Bab 9

Romance Completed 69931

“Mama, ana abah?”

Senyuman plastik aku tampal. “Abah dalam perjalanan, sayang. Kejap lagi dia sampai.”

Anak kecil itu mengangguk sebelum kembali bermain. Hatiku mendongkol geram. Geram dengan mamat tak berjenis tu. Sibuk suruh Nini panggil dia abah.

Berdesing telinga aku dengar Nini sebut perkataan abah. Abah baiklah. Abah kacaklah. Semua abah. Entah apa yang ada dekat si Kareef tak berjenis tu.

“Assalamualaikum.” Satu suara yang memang tidak asing bagiku menerjah gegendang telinga.

Tubuh aku kalih. Kareef berdiri di muka pintu dengan senyuman manis di bibir.

“Abah…” Nini berlari ke arahnya.

Kareef peluk Nini sebelum mendukung anak kecil itu. Dia mengorak langkah mendekati aku, mak dan ibu.

“Baru balik dari kerja ke?” tanya mak mesra.

Bibir aku cebik. Kerja kebendanya. Bukan aku tak tahu yang si Kareef ni cuma goyang kaki dan tunggu duit masuk dekat bengkel kereta dia.

Yang buat kerja bukan dia tapi pekerja-pekerja dia. Dia hanya tahu nak mengarah. Semuanya nak sempurna.

“A’ah. Mak dengan ibu sihat?”

Aku tengok Kareef tajam. Eii… mamat ni memang annoying. Mak dengan ibu bukan keluarga dialah! Mereka keluarga aku.

Kekurangan kasih sayang betul! Err… tapi memang benar lelaki ini kekurangan kasih sayang. Dia dan arwah Abang Hakim dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ibu kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Dia letak Nini di sisiku dan dia duduk si sebelah Nini.

“Saya tetap nak jaga Nini.” Aku keluarkan suara.

Kareef tolehkan kepalanya. Dia memandang aku. “Cahaya Halili, I nak jaga Nini. I dah janji dengan Abang Hakim nak jaga dia.”

Aku mendengus kasar. Memang sakit hati kalau cakap dengan mamat tak berjenis. Kan aku dah cakap. Aku nak jaga Nini. Dia tak faham bahasa Melayu ke?

“Awak ni kenapa? Amnesia ke apa? Saya dah beritahu awak dulu yang Kak Long arahkan saya jaga Nini!” Suaraku naik seoktaf. Nini angkat wajah. Mungkin terkejut mendengar suaraku yang agak tinggi.

Dah tiga kali cakap pasal hal ni dan untuk tiga kali itu, tak ada satu pun yang tak bergaduh. Dia nakkan Nini, aku pun nakkan Nini. Dia sayang akan Nini, aku pun sayang akan Nini. Aku sebenarnya tidak yakin dia mampu menjaga Nini dengan sebaik yang mungkin.

…bersambung

Bab akan datang:
Bilakah agaknya Lili dan Kareef nak capai kata sepakat ya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience