Bab 4

Romance Completed 69931

“Ha... Kau datang sini buat apa?” Mata Kak Long jatuh pada wajahku.

Sengih. “Nak borak dengan Kak Long. Bosanlah duduk rumah.”

Lelaki itu senyap. Air teh di dalam teko dia tuang ke dalam cawan lalu menghirup perlahan air teh yang masih panas itu.

Sememangnya aku bosan duduk di rumah. Nak bersembang dengan mak, mak tak layan. Asyik duk tengok sinetron kat TV9. Huu. Mak lebih mengutamakan sinetron berbanding anak dia sendiri.

Nak sembang dengan abah memang taklah. Aku tak reti sangat cakap dengan abah sebab abah jenis pendiam. Aku cakap sepatah, dia balas sepatah.

Kak Long juih bibir. “Kalau kahwin, takkan punya nak bosan. Cubalah kau cari jodoh.”

“Nak cari kat mana? Kat mapley? Ingat senang ke nak cari jodoh? Nyanyi lagu Cari Jodoh pun belum tentu ada orang nak kahwin dengan Lili. Kak Long tak apalah. Jumpa lelaki yang baik, sopan. Lili takut Lili jumpa lelaki tak berjenis aje.”

Aku kerling si Kareef. Dia sembunyi senyum.

“Baik kau kahwin aje dengan Kareef ni,” cadang Kak Long.

Terus aku tersedak.

Kahwin dengan Kareef? Oh, tidak! Tak nak aku kahwin dengan lelaki yang pakai t-shirt dan jeans koyak-rabak ke masjid.

“Hahaha. Kak Long ni buat lawak boleh. Lili hanya akan kahwin dengan si Kareef kalau tujuh orang buat tujuh permintaan yang sama.”

“Betul ni?”

“Betul. I takkan langgar janji I.”

Ahaha. Sumpah lepas ni aku takkan cakap dah pasal kahwin kalau si Kareef ada sekali dengan aku. Harap-harap dia tak akan ingat pasal janji aku tadi. Mamat tu pun satu. Tak kahwin lagi tu kenapa? Kahwin sajalah.

Aku duk kata dekat dia, aku pun sama. Tak kahwin-kahwin lagi.

“Enam lagi permintaan yang sama, kahwinlah korang berdua. Boleh, Kareef?”

“Boleh aje, Kak Long.”

Erk.

Nini yang duduk di dalam troli aku pandang. Anak kecil yang sudah berusia 2 tahun lebih tu khusyuk bermain dengan rambutnya. Kak Long yang berjalan di sebelahku asyik sekali menyelak booklet yang dia ambil di hadapan pintu masuk Tesco tadi.

Haih. Aku pulak jadi mangsa sorong troli.

“Lili, kau sayang Nini tak?” aju Kak Long tiba-tiba.

Kepala aku angkat. Pandang dia dan jongketkan kening.

…bersambung

Bab akan datang:
Lili akan setuju kahwin dengan Kareef jika ada tujuh orang membuat permintaan yang sama. Siapakah yang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience