BAB 15

Romance Completed 11326

“Walaupun ia mengambil masa yang panjang untuk cinta itu hadir, awak sanggup untuk terus bersabar dengan saya?”Entah kenapa Daniel menyoal begitu. Shadha mengangguk perlahan.

“Sama macam awak cakap, just go with the flow. Sebelum kita ikut flow tu, awak perlu buka hati awak untuk menerima saya. Selepas itu, kita ikut flow yang Allah sudah tentukan buat kita.” Shadha bersuara lagi, menjawab persoalan Daniel.

“Jadi awak akan bertepuk sebelah tangan ajelah untuk sementara ni?” Daniel menjungkit-jungkit keningnya, sekadar mengusik Shadha.

“Tak. Saya ambil tangan awak ni saya tepuklah.” Ujar Shadha sambil sebelah tangannya menepuk-tepuk tangan Daniel. Daniel ketawa dengan perlakuan Shadha. Shadha turut ketawa bersama.

“So, itu keputusan kita?” Daniel mahu menamatkan diskusi tidak rasmi mereka berdua.

“Yes.”Shadha menjawab dengan yakin.

“Awak yakin?”Daniel menyoal lagi.

“100 percent confident!”Shadha menjawab dengan penuh yakin, sambil tangan kanannya diangkat.

“Ceh… confident konon, jangan menangis sorang-sorang dalam bilik sudah.”Daniel mencuit hidung Shadha dengan jarinya. Shadha mencebik.

“Biarlah… erm… bilik kita?” Shadha mengerakkan jarinya, mengisyaratkan sesuatu kepada Daniel.

“Tak kisah, indeed tempat seorang isteri di sisi suaminya.”Jawab Daniel dengan senyuman, walaupun kedua-duanya sudah merah muka!

“Yes, akhirnya! Saya suka sangat decoration bilik awak. Nampak elegant dan tenang aje. Tak macam bilik saya.” Shadha menukar suasana supaya tidak janggal dengan jawapan Daniel tadi.

“Siapa suruh awak cat warna warni macam ni? Awal-awal dulu dah okay dah, pandai-pandai decorate sendiri.” Daniel membidas, Shadha hanya tersengih seperti kerang busuk.

Akhirnya mereka terdiam sendiri, memerhati sekeliling bilik tanpa bersuara. Beberapa ketika mereka hanya membisu sendiri, merasa lega dengan satu keputusan yang telah diambil.

“Minggu depan sekolah mula cutikan?” Ujar Daniel mencecah kesunyian. Shadha yang sedang menyelak majalah mengangguk perlahan.

“A’ah, kenapa?” Soal Shadha.

“Minggu depan saya pergi Singapura lagi. Jom?” Shada terbuntang matanya, tidak percaya.

“Serius?” Soal Shadha tidak percaya dengan ajakan Daniel.

“Serius la. First step towards our decision.” Ujar Daniel membuatkan Shadha sangat teruja.

“Yeah! Thank you Abang Danny…”Shadha membuat suara comel, membuatkan Daniel terkesima.

“Ish… geli! Be matured Shadha.”Daniel memicit hidung Shadha. Shadha ketawa kecil, tangan menepis tangan Daniel.

“Gurau je la. Passport saya kena buatlah saya takde passport.”

“Esok kita pergi. Lepas awak habis sekolah, saya ambil awak then kita terus pergi.”Ujar Daniel.

“Habis tu kereta saya?” Daniel mengeluh perlahan. Shadha masih ‘blur’.

“Shadha, esok Abang Danny awak ni hantar awak pergi kerja la. Ada faham?” Shadha tersengih sendiri dengan persoalan kanak-kanaknya.

Dia mengangguk perlahan tanda sudah jelas dengan semuanya. Daniel tersenyum, banyak lagi yang perlu dia fahami tentang Shadha Shadiqah. Terlalu banyak yang belum dia ketahui. Masa akan menjelaskan semuanya, kerna masa jua yang akan terus menentukan masa depan mereka berdua.

Adakalanya cinta yang kita pinta takkan hadir semudahnya. Ia perlukan usaha. Ia perlukan kesabaran. Memupuk cinta memerlukan ruang dan masa. Ia tak boleh dipaksa-paksa, jika tidak yang hadir hanyalah kepalsuan yang dimainkan mata bukan rasa.

Cinta itu berperingkat, mulanya suka, kemudian kasih lantas terbitlah sayang, akhirnya cinta akan terbina. Begitulah hakikatnya cinta selepas nikah. Menerima lamaran tandanya kita menyukai jodoh yang hadir. Menerima dia sebagai suami atau isteri, menjadikan kita kasih kepadanya. Saban hari bersama dia menjadikan kita sayang kepadanya. Lantas rindu mula berbunga, hingga terbitlah cinta yang kita idamkan.

Cinta itu akan ada, walaupun masa yang diambil terlalu lama. Yakinkan hati pada Allah, DIA jua yang mewujudkan rasa itu di dalam hati kita. Insha-Allah.

“Tahniah akak.” Mak Esah tersenyum gembira.

“Kan aku dah kata, mesti jadi punya plan kita ni.”Ujar Opah Imah yakin.

“Mujur Dato’ okay aje, takut juga saya. Ye lah kita gunakan diorang untuk jayakan rancangan kita tadi.” Mak Esah bersuara lagi, masih tersenyum gembira.

“Aku dah bincang dengan Othman dah sebelum datang. Dia setuju, dia pun tak suka dengan sikap Munah dan Darin tu. Dia suruh ajar sikit.” Opah Imah ketawa kecil.

“Tapi saya kesian juga dekat Darin tu. Mengharap aje muka dia. Rasa bersalah juga gunakan dia”Ujar Mak Esah, penuh rasa bersalah.

‘’Tak mengapalah, nanti esok-esok atau lebih afdal, raya nanti aku minta maaf kat dia,’’ gurah Opah manakala Mak Esah pula hanya mampu tertawa mendengar jawapan lucu yang tersembul dari mulut otang tua itu.

Akhirnya dua wanita ini dapat menarik nafas lega dan bisa tidur dengan lena kerana semua yang dirunsingkan sudah menjadi baik malah lebih baik dari apa yang mereka harapkan. Semuanya berlaku atas izin dari Allah. Syukur Alhamdulillah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience