan riak serba salah, dengan wajahnya yang bengis.

“Semalam roti bakar, hari ni pun roti bakar?” Shadha terkulat-kulat mendengar suara Daniel yang garau dan tegas itu.

“Saya janji esok saya buatkan pan-cake untuk awak. Boleh?” Daniel merengus kasar.

“So, esok aje saya breakfast.” Daniel terus melangkah keluar rumah. Shadha masih berdiri ditempat yang sama, hanya memandang langkah Daniel dengan perasaan sayu. Shadha mengeluh lemah.

“Gagal lagi!” rungut Shadha.

Sudah masuk bulan yang kedua mereka bergelar suami dan isteri. Daniel masih bersikap dingin atas alasan, Shadha tidak membatalkan perkahwinan mereka walaupun telah Daniel jelaskan semuanya. Shadha sendiri keliru, mana yang benar, mana yang palsu. Dia sendiri tidak pasti, yang dia tahu dan sedar, kini dia terpaksa makan hati dengan suami sendiri.

Apa sahaja yang dilakukan oleh Shadha pasti ada yang tidak kena di mata Daniel, pasti ada salahnya. Terutama soal memasak, “Darin lebih hebat” “Darin buat lebih sedap” itu sahaja yang akan dikatakan setiap kali Daniel menjamah masakan Shadha. Isteri mana yang tidak terasa hati kalau suaminya memuji perempuan lain?

Darin, sepupu Daniel. Sentiasa jadi isu pertelingkahan mereka berdua. Semuanya kerana puji-pujian Daniel kepada Darin.

“Kenapa tak kahwin dengan dia? Kenapa setuju dengan Opah kahwin dengan saya?” Soal Shadha tegas, senduk nasi dihempas kuat ke dalam mangkuk nasi. Kerusi ditarik kasar, lalu terus melabuh duduknya. Hatinya sebal dengan Daniel yang asyik memuji Darin.

“Memang nak kahwin. Opah tak setuju, kalau tak takde aku dengan kau sekarang.” Jawab Daniel penuh angkuh, kerusi ditolak dengan badan lalu terus bangun dan berlalu. Shadha mengeluh kuat.

“Penat aje masak. Tak makan jugak.” Jari jemari yang terlekat dengan butir-butir nasi di celup ke dalam air basuhan. Seleranya sudah mati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience