BAB 6

Romance Completed 11326

Sudah seminggu Daniel ke luar negeri atas urusan kerjanya. Shadha sudah kebosanan di rumah. Tiada teman bertelagah. Penat sudah dia mengikut rentak permainan Daniel. Terasa mahu mengalah dan berputus asa. Tapi dek kerana cinta yang kian menular dalam hatinya membuatkan dia kuat melayan karenah Daniel Hakim.

Telefon bimbitnya dipandang sepi. Mahu ditelefon, terasa segan. Tidak pernah-pernah telefon takkan tiba-tiba aje? Shadha berkira-kira sendiri. Beberapa minit kemudian, dia tekad untuk menghubungi Daniel. Rindu yang memaksa dia untuk menghubungi. Bunyi deringan talian disambung cukup mendebarkan Shadha.

“Hello.” Suara garau itu menyapa telinga Shadha, hampir sahaja membuat Shadha terkelu lidahnya.

“He..l..lo… Daniel?” Shadha gagap.

“Ye? Siapa?” Daniel menyoal, dari kejauhan kedengaran suara-suara orang. Mungkin Daniel sedang sibuk. Shadha disapa rasa bersalah.

“Shadha ni, awak busy ke? Sorry ganggu, takpelah nanti saya call semula.”Shadha hampir sahaja mematikan talian.

“Takpe. Kenapa call?” Shadha menggaru-garukan belakang kepalanya yang tidak gatal.

“Saya… saya…”

“Saya apa Shadha?”Daniel menyoal, lembut tapi tegas. Shadha malu untuk mengatakan yang sebenarnya. Siapa dia kepada Daniel?

“Saya nak pinjam kereta awak, boleh?” Daniel mengeluh perlahan.

“Mana kereta awak?”

“Ada, tapi kereta awakkan dah beberapa hari tak guna, boleh jugak saya panaskan enjin dia.” Shadha menggigit lidah.

“Erm. Gunalah tapi kalau ada calar, pandai-pandailah awak ye.” Shadha mengangguk dari jauh. Daniel mematikan talian setelah ada kerja yang perlu disiapkan. Shadha merenung telefonnya. Keluhan berat dilepaskan.

“Saya rindukan awak….” Shadha menyembam mukanya ke bantal. Siapalah aku kepada dia? Bolehkah aku rindukan dia? Shadha tersedu sendiri di bawah bantal.

“Isteri sudah rindu ke?” Darin menyoal Daniel yang baru habis berbual dengan Shadha.

“Nope.” Daniel menjawab ringkas. Tangannya kembali menyelak dokumen-dokumen yang ada di atas meja.

“Then?” Darin menyoal lagi.

“Nak guna kereta I.” Jawab Daniel.

“See… I’ve told you. Orang kampung macam Shadha tu memang nampak harta you je. Believe me, hari-hari dia doa you cepat mati, sebab nak harta you.” Darin sengaja memanaskan telinga dan hati Daniel.

“I tak rasa Shadha macam tu.” Daniel seakan membela. Darin mencebik.

“Awal lagi. Tunggu beberapa tahun nanti.” Darin menyucuk lagi. Daniel hanya menggeleng perlahan. Entah benar atau tidak. Namun yang Daniel pasti, Shadha seperti tidak berperasaan. Tidak cemburu, tidak pernah ambil tahu. Shadha lebih berusaha menjadi isteri bukan mencintai. Daniel Hakim mengeluh perlahan.

******

Shadha tersenyum memandang wajahnya di dalam cermin. Rambutnya yang separas pinggang telah di dandan kemas. Wajahnya dioles dengan sedikit solekan nipis. Bibirnya yang nipis dihiasi dengan pelembap bibir.

Blaus merah jambu yang baru dibeli semalam dibetulkan. Hari ini Daniel pulang, hari ini juga genap setahun usia perkahwinan mereka. Shadha sudah menyediakan hadiah buat suami pilihannya. Sepanjang malam dia berdoa, semoga hari ini membawa seribu erti buat dia dan Daniel Hakim.

Bunyi kereta di hadapan rumah, membuatkan Shadha terus sahaja melangkah keluar daripada bilik. Mahu menyambut kepulangan suaminya. Shadha membetulkan baju dan rambutnya, kemudian pintu rumah dibuka perlahan. Senyuman yang terhias dibibir sedari tadi terus mati. Daniel pulang bersama-sama Darin yang erat memeluk lengan Daniel. Shadha melangkah laju ke bilik.

“Aik… kenapa pulak?” Darin menyoal dengan nada jengkel. Sejak hari Daniel menikahi Shadha, Darin sudah menanam benci dalam dirinya. Walaupun Daniel Hakim sepupu, tetapi itu tidak menghalang dia untuk mencintai lelaki itu.

“Shadha…” Daniel memanggil. Shadha yang sedang mengelap solekannya itu mempercepatkan kerjanya setelah mendengar panggilan daripada Daniel. Rambutnya dililit menjadi sanggul, seperti yang digayakan setiap hari.

“Maaf, telefon saya bunyi tadi.” Shadha beralasan. Daniel dan Darin dihampirinya.

“Buatkan air.” Darin mengarah. Shadha mengangguk perlahan, tidak membantah walaupun hatinya menyampah. Langkah diatur ke dapur.

Dari dapur dia mendengar hilai tawa Darin. Hatinya sedikit sebanyak membengkak. Ditepuk dadanya perlahan, seolah menyabarkan diri sendiri. Air mata di hujung mata disapu dengan jari. Gelas berisi air ditatang dengan dulang.

“Jemput minum…” Shadha berbahasa. Wajahnya ditundukkan. Setelah siap menghidang. Shadha mengambil beg-beg Daniel.

“Saya bawa beg awak ke atas ye.” Tidak pernah dia berbuat demikian, dek kerana hati yang tidak mampu menahan melihat kemesraan Daniel dan Darin memaksa dia begitu. Daniel hanya mengangguk perlahan.

“Best ada orang gaji free…” Darin mengejek. Shadha memejam mata, menahan sabar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience