Bab 2

Romance Completed 69931

Dia tampar bahuku dan aku hanya tertawa.

Kak Long, Kak Long. Dulu bukan Kak Long ke yang cakap Kak Long tak nak kahwin dengan cikgu? Hahaha.

Mataku jatuh pada wajah Kak Long yang berseri-seri. Solekan tipis mencantikkan lagi wajahnya. Aku hulurkan tisu kepadanya. Dia koyak senyuman manis dan aku turut tersengih. Mak dan mak Kak Long yang aku panggil ibu sedang berbual kosong. Peluh yang berjejeran di dahi aku kesat dengan belakang telapak tanganku.

“Mana bakal suami Kak Long? Asal lambat sangat?”

“Manalah Kak Long tahu. Tadi dia mesej Kak Long yang dia dalam perjalanan.”

Huissy. Nak kahwin pun lambat. Hahaha. Aku bukan apa. Aku teringin nak tengok muka bakal suami dia. Dulu aku mana ada peluang nak tengok. Masa si bakal suami dia datang rumah, aku ada kat dekat universiti. Adalah dua tiga kali aku minta Kak Long tunjukkan gambar bakal suami dia tapi dia tak bagi aku tengok. Dia suruh aku tengok masa akad nikah iaitu hari ini.

Wajah aku angkat saat seseorang memberi salam. Pintu masjid aku pandang. Aku telan air liur. Seorang lelaki dalam lingkungan awal 50-an sedang menapak masuk ke dalam masjid. Memakai baju Melayu, songkok dan samping berwarna hitam. Dahiku berkerut.

“Takkan dia yang nak kahwin dengan Kak Long? Perut dah maju ke depan dah tu.”

Kak Long tampar lenganku. Aku menyeringai kesakitan. Bibir dijuihkan. Mak yang duduk tidak jauh dariku sudah jeling tajam tanda marah dan suruh aku diam.

“Maaf lambat. Saya cari baju tak jumpa. Ehehehe.”

Pecah tawa semua orang tapi sopanlah sebab duduk di dalam masjid. Aku? Hahaha. Bantai gelak sampai keluar air mata. Kak Long cubit lenganku dan aku terus menutup mulut.

Kepalanya dikalihkan. Dahinya berkerut. Songkok ditanggalkan lalu dia menggaru kepala. “Mana anak aku ni?”

Huh?

“Ada, ayah,” sahut satu suara.

Sekali lagi aku pandang pintu masjid. Kini rahang bawahku jatuh. Dua orang lelaki berdiri di muka pintu diikuti dengan hamba Allah yang lain. Seorang memakai baju Melayu putih gading dan seorang lagi… fail! Datang masjid pakai t-shirt dengan jeans yang koyak-koyak tu?

Pandangan aku dan ‘mamat tak berjenis’ tu berlaga sebelum aku larikan pandangan. Rasa jelak melihat wajahnya.

…bersambung

Bab akan datang:
Siapakah ‘mamat tak berjenis’ yang muncul tiba-tiba sewaktu majlis pernikahan Kak Long?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience