Bab 12

Romance Completed 69931

Dia hela nafas lemah. “Masa tu I baru balik dari bengkel. Tak sempat nak balik salin baju. Dah. Tunjukkan bilik Nini.”

Tanpa banyak kata, aku tunjukkan bilik Nini. Lelaki itu masuk ke dalam rumah diikuti dengan diriku.

Dia masuk ke dalam bilik. Gerak Nini yang tidur dan dukung Nini. Anak kecil itu tidak banyak songeh. Langsung tidak merengek.

“Dah. Jom gerak.”

Saat sampai di klinik 24 jam, aku mendaftar dan dia hanya berjalan di sekelilingku sambil mendukung Nini. Berbicara dengan Nini yang berada dalam keadaan separuh sedar. Sudah beberapa kali Nini menguap. Aku hela nafas panjang. Kak Long dah tak ada. Tak boleh dengar dah Kak Long membebel dekat Nini. Tak boleh dengar dah Nini mengajuk cakap ibunya.

Usai mendaftar, aku duduk di atas kerusi. Membiarkan Kareef berdiri.

“Nur Nisrina!” laung jururawat muda itu.
“Jom masuk.”

Kepalaku dianggukkan dan menapak ke bilik doktor.

Doktor yang kuagak sudah mencecah setengah abad itu memeriksa Nini.

"Okey. Anak tuan dan puan..."

Belum sempat doktor tu habiskan kata, aku menyampuk. "Doktor, saya tak kahwin lagilah."

Nampak macam Nini tu anak aku dengan si Kareef ke? Oh, tidak! Minta dijauhkan. Tak pernah sekalipun dalam tempoh tiga tahun ini aku menyimpan hasrat untuk berkahwin dengan mamat tak berjenis macam dia. Aku bukan nak menghina tapi gaya dia memang aku cukup tak suka. Jenis menyakitkan hati.

"Dan dia tu bukan anak kami berdua," tambah lelaki di sebelahku.

"Habis, anak siapa?"

"Anak saudara saya!" ujarku laju.

"Tak. Dia anak saudara I!" tingkah Kareef.

Aku tengok mamat tak berjenis tu dengan pandangan tak puas hati. Bibir bawah aku ketap.

"Dia anak saudara saya."

"Tak, tak. Dia anak saudara I."

Lidah aku jelirkan dan dia turut menjelirkan lidah kepadaku. Doktor tu hela nafas lemah.

“Saya ada satu cadangan, cik dan encik.”

Kami berhenti bertengkar. Kembali memandang si doktor yang duduk di hadapan kami berdua. Jari-jemarinya disulamkan sesama sendiri. Bibirnya tidak lokek dengan senyuman manis. Tenang saja wajahnya.

“Apa kata cik dan encik kahwin? Bolehlah Nur Nisrina jadi anak saudara kamu berdua.”

“Tak nak!” Serentak aku dan si Kareef menjerit.

Doktor itu geleng kepala melihat telatah kami berdua.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, aku hanya senyap. Nini yang duduk di bahagian belakang kereta sudah tertidur. Pandanganku diluruskan. Rasa janggal pula berada dengan mamat tak berjenis ni.

Dia turut senyap. Mungkin malas agaknya hendak bertelingkah denganku. Jariku memicit kepala yang berpinar.

Saat kereta berhenti kerana lampu isyarat berwarna merah, Kareef menoleh ke arahku.

…bersambung

Bab akan datang:
Apakah yang mahu Kareef katakan kepada Lili?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience