Bab 14

Romance Completed 69931

Kareef dan Nini masuk ke dalam kereta. Dia dan Nini melambai tangan. Aku senyum dan membalas lambaian mereka.

Saat kereta Kareef sudah hilang dari pandanganku, aku capai beg tanganku dan kunci taska. Kak Nia tekun membuntuti langkahku. Tubuh aku kalih. Tengok Kak Nia. Kening aku jongket. Pinggang aku cekak.

“Kak Nia duk sengih-sengih ni kenapa?”

“Tak adalah. Seronok aje tengok Lili dengan Kareef. Sweet. Macam suami isteri.”

Bibir aku juihkan.

“Ngarut ah,” ujarku namun hatiku sudah berdetak laju.

Hairan. Macam mana aku boleh suka mamat tak berjenis dalam masa yang singkat sedangkan aku membencinya dalam tempoh tiga tahun ini. Pelik sungguh. Huarggh! Aku memang sakit jiwa betul.

Macam mana aku boleh suka Muhammad Kareef yang perangai tak berjenis tu? Kenapa? Kenapa? Huhuhu.

“Li, kau kahwinlah dengan si Kareef tu,” cadang Kak Nia.
Aku bungkam.

Daripada tujuh orang, sudah enam orang membuat permintaan yang sama.

“Kak Nia…”

“Ya?”

“Salah ke kalau kita tiba-tiba suka dekat orang yang kita meluat untuk tempoh masa yang agak lama?” ajuku perlahan.

Kak Nia tepuk bahuku. Dia ukir senyuman.

“Tak salah, sayang. Tak salah.”

*****

Mak, ibu, ayah, abah dan Pak Cik Kamarudin asyik berbual di ruang tamu. Aku, Kareef dan Nini berada di halaman rumah. Kareef yang sedang sibuk melayan Nini bermain aku pandang sebelum aku larikan pandangan.

Tidak mahu lelaki itu tahu aku curi-curi memandangnya. Sejak kejadian aku boleh ‘jatuh cinta’ dengan dia di taska seminggu yang lalu, aku jadi kekok untuk berbicara dengannya seperti dulu.

Kareef bangun. Dia menapak ke arahku.

“Asal senyap je ni?” tanya dia sebelum duduk di hadapanku.
Aku menunduk. “Tak ada benda nak cakap.”

Jantungku sudah berdetak laju. Wajahku sudah diserbu darah merah.

“I nak cakap sikit pasal tujuh permintaan tu.”
Jeda.

“You tahu kan yang daripada tujuh orang, lima dah buat permintaan yang sama?”

“Tak. Dah enam.”

“Siapa sorang lagi?”

“Kak Nia.”

“Ouh.”

Lelaki itu senyum.

Kareef, tolong jangan senyum. Nanti peratus saya suka dekat awak makin bertambah. Cubalah jadi annoying balik. Mesti saya makin tak suka dekat awak.

“Lili, tak payahlah duk peduli pasal tujuh permintaan tu. Agak mengarut. Hahaha. Memang tak masuk akal langsung yang you akan kahwin dengan I kalau tujuh orang buat tujuh permintaan yang sama. You mana suka dekat I yang tak berjenis ni.”

Aku hanya senyap.

Masalahnya, aku dah suka dekat kau! Ngee…

“Tapi kan…” Kata-katanya mati.

Aku tengok dia. “Tapi apa?”

“I selalu harap yang akan ada tujuh orang buat permintaan yang sama sebab I nak kahwin dengan you. Jadi…”

…bersambung

Bab akan datang:
Adakah Kareef akan melamar Lili?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience