Bab 11

Romance Completed 69931

Sepanjang beberapa minggu Nini tinggal denganku, tiada masalah yang timbul. Dia mendengar setiap arahanku tanpa banyak kata dan setiap hari Jumaat, aku akan bawa dia ke kubur arwah Kak Long dan Abang Hakim.

Dia tidak akan cakap. Selalunya akan termenung dan matanya akan berkaca. Mungkin dia sudah mengerti dengan apa yang terjadi meskipun masih kecil.

Aku labuhkan punggung di sisi Nini. Wajah bersih itu aku tatap lama. Bibirku melemparkan senyuman manis. Sehelai rambut yang terjuntai di dahi aku selitkan ke belakang telinga dan perbuatanku terhenti.

Jantungku berdetak laju. Tanganku terus singgah di lehernya. Aku ketap bibir. Rasa resah mula mengalir ke dalam lembah rasaku.

Badan Nini panas! Aku bangun. Capai telefon bimbit dan menghubungi ayah tapi tidak diangkat. Aku hubungi mak pula tapi hasilnya tetap sama. Ibu dan abah aku turut hubungi tapi tiada seorang pun yang menjawab panggilanku.

Sudah! Macam mana ni? Aku memang tak berani nak bawa kereta pagi-pagi buta macam ni. Dah pukul 2 pagi dah.

Fikir, Lili. Fikir.

Dan… ada seorang hamba Allah terlintas di fikiranku. Aku cuba hubungi dia.

“Hello!” ujarnya.

Aku tarik nafas lega. Jawab pun.
Telefon bimbit aku bawa jauh dari telingaku apabila mendengar suara orang ramai sedang bersorak.

“Kat mana ni?”

“Mapley. Nak apa call I?”

“Nak mintak tolong bawakkan Nini ke klinik ke, hospital ke. Dia demam.”

Lelaki itu senyap. “Hurmm. Tunggu I sampai.”

Tidak lama selepas itu, aku dengar bunyi pintu diketuk. Tudung aku capai lalu aku sarungkan ke kepala. Keluar dari bilik dan menuju ke pintu utama. Tombol pintu utama aku pulas dan daun pintu terkuak. Tersembul wajah si Kareef.

“Mana Nini?”

“Ada kat bilik. Tidur. Awak tolong dukung dia ya. Saya tak larat nak dukung dia,” pintaku.

Dahiku tiba-tiba berkerut. Aku pandang Kareef atas bawah dan ukir senyuman sinis.

“Mamat tak berjenis macam awak pun pandai jugak ya nak pakai baju Melayu dengan kain pelekat,” sindirku.

“Mamat tak berjenis manusia jugak.”

“Saya ingatkan awak ni 24 jam pakai seluar koyak-rabak dengan t-shirt.”

“Lepas solat Isyak kat masjid tadi, I terus pergi mapley.”

“Heh. Masa saya jumpa awak dekat masjid tiga tahun yang lalu, awak masuk masjid pakai jeans koyak awak tu dengan t-shirt,” bidasku.

…bersambung

Bab akan datang:
Apakah yang terjadi seterusnya? Adakah hubungan Kareef dan Lili akan bertambah baik?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience