BAB 10

Romance Completed 11326

“Daniel.” Gumam Opah Imah sebelum meneruskan kata-kata.

“Aku dah tak boleh sabar dengan kamu berdua. Dua-dua keras kepala, ego. Selagi aku tak masuk campur, selagi tulah kamu berdua macam ni.” Opah Imah bersuara lagi. Air teh disisip perlahan.

“Kamu mungkin tak cukup baik bagi Daniel.” Kata-kata Opah Imah mengejutkan Mak cik Esah dan Shadha sendiri.

“Akak!” Suara Mak Cik Esah.

“Mungkin aku dah tersilap.” Ujar Opah Imah lagi.

Mak cik Esah beristighfar dan Shadha hanya tunduk menekur lantai. Kata-kata itu ibarat menabur garam kepada hatinya yang sedia terluka. Opah Imah terus pulang ke rumahnya bersama-sama Mak cik Esah. Opah Imah betul-betul maksudkan apa yang dikatakannya. Mungkin benar, aku bukan untuk Daniel. Bisik hati Shadha. Sebaik sahaja matanya dipejam, air matanya terus sahaja mengalir membasahi pipinya.

*******

Daniel melangkah masuk ke rumah. Sunyi. Selalunya Shadha akan menyambut kepulangannya, hari ini Shadha tidak kelihatan. Daniel melabuhkan duduk di sofa, melepaskan lelah. Sampai di rumah baru terasa segala penat yang disimpan selama beberapa hari dia bekerja.

“Shadha…” Laung Daniel. Tiada jawapan. Daniel memandang ke arah tangga, masih tiada kelibat Shadha.

“Shadha…” Laung Daniel lagi.

“Awak dah balik?” Shadha yang baru menapak turun menyoal.

“Buat apa sampai tak sedar saya masuk rumah?” Soal Daniel, Shadha diperhatikannya.

“Saya ada dalam bilik, sakit kepala sikit…” Ujar Shadha sebaik berada hampir dengan Daniel. Wajah pucat Shadha dapat dilihat. Daniel menarik tangan Shadha supaya menghampirinya. Suhu badan Shadha yang tinggi mengejutkan Daniel. Laju sahaja tangannya diletakkan di dahi isterinya itu.

“Panas ni badan awak. Dah makan ubat?” Daniel menyoal.

“Dah, saya dah telan panadol tadi. Kejap lagi okaylah…” Jawab Shadha.

“Betul? Kalau nak pergi klinik saya hantarkan.” Ujar Daniel.

“Takpe, awak baru balik mesti penatkan. Saya okay je.” Shadha menuju ke arah beg pakaian dan beg kerja Daniel, baru hendak mengangkat Daniel menghalang.

“Dah sakit kepala pun nak angkat jugak…. Kenapa ye, setiap kali saya balik dari out station, mesti awak angkat beg saya. Bukan nak salam tangan saya ke, tanya khabar ke?” Daniel menyoal, Shadha diam, tunduk menekur lantai.

“Sakit sangat kepala tu sampai tak boleh jawab?” Soal Daniel yang kini berdiri berdepan dengan Shadha.

“Saya tak diberikan hak itu.” Jawab Shadha kemudian melangkah pergi, malas berlawan kata. Sungguh dia tidak larat hari ini. Kepalanya terasa sarat dengan pelbagai benda.

Daniel terkedu dan terkelu. Jawapan yang bagai menampar pipinya sendiri. Daniel memerhati langkah Shadha yang lemah. Isterinya itu kelihatan lemah sekali. Daniel menghela nafas, kemudian mengangkat beg-begnya ke bilik.

Pintu bilik Shadha yang tidak rapat menarik Daniel untuk menghampiri bilik tersebut. Dari luar dia mengintai ke dalam bilik. Dari celahan pintu itu, Daniel terlihat susuk tubuh Shadha yang sedang terbongkok-bongkok di birai katil, seperti sedang mengurut kedua-dua kakinya. Dek kerana perasaan ingin tahunya tinggi, Daniel menolak daun pintu.

“Kenapa dengan kaki?” Daniel terus sahaja menyoal. Tanpa diundang, Daniel terus sahaja menghampiri Shadha di katil.

“Lenguh. Kereta saya asyik buat hal, semalam rosak lagi. Berjam-jam saya berdiri tunggu bas.” Ujar Shadha perlahan, lalu menegakkan tubuhnya. Shadha mendongak memandang Daniel yang berdiri di hadapannya.

“Sebelum ni, awak boleh call saya dan cakap nak pakai kereta. Sekarang dah tak reti?” Daniel tunduk melutut. Kaki Shadha di capainya. Shadha tersentak.

“It’s okay….” Shadha cuba menarik kakinya dari pegangan Daniel. Daniel menjenggil matanya dan berdecit memberi tanda supaya Shadha diam dan lihat sahaja apa yang dilakukkannya.

“Ibu pernah ajar saya mengurut, why not saya praktikkan dekat awak.” Ujar Daniel sambil tersenyum. Tangannya mengurut lembut pergelangan kaki Shadha. Shadha memerhatikan setiap perlakuan suaminya itu. Sesekali dia curi-curi menelek wajah Daniel Hakim. Dari rambut, mata, hidung hingga ke bibir.

“Awak beruntungkan. Suami awak ni handsome, kaya pulak tu.” Daniel Hakim bersuara setelah terperasan renungan Shadha, dilabuh terus duduknya dari melutut kepada bersila di atas permaidani. Kaki kiri Shadha pula di tarik, kemudian di urut perlahan.

“Dua-dua tak menjanjikan kebahagiaan.” Shadha bersuara perlahan. Daniel tersenyum sinis dengan kata-kata Shadha.

“Kebahagiaan datang apabila adanya cinta.” Daniel membalas.

“Cinta boleh dipupuk, tapi kalau hati sudah menolak. Cinta tu takkan tunjukkan bayangnya pun.” Bidas Shadha. Daniel tersenyum lagi, penuh makna. Tangannya berhenti mengurut.

“Awak menyesal kahwin dengan saya?” Soal Daniel, matanya tepat memandang kea rah bola mata Shadha.

“Tak. Saya redha, kalau Allah sudah tetapkan ini jalan hidup saya.” Shadha menarik kakinya daripada pegangan Daniel, lalu mahu berdiri dan berlalu daripada terus berlawan kata dengan Daniel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience