Bab 13

Romance Completed 69931

“Tidurlah. Nanti kalau dah sampai rumah, I panggil you.”

Laju saja aku menggeleng. “Tak apa. Saya tak mengantuk sangat.”

Lampu isyarat bertukar warna dan kereta kembali bergerak.

“Lili, you tak penat ke gaduh dengan I?”

Aku sengih.

“Penatlah jugak.”

Lambat-lambat dia angguk.

Memang penat sebenarnya bergaduh dengan Kareef tapi aku tak nak mengalah. Dia pun bukan jenis nak mengalah. Heh. Baguslah. Sama-sama keras kepala. Sama-sama nak menang dan sama-sama tak kahwin lagi.

“Lepas ni kita jangan gaduh ye?” tanya dia perlahan.

“Okey. Takkan gaduh lagi.”

“Betul?”

“Betul,” jawabku yakin.

Dan kami kembali diam. Aku buang pandang ke luar tingkap.

“Lili…”

“Ya?”
Kareef aku pandang. Dia masih tekun memandu. Bibirnya ukir senyuman nipis. “Lagi dua, Lili.”

Lidahku kelu. Tubuhku keras tiba-tiba.

Lagi dua permintaan saja yang tinggal. Lagi dua.

*****

Jam pada pergelangan tangan aku pandang. Sudah pukul 6 petang tapi Kareef belum datang lagi. Tadi cakap nak ambil Nini pukul 5 petang. Kak Nia berdeham. Aku tersentak. Wanita tinggi lampai itu mendekatiku.

“Dia tak sampai lagi ke?”

Aku geleng kepala.

“Tak. Kak Nia nak balik dah ke? Kalau nak balik, balik aje. Tak payah tunggu Lili.”

Selalunya kami akan pulang bersama-sama kerana rumahnya tidak jauh dari rumahku.

“Tak apa.”

“Assalamualaikum!”

Kareef tersembul di muka pintu. Aku tengok dia atas bawah sebelum tarik senyuman puas hati. Lelaki itu memakai jeans dan kemeja lengan penjang yang disinsing hingga ke paras siku. Tiada lagi jeans koyak-rabak dia tu.

Masa dia cakap dia nak bawa Nini jalan-jalan, aku dah pesan jangan pakai jeans dia yang koyak-rabak tu.

“Wa’alaikumsalam.” Aku jawab salamnya perlahan.

“Mana Nini?”

Dan selepas dia mengajukan soalan itu kepadaku, Nini muncul dengan anak patung di tangan. Kareef dukung Nini dan mengusap lembut kepala Nini. Aku senyum manis. Kak Nia di sebelahku senyum lain macam.

“Awak jaga dia baik-baik tau. Nanti tak pasal-pasal pulak hilang dekat mall.”

“Ya, Cik Cahaya Halili. I, Muhammad Kareef akan jaga Nur Nisrina dengan sebaik yang mungkin. Betul ni you tak nak ikut I dengan Nini?”

Pandanganku dan lelaki itu berlaga. Aku jadi tak keruan. Rasa lain macam. Perasaanku tidak sama seperti biasa. Bibir bawah aku ketap.

Jangan, Lili. Jangan buat apa-apa masalah. Dia bukannya lelaki yang sesuai untuk kau, Lili.

Kepalaku digelengkan.

“Nini, salam mama.”

Aku hulurkan tangan dan Nini mencium tanganku. Bibirku melekap di dahinya. Pipinya aku elus lembut. “Bye, mama.”

“Bye, sayang.”

“Kami pergi dulu.”

Aku angguk.

…bersambung

Bab akan datang:
Berjayakah Kareef memikat hati Lili dengan penampilan barunya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience