Bab 10

Romance Completed 69931

Kareef bukan tahu apa-apa tentang anak kecil. Kahwin pun belum. Susah untuk dia jaga Nini. Sudahlah Nini tu perempuan. Kalau lelaki, tak apalah juga.

Pandanganku dan Kareef berlaga.

“I nak Nini.”

“Saya nak Nini.”

“Dah. Sudah-sudah. Jangan bertengkar kat sini. Ingat. Bukan korang berdua je yang ada kat sini sekarang ni. Mak, ibu dengan Nini bukannya patung. Tak baik bergaduh depan budak-budak. Mak tak faham betul dengan korang berdua ni. Asyik nak bergaduh aje,” bebel mak.

Wajahku ditundukkan. Kakiku menguis ambal.

Nak buka mulut, aku takut mak lagi bising. Nanti kata aku bukan-bukan. Lebih baik aku diam. Taklah sakit hati sangat.

“Kareef nak jaga Nini.” Suara mamat tak berjenis tu menjadi perlahan.

“Lili nak jaga Nini.”

“Ibu dengan mak tahu yang korang nak jaga Nini. Tu yang kami suruh Kareef dengan Lili datang sini. Dah. Mari berbincang.”

Dan selepas lama berbincang, aku yang akan menjaga Nini. Kata ibu dan mama, Kareef sibuk. Dia tak selalu ada di rumah. Kalau aku yang jaga, aku boleh bawa Nini ke taska milikku yang aku buka dengan wang yang mak, abah, ibu dan abah beri dan luangkan waktu bersama Nini di sana.

Mataku mengerling Kareef. Wajahnya kosong tanpa riak.

“Lepas ni jangan gaduh lagi.” Ibu memberi amaran.

“Baik,” tutur kami serentak.

Mak tiba-tiba menepuk lengan ibu. Aku tersentak. Bibir mak ukir senyuman. Ha. Ni senyuman lain macam. Jarang mak senyum macam ni.

“Apa kata Lili dengan Kareef kahwin? Boleh jaga Nini,” usul mak.

Aku tersedak. Mamat tak berjenis pun turut tersedak.

Ibu mengangguk. “Betul jugak. Dua-dua bujang lagi. Korang kahwin ya?”

“Tak nak!”

Ibu dengan mak cebik bibir. “Tak nak, sudah. Ibu dengan mak cadang aje.”

Air liurku terus terasa pahit. Tujuh permintaan sudah tinggal tiga permintaan saja lagi. Lili, jangan gaduh dengan mamat tak berjenis lagi. Cukuplah ini kali terakhir orang mencadangkan aku dan dia berkahwin.

Huu… aku tak nak kahwin dengan lelaki macam dia. Asyik pakai t-shirt dengan jeans koyak-rabak yang kononnya trend.

Kareef tatap wajah aku.

“Lagi tiga permintaan, kita kahwin.” Dia menggumam rendah. Cukup untuk aku dan dia saja yang dengar.

“Korang cakap apa?”

Terus kami berdua geleng kepala.

“Tak cakap apa pun.”

Lagi tiga. Ma… ti aku.

…bersambung

Bab akan datang:
Berjayakah Kareef mendapatkan tiga lagi permintaan supaya dia dapat berkahwin dengan Lili dan menjaga Nini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience