BAB 12

Romance Completed 11327

“Kenapa nak menangis pulak ni?” Daniel menghampiri Shadha yang berbungkus di atas katil, lalu terus bersila di sisi isterinya itu. Shadha mengeratkan pegangannya pada selimut, setelah merasakan kehadiran Daniel Hakim di sisinya.

“Shadha….” Panggil Daniel sambil mencucuk kepala Shadha dibawah selimut itu dengan jari telunjuknya. Shadha cuba menepis tangan Daniel dari bawah selimut, tidak berjaya malah meletuskan tawa Daniel.

“Shadha, awak ni lawaklah.” Daniel cuba menarik selimut yang menutupi Shadha sekali lagi. Shadha yang sudah sebal dengan tindakan Daniel terus sahaja bangkit daripada pembaringannya, selimut yang menutupinya.

“Saya sakit kepala la… tu, gambar tu ambillah balik.” Shadha mengesot tubuhnya sedikit, lalu mencapai bingkai gambar tersebut lalu meletakkannya diribaan Daniel.

“Lah… malam nanti awak tak boleh tidur pulak.” Daniel mengusik.

“Takde maknanya.”Pantas sahaja Shadha menepis usikan Daniel. Daniel ketawa kecil.

“Ada maknanya, bila awak simpan gambar saya dalam bilik awak. Ada maknanya bila awak letak gambar saya sebelah katil awak. Ada maknanya bila awak malu macam ni.” Ujar Daniel, hidung Shadha dipicitnya. Daniel lantas bangun dari duduk dan melangkah keluar dari bilik. Shadha memegang hidungnya terasa kebas-kebas dipicit Daniel. Sebelah tangannya pula menepuk perlahan dadanya, yang berdegup laju sedari tadi.

“Malunya!” Shadha bersuara sendiri. Tangannya menekup wajahnya, lalu kepalanya digeleng-geleng laju.

“Kata pening?” Suara Daniel melihat perlakuan Shadha.

“Ha?” Shadha terperanjat, terhenti segala perlakuannya.

“Tadi peningkan? Digeleng-geleng kepala tu kenapa, nanti lagi la pening.” Daniel bersuara lagi, tubuhnya di sandarkan di pintu bilik Shadha.

“Awak bukan dah keluar ke?” Shadha tidak menjawab, tetapi kembali menyoal, menutup malunya yang berkelakuan entah apa-apa.

“Dah, terlupa nak bagi ni balik.” Daniel menghampiri Shadha yang sudah panas mukanya.

“Tak nak… Awak ambillah balik.” Shadha menolak. Daniel ketawa kecil, namun tetap menghulurkannya kepada Shadha.

“Saya letak dekat sini eh, nanti malam awak bolehlah cium-cium macam selalu.” Daniel meletakkan semula bingkai gambar yang menempatkan gambarnya itu ditempat asalnya. Shadha mengetap bibir dengan kening yang berkerut.

“Macam mana awak tahu?” Shadha menyoal perlahan, tanpa sedar soalan itu menjeratnya sendiri.

“Haa?! Seriously? I’m just kidding by saying that…” Daniel ketawa besar, Shadha menekup mulutnya. Wajahnya disembam terus ke bantal di tepi. Terus merengek malu!

“Awak keluar je la……” Shadha bersuara tanpa mengangkat mukanya. Sejak bila Daniel Hakim pandai mengusik macam ni? Hati Shadha bentak sendiri.

“Puan Shadha Shadiqah sudah jatuh cinta sama Encik Daniel Hakim” Daniel berpeluk tubuh di hadapan katil. Sengaja mahu mengusik hati Shadha Shadiqah yang tentu sahaja berdegup tanpa kawalan.

Shadha tidak menjawab, hanya menggeleng kepalanya yang masih tersembam di atas bantal. Yang kedengaran hanyalah rengekkannya. Daniel ketawa kecil. Hatinya sedikit terusik dengan sikap Shadha ini yang belum pernah dilihatnya.

“Malu ke jatuh cinta dengan suami sendiri?” Daniel menyoal. Persoalan itu membuatkan Shadha terdiam kaku. Lantas dia mendongak.

“Sebab suami saya tak rasa apa yang saya rasa.”Shadha menjawab perlahan. Mata yang mulanya tenang merenung wajah Daniel, kini dilarikan. Daniel mengetap bibir erat dan mengangguk perlahan.

“Kadang-kadang, apa yang kita rasa, tak semestinya kita luahkan, dan tak semestinya kita tunjukkan. Ia dapat dirasa… sini…” Ujar Daniel sampai perlahan menepuk dada.

Seketika mereka berdua terdiam sendiri, membiarkan masa berlalu sepi. Beberapa ketika, Daniel melangkah keluar daripada kebisuan mereka berdua. Shadha hanya memandang sepi langkah Daniel. Jawapan Daniel membuatkan Shadha diam terkaku.

“Dia rasa apa yang aku rasa?”Hati Shadha berbisik sendiri. Tak mampu berfikir dalam kepala yang berpusing, akhirnya Shadha terlena dalam sibuk mindanya mencari jawapan yang pasti.

*******

Opah Imah sudah memberi kata putus. Shadha terdiam kaku di penjuru ruang tamu. Dalam keramaian tetamu yang hadir di rumahnya hari ini. Dia bagaikan tersisih walaupun sebenarnya dialah watak utama ketika ini. Dia tidak mampu untuk berkata apa ataupun menegakkan haknya.

“Opah, apa semua ni?” Daniel meraup wajahnya beberapa kali. Wajah Opah Imah yang berdiri di sisinya ditenung dengan mata yang merah menyala.

“Setahun lebih kamu kahwin Dan, tapi masih macam orang asing!” Opah Imah bersuara kuat dan tegas. Bisa menggetarkan hati orang disekelilingnya.

“Yes! I admit that, tapi sekarang ini rumah tangga Dan. Biar Dan yang jaga, biar Dan yang buat keputusan semuanya.” Daniel Hakim membentak, membuatkan Opah Imah terkesima lantas merenungnya dengan renungan tajam.

“Sekarang kamu tahu pulak ini rumah tangga kamu, tahu tanggungjawab kamu. Apa yang kamu buat selama setahun ni?!” Bidas Opah Imah.

“Opah yang paksa Dan untuk kahwin dengan Shadha. You started it, it’s all your fault.” Daniel mula menunding jari, mula meluahkan rasanya.

“Sebab itu Opah datang nak baiki semua. Demi kebaikan kamu dan juga Shadha.” Opah Imah bersuara lagi, mengakui salahnya.

“But, its nonsense!”Bentak Daniel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience