Bab 15

Romance Completed 69931

“Jadi?”

“Jadi, I nak pastikan tujuh orang buat permintaan yang sama. Lili, biar I jadi orang yang ketujuh yang buat permintaan yang sama.”

“Huh?”

“Kita kahwin?”

Kelopak mataku berkelip beberapa kali. Memandangnya dengan pandangan tidak percaya. Rahang bawahku jatuh.

Memang aku tak percaya apa yang dia cakap! Bermimpikah aku? Huu… sila gerak aku. Aku tak nak mimpi macam ni.

“Apa?”

“I suka dekat you sejak tiga tahun yang dulu. Dah cukup dah tujuh orang dengan tujuh permintaan yang sama. Boleh tak I kahwin dengan you dalam mimpi?” guraunya.

Dia bangun dan berkira-kira untuk masuk ke dalam rumah.
“Kareef…”

“Ya?”

“Awak nak kahwin dengan saya dalam mimpi atau dekat dunia sebenar?”

Dia mengulum senyuman. “Dekat dunia sebenar, Cahaya Halili. Tapi boleh ke?”

Lambat-lambat aku mengangguk.

*****

Sebentuk cincin yang tersarung di jari manisku aku pandang. Aku koyak senyuman manis. Pernah diri ini mengatakan bahawa aku akan kahwin dengan Kareef kalau tujuh orang membuat tujuh permintaan yang sama.

Dan insan yang terakhir membuat permintaan itu ialah Kareef sendiri. Satu perjalanan hidup yang tak pernah aku sangka.

Dia. Mamat tak berjenis yang aku panggil. Meluat setiap kali bertemu dengannya tapi lain yang terjadi saat ini. Seorang mamat tak berjenis bertukar menjadi seorang suami.

“Lili, you tengok apa?”

“Tengok cincin,” balasku.

Kareef duduk di sisiku. Jari-jemariku dia raih. Turut membelek cincin kahwin yang dia belikan untukku.

“Nasib baiklah kena beli sekali aje seumur hidup. Cincin ni mahal tau. Memang bankrap bengkel kereta I kalau kena beli lagi.”

Aku cebik bibir.

“Hiperbola sungguh ayat awak. Nini mana?”

“Dah tidur. “

Aku angguk. Kepalaku dilentokkan pada bahunya.

“Awak…”

“Ya, sayang.”

“Saya cakap ni, jangan marah tau.”

Memang aku kena pesan siap-siap. Nanti tak pasal-pasal dia marah aku pulak. Bukan boleh pakai sangat mamat ni.

“Tak marah punya. Cakaplah.” Gemersik suara itu menerjah gegendang telingaku.

Kalau marah, aku karate dia. Hahaha. Karatelah sangat. Dia karate aku bolehlah. Aku nak karate dia memang taklah. Dia tolak aku sikit, aku dah terjatuh.

“Antara jeans koyak-rabak awak dengan saya, awak lebih sayang yang mana?”

Aku angkat wajah. Pandang lelaki itu dan dia memandangku lebih. Riak wajahnya kosong. Senyap tanpa kata. Terkebil-kebil lelaki itu memandangku. Mungkin tidak menyangka soalan itu yang akan aku tanya. Kareef hela nafas panjang. Tangannya memegang bahuku. Terus aku membetulkan posisi badan dan duduk tegak.

Hahaha. Aku tahu soalan ni memang sukar sebab dia sayang gila jeans koyak-rabak dia tu.

“Jawablah,” gesaku.

“Mestilah I lebih sayangkan you.”

Puas hati dengan jawapannya.

“Disebabkan awak lebih sayang saya, saya pun dah buanglah jeans-jeans koyak-rabak awak tu.”

Matanya terbuntang. “Apa?” Suaranya naik seoktaf.

Bibir aku juih.

Eii… yang tu pun nak bising. Dalam banyak-banyak seluar, kenapa Kareef boleh suka jeans macam tu?

“Awak dah cakap dah tadi yang awak tak nak marah saya.”

Jemarinya menekan pelipis.

“Ya lah. I tak marahkan you. You lebih penting daripada jeans I.”

“Tahu pun.” Aku jelir lidah.

“Memang I tahu.” Dia jelir lidah kembali.

Dan kami sama-sama ketawa.

Kareef : Mamat tak berjenis dan annoying tapi aku suka. Ehehe.

***TAMAT***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience